Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Image
Here's today's announcement. Alhamdulillah, after working earnestly for months, I finally can announce that I have a website!  kellytelly.com kellytelly.com kellytelly.com So what's up in this website? Aside from being a one-stop center for my portfolio & activities, I have opened my very own online shop! kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop So far, it is full with my preloved books, which brings me to the next announcement; Preloved Books Sale is coming again to you! With even wider range of genres & even more affordable price, this shop as all the books you need. Only click & buy in one browser & one website. A new book would be on sale every day, so keep your eyes out 👀 Susbscribe so that you would be the 1st person to know about new posts & products 👍🏽 For starter, I think this is a good product to lead with. With that being said, stay tuned for more products to come 😏 I'm excited with all the results that come so far,

Learn Shaming

Kita semua tahu pasal body-shaming kan? (setakat ni tak ada lagi perkataan Bahasa Melayu yang aku jumpa untuk body-shaming, jadi aku akan kekalkan perkataan tu)

Body-shaming ialah perbuatan yang menunjukkan ejekan atau perlian terhadap badan seseorang.

Aku baru tersedar, terutamanya sebagai seorang pelajar, bahawa ada juga satu perkara yang sedang berlaku dalam dunia pembelajaran; learn-shaming. (ya, aku tak tahu nak terjemah ke Bahasa Melayu macam mana, jadi aku kekalkan perkataan ni)
Yakni, perbuatan yang menunjukkan ejekan atau perlian terhadap pembelajaran seseorang, terutamanya cara mereka belajar.

Ini ada 2 contoh.

Contoh 1:
Aku ingat, masa nak SPM dulu, aku dengan beberapa orang pelajar lain ada pergi bengkel menjawab soalan SPM di sebuah sekolah. Bengkel tu lebih daripada 1 hari, jadi memang kami bermalam di situlah.

Pada 1 malam, tengah-tengah aktiviti, tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Dan memang aktiviti tu agak terhentilah. Semua yang terlibat cuba mengeluarkan sebanyak lampu yang boleh untuk meneruskan aktiviti tersebut, contoh macam daripada telefonlah.
Setelah sekian masa berlalu, memang nampaknya bekalan elektrik takkan datang dalam waktu yang terdekat. Jadi cikgu-cikgu tu pun benarkan kami balik ke kediaman, dan akan sambung aktiviti tu pada keesokkan harinya. Jadi kami baliklah.

Keesokan paginya, kami dapat tahu bahawa pelajar-pelajar sekolah yang lagi satu tu tak balik pun. Mereka terus kekal di dewan, dengan segala lampu yang mereka boleh dapatkan, terus cuba menjawab soalan & bertanyakan soalan.

Macam mana kami dapat tahu?

Melalui cikgu kami yang pagi-pagi dah marah-marah, membandingkan kami dengan mereka,

“Kenapa kamu tak jadi macam mereka?”

Contoh 2:
Ada seorang pensyarah aku yang sangat skeptikal kepada mereka yang buka komputer riba & telefon bimbit dalam kelas.

Ya, aku faham & aku pun tak setuju kalau kita melayan telefon bimbit apabila kita perlu menumpukan perhatian dalam kelas.
Tetapi, lagi-lagi zaman sekarang, orang tengok telefon & komputer riba untuk macam-macam perkara. Dan aku tahu, kebanyakan pelajar di situ pun memang guna komputer riba & telefon untuk tengok nota & ambil nota.

Berbalik kepada pensyarah aku, dia memang sangat skeptikal. Memang tiap kali dia nampak ada orang buka telefon atau computer riba;
“Kamu buat apa tu?”

Apabila dijawab bahawa telefon atau komputer riba tu digunakan untuk mencatat nota,
“Betul ke kamu catat nota?”
“Kenapa tak guna buku sahaja?”
“Kalau nota tu hilang macam mana?”

Dia memang akan tanya hampir setiap kelas.
Hampir. Setiap. Kelas.

Ayat yang paling aku tak dapat lupa;
“Yelah tu catat nota. Nanti saya nak tengok keputusan kamu, dapat B ke tidak.”

[contoh berakhir]

Semua orang belajar dengan cara yang berbeza. Malah, semua orang mempunyai sebab & matlamat yang berbeza kenapa mereka belajar & kenapa mereka sambung belajar.
Jadi kita tak boleh menghakimi orang sesuka hati, hanya kerana mereka melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza, dengan cara yang kita tidak lakukan.

Untuk Contoh 1, aku faham bahawa sebenarnya cikgu-cikgu kami nak menggalakkan kami untuk memperbanyakkan usaha dalam pembelajaran kami. Tetapi, seperti yang aku pernah tulis dulu, ada perbezaannya antara tahap ideal dengan tahap piawai. Jangan terkeliru antara kedua-duanya.
Dalam kes ini, sememangnya, seperti guru-guru kami juga, kami memang kagum dengan pelajar-pelajar sekolah yang satu lagi itu, yang sanggup kekal di dewan walaupun dalam kegelapan malam.

Tetapi apabila cikgu kami mula mengeluarkan ayat, “Kenapa kamu tak macam mereka?”

Beliau meletakkan perbuatan mereka itu sebagai tahap piawai, sedangkan perbuatan mereka itu berada pada tahap yang ideal sahaja. Sebab memang cikgu dah bagi kebenaran balik, dan memang aktiviti tersebut tak dapat diteruskan lagi. Bukannya salah pun nak menangguhkan aktiviti tersebut, kerana tiadanya elektrik.

Untuk Contoh 2 pula, aku faham bahawa pensyarah aku tu memang bimbang kalau para pelajarnya tidak memberikan perhatian. Tetapi, lebih-lebih lagi sebagai seseorang yang terlibat secara langsung dalam bidang pembelajaran, beliau sepatutnya faham segala benda yang aku terangkan awal-awal tadi.

Semua orang belajar dengan cara yang berbeza. Malah, semua orang mempunyai sebab & matlamat yang berbeza kenapa mereka belajar & kenapa mereka sambung belajar.
Jadi kita tak boleh menghakimi orang sesuka hati, hanya kerana mereka melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza, dengan cara yang kita tidak lakukan. Lebih-lebih lagi pada zaman ini, banyak teknologi baru muncul, yang tidak semestinya beliau faham, tetapi beliau perlu tahu bahawa bukan semua pelajarnya akan menggunakannya untuk benda yang sia-sia.

Sebagai penutup, aku berharap penulisan aku ni sedikit sebanyak dapat mencerahkan lagi pandangan terhadap para pelajar & para pendidik. Bukan niat aku nak menuduh salah, menunding jari & membela sesiapa. Aku sekadar mahu bercerita mengenai satu isu. Ambil iktibar yang benar sesuai dengan konteksnya, jauhi & teguri apa yang salah.

Lagipun,  shaming tu memang mengejek & memerli maksudnya.
Itu kan dah memang terang-terang benda yang salah.

Okey, terima kasih.

babyology.com.au

Comments

Popular posts from this blog

5 Isu Besar Kehidupan yang disentuh oleh Ejen Ali The Movie

5 Pengajaran Berharga daripada BoBoiBoy The Movie 2

Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃