Moving Out to a New Home! (Virtually) πŸ˜ƒ

Image
Here's today's announcement. Alhamdulillah, after working earnestly for months, I finally can announce that I have a website!  kellytelly.com kellytelly.com kellytelly.com So what's up in this website? Aside from being a one-stop center for my portfolio & activities, I have opened my very own online shop! kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop So far, it is full with my preloved books, which brings me to the next announcement; Preloved Books Sale is coming again to you! With even wider range of genres & even more affordable price, this shop as all the books you need. Only click & buy in one browser & one website. A new book would be on sale every day, so keep your eyes out πŸ‘€ Susbscribe so that you would be the 1st person to know about new posts & products πŸ‘πŸ½ For starter, I think this is a good product to lead with. With that being said, stay tuned for more products to come 😏 I'm excited with all the results that come so far, ...

5 Pengajaran Berharga daripada BoBoiBoy The Movie 2

Dah berminggu-minggu & demam BoBoiBoy masih melanda…


Aku memang dah lama tengok BoBoiBoy, memang sejak 2011 lagi pun. Tanpa ragu aku boleh katakan, memang ini kartun kegemaran aku.
Dan aku akui, kita semua suka & terhibur dengan benda yang berbeza-beza. Aku mungkin ada pendapat aku sendiri terhadap apa yang kau suka, tapi aku hormat dengan apa-apa hiburan kegemaran kau yang kau suka.
Tapi, satu benda yang aku selalu dengar pasal orang yang minat kartun ni, selalu dibandingkan dengan budak-budak.

Biarlah aku beritahu hakikat sebenar; banyak je kartun yang kau terlepas pandang yang memberi pengajaran yang sangat, sangat, sangat bermakna. Mungkin kau jenis yang kena tengok aksi kasar, berdarah sana sini, berlawan sana sini, baru kau nak serap masuk pengajaran cerita tu. Suka hati kau la. Tapi, bagi kami yang tak memerlukan semua tu, kartun sahaja sudah cukup bukan sahaja untuk menghiburkan, malah juga menyegarkan hati & jiwa.

Dan pada hari ini, aku nak kongsi 5 pengajaran berharga yang aku dapat daripada menonton BoBoiBoy The Movie 2. Pengajaran yang bagi aku cukup bermakna sekali, bahkan terutamanya sekali perlu direnungi oleh mereka yang bergelar dewasa ini.

Amaran; banyak spoiler akan diberikan. Malah spoiler daripada musim-musim sebelum ni pun akan ada, kalaulah kau tak tengok lagi & berniat nak tengok.

Pengajaran pertama:

Prioriti melebihi emosi (walaupun emosi itu bagus).

BoBoiBoy diuji apabila dia dapat tahu stesen TAPOPS telah diserang, dan Komander Kokoci suruh dia ke planet Quabac. Tapi BoBoiBoy bertegas nak ke stesen TAPOPS sebab merisaukan ahli-ahli TAPOPS yang dia anggap sudah seperti kawan sendiri.

Kalau kau baru mula-mula tengok BoBoiBoy macam ni, mesti kau fikir, “Aduh, bodohlah dia ni. Ketua sendiri suruh cabut, dia memandai-mandai nak datang. Ingkar arahan ketua sungguh!”

Tapi, kalau kau layan BoBoiBoy sejak musim 1 lagi, kau akan tahu ini ialah antara sifat BoBoiBoy yang dominan; sangat mementingkan rakan (friend-centered) & akan buat apa sahaja untuk mereka. Kalau menurut elemen, sifat ini ketara pada BoBoiBoy Tanah/Gempa. Malah, BoBoiBoy berevolusi daripada BoBoiBoy Tanah ke BoBoiBoy Gempa dalam episod terakhir musim pertama; kerana hal itu jugalah.

Maka, dalam situasi itu, sebenarnya dia diuji dengan ujian yang berat; yakni untuk melawan emosi, sifat & perangainya sendiri yang teramat dominan & menguasai. Dan dia tidak berjaya. Aku taknaklah cakap dia gagal, tapi memang aku percaya dia memang patut ke planet Quabac mula-mula pun. Komander Kokoci panjang akalnya. Kapten Kaizo & Tempur-A sentiasa dalam penyamaran ada sebabnya. Lagipun, memang akhirnya BoBoiBoy ‘paksa rela’ meninggalkan stesen TAPOPS selepas pertemuan kali pertama dengan Retak’ka.

Pengajaran: melawan emosi itu amat pedih, lebih-lebih lagi untuk emosi yang kau percaya ialah emosi yang positif. Tetapi, apa yang kita ‘rasa betul’ tak semestinya berpadanan dengan apa yang benar-benar betul. Maka, kumpulkanlah kekuatan untuk melawan emosi kita untuk menegakkan kebenaran.



Pengajaran kedua:

“Memang kamu gagal latihan, tetapi latihan tidak menggagalkan kamu.”

Inilah kata-kata kegemaran aku dalam cerita ni. Pertama kali aku dengar kata-kata ni masa tengok wayang, aku menangis serta-merta di kerusi tu jugak. Monsta, tolong buat post Instagram dengan gambar Tok Kasa dengan kata-kata ni. Boleh simpan buat pedoman.

Bagi aku, ini ialah kata-kata yang aku rasa nak sembur & jampi dekat diri aku masa aku dekat asasi dulu. Aku murung, aku resah, aku runsing, aku bingung. Rasa macam gagal berulang kali. Dan rasa diri terus gagal, buat selama-lamanya.

Padahal, kalau kita tengok bayi yang baru belajar berjalan, pernahkah sekali dia jatuh, terus tak nak belajar berjalan? Pernahkah bayi rasa rendah diri tengok semua orang dewasa berjalan tanpa terjatuh?
Kalau tak jatuh, macam mana nak terus belajar berjalan & bergerak ke hadapan?

Betul, semakin kita dewasa, kegagalan kita akan lebih besar berbanding sekadar terjatuh lantai. Tetapi, falsafah & prinsipnya tidak pernah berubah. Seribu kegagalan yang membawa pengajaran itu jauh lebih bernilai daripada satu kegagalan yang buat kau berputus asa.

(Nak cerita pasal keberkesanan (efficiency), itu konteks lain, di penulisan lain ya? Hiks)

Seribu kegagalan yang membawa pengajaran itulah, yang tidak menggagalkan kita.




Pengajaran ketiga:

Berpecah itu melemahkan, bergabung itu menguatkan.

(Kalau kau yang jenis masih membaca walaupun dah letak amaran spoiler sebab degil, maka silalah berlalu pergi sekarang. Aku nak dedah terus klimaks cerita ni habis-habisan)

Selama aku tengok BoBoiBoy, lepas dia berlawan, dia kurang tenaga. Logiklah.
Maka, lepas dia berpecah tiga & berlawan, lagilah dia kurang tenaga. Lagilah logik.
Tapi tak terfikir pulak aku, boleh jadi dia kurang tenaga kerana dia tidak menggunakan tenaganya dengan berkesan.

Prinsip yang sama boleh kita pakai dalam kehidupan. Berpecah itu melemahkan, kerana kurang efisyen. Tapi, bergabung semberono pun tak bagus juga. Nanti akan jadi di luar sahaja nampak bersatu, tapi sebenarnya dalam organisasi berpecah-belah juga.

Bergabunglah dengan baik, bijak, strategis & juga kreatif. Macam BoBoiBoy juga. Yang menarik masa klimaks cerita ni, aku bukannya kagum apabila dia bergabung, tapi aku kagum dengan cara gabungan dia.

Aku ingat lagi mula-mula BoBoiBoy Api & Air nak combo, dalam episode kedua terakhir musim ketiga. Hadui, satu hapak pun tak jadi. Paus air kena sejat dengan bola api. Bergaduh adalah.
Jadi, masa tengok BoBoiBoy The Movie yang pertama, apabila BoBoiBoy Blaze & Ais buat kombo, aku mula-mula skeptikal juga. Tapi akhirnya, kombo mereka gempak jugak. So okey la.

Jadi, lagilah aku skeptikal apabila BoBoiBoy Blaze & Ais nak bergabung. Api campur Air? Ais campur bara? Apa yang akan jadi?
Tapi, gempak siot. Aku tak boleh lupa masa BoBoiBoy Frostfire jalan, dengan api di kakinya & dengan ais di kaki yang lagi satu (aku lupa dah kaki mana yang ada elemen mana hahaha).

Betul, ini kartun & animasi. Soal logik fizik boleh tolak tepi kejap. Tapi, pengajaran sampingan di sini juga; kalau kau cukup kreatif untuk berfikir, kau mungkin boleh melaksanakan gabungan yang tak pernah difikirkan, yang semua orang fikir tak akan dapat bergabung.



Pengajaran keempat:

Kekuatan itu terletak di jiwa.

Menurut Tok Kasa, BoBoiBoy itu kuat bukanlah kerana dia ada kuasa 7 elemen. Tetapi dia kuat kerana jiwanya. Kerana semangatnya, dan kerana kentalnya hatinya tidak dirobek ketamakan & keangkuhan disebabkan oleh kuasanya. Retak’ka lah yang lemah sebenarnya.

Dengan jiwa yang kuat & benar, pakai satu dua kuasa je pun dah boleh kalahkan Retak’ka, yang bukan setakat memiliki, bahkan menguasai kuasa-kuasa tersebut.
(Pakai dengan betul & efisyen la, itupun dibantu Tok Kasa, Gopal & Ochobot yang serap semula kuasa Retak’ka)

Ya betul, kita kena berhati-hati & berfikir banyak kalau sumber kita sikit. Tetapi, yang paling penting, kalau jiwa kita kuat & benar, yakinlah bahawa kita mampu mengatasi masalah yang membelenggu diri kita.




Pengajaran kelima:





Dalam banyak-benda yang viral di Twitter pasal BoBoiBoy, tweet ni yang paling aku suka. Aku pun tak perasan sebelum ni, sampai orang lain yang perasan & tunjukkan benda ni.

Aku sedar juga dengan banyak lagi protagonis lain yang juga merupakan protagonis hounen. Contohnya seperti Naruto yang telah pun dinyatakan oleh pengicau ini.

Tetapi aku rasa selesa, bahkan terpujuk, apabila menyedari benda ini. Apabila menyedari BoBoiBoy juga merupakan protagonis shounen, yang jauh daripada cerapan maskuliniti yang toksik.

Benda-benda yang kita sangkakan kelemahan kita, sebenarnya boleh menjadi kekuatan kita.
Benda-benda yang kita sangkakan kita tak boleh buat, sebenarnya itulah yang paling perlu kita buat.

Baiklah, dah panjang aku berbicara sebagai seorang fangirl. Aku mohon undur diri di sini. Sebagai penutup, aku sertakan ringkasan di sini.

1. Prioriti melebihi emosi (walaupun emosi itu bagus)
2. “Memang kamu gagal latihan, tetapi latihan tidak menggagalkan kamu.”
3. Berpecah itu melemahkan, bergabung itu menguatkan
4. Kekuatan itu terletak di jiwa.
5. BoBoiBoy si protagonist shounen – kelemahan itu boleh jadi sebenarnya sebuah kebenaran sebagai sebuah kekuatan

Sekian, terima kasih.

p/s: nak zahirkan jugak rasa kagum dengan post-credit scene. Ingatkan nak cerita pasal kaum Cendawa di Bumi. Ingatkan nak cerita apa jadi dekat Retak’ka lepas dia melayang ke angkasa. Ingatkan nak cerita apa jadi antara Papazola & Mamazila lepas terbawa Pipi Zola.

Rupa-rupanya……………………………………

Comments

Popular posts from this blog

Moving Out to a New Home! (Virtually) πŸ˜ƒ

Getting a Psychology Degree is a Scam??? 😱😱😱