Alhamdulillah, hari ni aku berkesempatan untuk pergi ke acara ‘How Are You?’, sebuah pengisian oleh Aiman Amri a.k.a Aiman Psikologis, di ImanShoppe.
Mula-mula masuk kedai tu, cuak jugak. Selama ni dah lama ikut dekat media sosial, dah lama ikut penulis-penulis dia, baru hari ni dapat datang ke kedai tu sendiri & jumpa seorang penulis dia.
I was like:
“Oooo inilah kedai buku yang popular tu.”
2 hours were well-spent. The talk is simple, really. But yet engaging & deepen my understanding more, even to me as a student learning psychology. Aku suka dengan cara penyampaian Aiman Amri; berisi tapi senang faham. Terutamanya untuk aku yang nak jadi speaker tapi suka guna perkataan-perkataan susah; aku pun muhasabah diri balik la tentang macam mana selama ini aku bercakap di khalayak ramai. Hahahaha.
Jadi, aku dekat sini nak senaraikanlah 3 intipati yang setakat ni masih berdengung di telinga aku.
1. Analogi gergaji
I really like this analogy. Memang balik rumah siap cerita dengan mak bapak lagi.
Aiman opens his talk with this story of a man sawing 1000 pieces of woods.
Mula-mula aku macam, “Apehal mamat ni cerita pasal gergaji tiba-tiba?”
But then I got it.
Dan sekarang, biar aku habaq kat hangpa pulak.
Kalau kau guna sebilah gergaji untuk potong 1000 keping kayu, agak-agak tumpul ke tak gergaji tu? Mestilah tumpul kan?
Dan katakanlah kau ada lagi 1000 tambahan keping kayu untuk dipotong. Apakah tindakan yang paling efisyen yang boleh kau lakukan pada masa tu; asah gergaji tu dulu atau teruskan memotong?
Kalau kau pilih untuk terus memotong, pada zahirnya memanglah nampak macam tak ada apa-apa pun. Tapi, gergaji akan makin tumpul, kau akan pakai lebih banyak tenaga, dan akhirnya kau akan bertambah penat. Efisyen celah mana tu?
Kalau kau pilih untuk asah gergaji dulu, walaupun akan makan masa, gergaji tu akan dipulihkan keadaannya. Jadi, apabila kau balik semula menggergaji, gergaji tajam tu boleh steady potong macam biasa, dan kau takkan membazir tenaga & kepenatan untuk benda yang tak perlu.
“Alah, pengajaran biasa, sis. Macam tu lah kesihatan mental kita. Kita akan ada masa ‘tumpul’ tu, macam rasa murung, resah, risau & sebagainya. Jadi kau kena ambil masa untuk jaga kesihatan mental macam kau ambil masa jaga gergaji tu. Kan?”
Betul.
Tapi ada sambungannya lagi;
Untuk mereka yang ada mental disorder, masalah ‘gergaji’ mereka bukan masalah tumpul.
Tapi gergaji tu dah patah terus.
That is what makes it ring in my head until this very moment.
Tak macam ‘gergaji’ kita yang perlu diasah kerana tumpul, ‘gergaji’ mereka sudah tak boleh digunakan lagi. It’s
dysfunctional. So the same treatment (mengasah gergaji) that we use onto ourselves may not be used on mental health patients.
2. Anxiety & depression most likely stem from chronic stress.
This is because stress triggers the fight-or-flight mode, due to the cortisol & adrenalin in the body.
Tapi, kalau stress itu di luar kawalan, tak kisahlah sebab diri sendiri kurang mahir mengurus atau faktor luaran yang memang datangkan stress secara berterusan, kortisol & adrenalin tu akan sentiasa berlegar dalam badan. And this is very, very detrimental to our health, particularly mental health.
This is exactly what I’ve learned in my physiology class, about
General Adaptation Syndrome (GAS), proposed by Hans Selye. There are 3 stages of GAS:
1.
Alarm stage – the fight-or-flight stage like I explained, where body’s resources are mobilized to meet the perceived threat or danger
2.
Resistance stage – body tries to recover to normal, yet still fighting the stressor & remains on alert
3.
Exhaustion stage – if stressors continue beyond the body’s capacity, body resources become exhausted, making it susceptible, weak & prone to illness
Kesihatan secara umumnya akan banyak terjejas dengan tahap stress yang kita alami.
Jadi, hati-hati dengan tahap stress kita, ok?
3. Apa perbezaan keresahan (anxiety) & kemurungan (depression)?
Sejujurnya aku agak terkejut juga bila mula-mula tahu, sebelum acara ni pun, yang ramai orang terkeliru antara dua ni. Tapi bila aku cuba terang sendiri, aku pun tepuk dahi sendiri sebab berbelitnya ayat yang aku guna.
Tapi saudara Aiman dalam acara ni, terang dengan senang sekali.
Depression;
sad, at the past.
Anxiety;
worry, for the future.
See? Senang kan?
Secara keseluruhannya, berbaloilah aku memandu sejam dua jugak nak datang. Would look forward to more upcoming ImanTalks!
Dan biarlah lebihan ruangan yang ada ni aku abadikan gambar sebagai kenangan. Hehehe.
It's been a while since I pampered myself with books hehe
Indeed it is. Thank you saudara Aiman for your kind words!
Laa... baru perasan ada Aiman Azlan jugak dalam gambar hahahaha
(sape yang tak nampak tu cuba tengok betul-betul)
Comments
Post a Comment