Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Image
Here's today's announcement. Alhamdulillah, after working earnestly for months, I finally can announce that I have a website!  kellytelly.com kellytelly.com kellytelly.com So what's up in this website? Aside from being a one-stop center for my portfolio & activities, I have opened my very own online shop! kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop So far, it is full with my preloved books, which brings me to the next announcement; Preloved Books Sale is coming again to you! With even wider range of genres & even more affordable price, this shop as all the books you need. Only click & buy in one browser & one website. A new book would be on sale every day, so keep your eyes out 👀 Susbscribe so that you would be the 1st person to know about new posts & products 👍🏽 For starter, I think this is a good product to lead with. With that being said, stay tuned for more products to come 😏 I'm excited with all the results that come so far, ...

"Aku Tak Tahu."

Masa aku kecil, aku ingatkan orang dewasa tahu semua benda. Semua tindakan mereka mesti 100% tepat.

Masa zaman sekolah pula, aku rasa orang dewasa ni langsung tak bertindak mengikut keadaan semasa, tak bertindak mengikut keadaan generasi terkini. Semuanya 100% salah (kononnya lah)

Sekarang ni, bila usia pun makin bertambah, barulah aku faham, apa-apa pun tindakan kita, takkan 100% tepat. Tapi tindakan yang kita buat juga takkan 100% salah.

Cuba kita fikir. Dari kecil sampai besar, kita diajar banyak perkara. Berdasarkan perkara-perkara yang kita diajarkan tu, kita belajar pula untuk membuat tindakan dan keputusan sendiri. Tapi, sebanyak-banyak perkara yang kita belajar, kita takkan dapat belajar semua perkara juga.

Jadi, dalam diri kita, memang akan ada benda-benda yang kita memang tahu, mahir dan pakar, dan akan ada juga benda yang kita tak tahu-menahu langsung isi kandungannya apabila isu tersebut dibawa berborak.

Ini normal. Ini bukan satu masalah.

Yang menjadikan benda ini satu masalah, adalah apabila ada sesetengah manusia yang tak nak mengaku yang dia tak tahu sesuatu perkara. Apabila diajukan sesuatu perkara kepadanya, dia berlagak tahu, dan cuba-cuba untuk menolong, tanpa ilmu.

Dalam segala tindakan kita, ilmu itu penting. Jadi, orang yang biasanya nak menolong ni, akan biasanya memburukkan lagi keadaan.

Aku ulang balik ni.

Bukanlah satu masalah, atau kesalahan, kalau kita tak tahu pasal sesuatu perkara. Yang salahnya adalah, bila dah tahu yang diri tu tak tahu, dia tak nak mengaku, dan tak nak ambil tahu pula perkara tu.

Sebagai seorang yang dewasa dan matang, kita kena rendahkan ego dan berusaha untuk belajar dan kuasai benda-benda yang kita tak tahu, lebih-lebih lagi kalau kita memang perlu tahu pasal ilmu tersebut,

Betul, cakap memang lagi senang dari buat. Tapi itulah tanda kematangan dalam orang dewasa. Berusaha untuk buat apa yang sukar tetapi perlu dalam hidup.

Kalau tak nak buat, kalau tak nak berusaha untuk buat, baiklah jadi budak-budak balik. Budak-budak manalah reti bersusah-susah ni. Tahu hidup ni nak senang je. Kan?

Comments

Popular posts from this blog

5 Pengajaran Berharga daripada BoBoiBoy The Movie 2

Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Getting a Psychology Degree is a Scam??? 😱😱😱