Dalam buku Rich Dad Poor Dad, Robert Kiyosaki cerita, macam mana dirinya diajar dua jenis ideologi yang berbeza, oleh dua orang yang berbeza (dan sangat rapat dengannya, sehingga kedua-duanya mendapat status 'bapa' daripadanya sendiri), pada masa yang sama.
Tak pening kepala ke?
Memang spesies manusia hebat betul beliau ni. Bukan sahaja beliau membesar dengan elok, bahkan menjadi antara manusia-manusia yang paling berjaya.
Ideologi mana agaknya yang dia ikut?
Melihat sekali lalu, mungkin kita akan cakap,
"Oh, mestilah dia ikut nasihat Rich Dad. Sebab tu boleh berjaya. Nama pun Rich Dad, kan?"
Mula-mula aku pun ingat macam tu. Tapi baik kita baca buku ni sampai habis dulu.
Sebenarnya logik yang dipakai taklah semudah itu.
(Aku tak cakap tak betul langsung okey?)
Habis apa yang dia buat?
Dia tak memilih pun. Dia cuma beri peluang kepada dirinya untuk mendengar nasihat-nasihat tersebut (walaupun berbeza-beza). Kemudian, berdasarkan nasihat-nasihat ni, dia berfikir sendiri. Dia cuba menimbang tara, buruk baiknya, kesannya pada masa depan, apa yang akan terjadi kalau dia ikut nasihat-nasihat ni.
Kemudian dia membuat keputusannya sendiri.
Haa... sebab itulah dia boleh berjaya.
Macam tu la jugak hidup. Manusia ni berbeza-beza. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Jadi, kita takkan terima nasihat yang sama daripada orang yang berbeza-beza.
Habis tu nak pilih yang mana?
Tak payah pilih.
Tadah je telinga tu. Dengar elok-elok nasihat orang nak bag. Lepas tu, gerakkan otak tu untuk berfikir.
"Kalau aku ikut nasihat ni, apa jadi nanti?"
"Kalau aku ikut nasihat tu pulak, apa jadi?"
"Kalau aku tak ikut nasihat dia, apa pulak yang akan jadi?"
Bila kita dah elok-elok berfikir, barulah kita boleh buat satu keputusan yang mantap, yang datangnya dan sesuainya dengan diri kita sendiri.
Itulah cara yang betul dalam menangani nasihat. Bukannya main ikut saja, bukan pulak pekakkan telinga buat tak tahu. Dengar, fikir dan buat keputusan.
Hidup kita, kita yang atur, Orang hanya mampu menasihat. Tindakan terletak di tangan kita.
Comments
Post a Comment