Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Image
Here's today's announcement. Alhamdulillah, after working earnestly for months, I finally can announce that I have a website!  kellytelly.com kellytelly.com kellytelly.com So what's up in this website? Aside from being a one-stop center for my portfolio & activities, I have opened my very own online shop! kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop So far, it is full with my preloved books, which brings me to the next announcement; Preloved Books Sale is coming again to you! With even wider range of genres & even more affordable price, this shop as all the books you need. Only click & buy in one browser & one website. A new book would be on sale every day, so keep your eyes out 👀 Susbscribe so that you would be the 1st person to know about new posts & products 👍🏽 For starter, I think this is a good product to lead with. With that being said, stay tuned for more products to come 😏 I'm excited with all the results that come so far,

Rawaknya kehidupan...

Minggu lepas, ada gangguan bekalan air dekat rumah aku. Kejap ada, kejap tak ada. Kejap perlahan, kejap laju. Sebab ada paip utama yang pecah.

Mula-mula masa pagi tu dalam pukul 8 dah nampak jelas berkurang. Kebetulan masa tu kami satu keluarga memang nak keluar rumah kejap. Jadi tak terlalu risaulah, sebab ingat sekejap je. Aku pun siap mandi lagi, sedangkan mak aku tak mandi pun. Apa nak buat, aku keluar bilik air baru dia pesan jangan mandi. Hahahaha.

Tapi bila balik rumah dalam pukul 11 macam tu, masih juga keadaan air tak memuaskan. Jadi kami pun cubalah tadah air. Masa tadah tu baru kami perasan air keluar dalam keadaan rawak, yang ‘kejap ada, kejap tak ada, kejap perlahan, kejap laju’ tu (sebab sebelum ni kami ingat keluar perlahan je).
Alahmdulillah, sebelum Asar, air dah kembali normal.

Entah macam mana, gangguan bekalan air ni tiba-tiba buat aku terfikir pasal kehidupan. Spesifiknya tentang kebaikan & keburukan yang berlaku dalam hidup kita.

1. Kebaikan & keburukan pun datang kepada kita secara rawak

Sesiapa yang mengalami gangguan macam ini, mesti akan doa supaya masalah ni cepat-cepat selesai, dan air akan ada seperti biasa semula.

Tapi, sekurang-kurangnya masa gangguan air tu la, aku lagi suka airnya keluar secara rawak. Sebab hari tu buat aku muhasabah juga la, yang hakikatnya air tu, pemberian Allah juga, dan Allah berhak tarik kalau Dia nak.

Jadi, kalau dia keluar secara rawak;

  • Aku takkan letak sangkaan & pergantungan aku terhadap mereka yang menguruskan air tu. Sebaliknya aku akan letak pergantungan aku pada Allah.
  • Kalau air ada aku takkan sia-siakan & aku akan gunakan peluang tu untuk takung air, sebab aku tahu aku kena bersedia untuk masa ‘tak ada air’ yang akan datang nanti.
  • Sekurang-kurangnya aku tahu, walaupun air tak keluar, air akan keluar juga nanti.

Masa itulah aku tersedar, samalah juga dengan benda baik & benda buruk yang berlaku dalam kehidupan kita; mereka datang secara rawak.

Mungkin kau rasa kau asyik ditimpa keburukan demi keburukan, atau kau rasa kau diberkahi kerana asyik dapat kebaikan demi kebaikan. Tapi sebenarnya, kita semua sama sahaja. Kalau kau rasa kau asyik derita, ada benda baik sebenarnya yang berlaku kalau kau tengok betul-betul. Dan kalau kau rasa kau asyik dapat benda baik, barangkali benda baik itu sendiri merupakan ujian untuk kau, atau benda baik itu lebih menjauhkan diri kau daripada Allah. Kau pernah dengar pasal tabarruj, kan?

Jadi, antara kebaikan hal-hal ini datang secara rawak;

  • Kau takkan rasa sombong macam dunia kau yang punya, atau kau takkan rasa kau manusia tak berguna sebab Tuhan macam asyik menyusahkan kau. Yang menurunkan baik buruk itu Allah, bukanlah kerana kau yang asyik menarik benda baik atau buruk. Maka sandarkanlah doa, pengharapan & pergantungan kau pada Allah semata-mata.
  • Kau takkan terbuai & tercuai apabila benda baik berlaku pada kau. Kau takkan siakan benda tu, dan kau akan gunakan peluang tu untuk bersedia, sebab kau tahu akan ada masa benda buruk pula akan tiba.
  • Sekurang-kurangnya kau tahu, sebaik mana kehidupan kau sekarang, akan ada benda buruk akan datang. Maka kau takkan lalai.
    Sekurang-kurangnya kau tahu, seburuk mana kehidupan kau sekarang, benda yang baik akan datang juga nanti. Maka kau takkan putus harapan

2. Manusia tidak sempurna

Masa air tak ada, kadang-kadang aku ada terkotorkan benda pula, yang lagi nak perlukan air. Masa aku tadah air tu, adakalanya aku terleka, jadi tak perasan air dah melimpah. Kadang-kadang nak pindahkan air daripada satu bekas ke bekas yang lain, ada yang tertumpah. Bila dah ada takungan air tu, kadang-kadang terlebih guna pula. Bila sampai masa air tak ada barulah rasa menyesal.
Malah, bukan saja menyesal, bahkan geram! Yelah, dahlah tengah kekurangan air, boleh pula buat silap macam tu.

Tapi… bila aku fikir balik… tak apalah. Manusia, kan memang macam tu. Tak sempurna. Akan ada salah & silapnya, walau macam mana pun kita cuba. Baik semasa benda baik jadi, mahupun benda buruk jadi, kadang-kadang kita akan buat benda-benda yang kita sesalkan.
Tak semestinya kita orang yang jahat. Apa yang penting, kita belajar daripada kesilapan kita & teruskan (move on) dengan kehidupan kita.

Macam aku dengan air tadilah. Dah bengang-bengang, nak buat apa lagi. Maki diri sendiri? Tak produktif. Maki hamun air tu? Lagilah tak ada faedah. Aku cuma kena sambung tadah air & cuba untuk elak lagi kesilapan tu & tingkatkan kecekapan aku dalam membawa air tu.

Baiklah, terima kasih kerana sudi membaca sampai habis. Pasal cerita tak ada air je pun.
Tapi macam mana aku boleh fikir sampai merenung rawaknya kehidupan?
Inilah antara kelebihan manusia yang banyak hidup dalam kepala sendiri.
:)

Comments

Popular posts from this blog

5 Isu Besar Kehidupan yang disentuh oleh Ejen Ali The Movie

5 Pengajaran Berharga daripada BoBoiBoy The Movie 2

Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃