Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Image
Here's today's announcement. Alhamdulillah, after working earnestly for months, I finally can announce that I have a website!  kellytelly.com kellytelly.com kellytelly.com So what's up in this website? Aside from being a one-stop center for my portfolio & activities, I have opened my very own online shop! kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop So far, it is full with my preloved books, which brings me to the next announcement; Preloved Books Sale is coming again to you! With even wider range of genres & even more affordable price, this shop as all the books you need. Only click & buy in one browser & one website. A new book would be on sale every day, so keep your eyes out 👀 Susbscribe so that you would be the 1st person to know about new posts & products 👍🏽 For starter, I think this is a good product to lead with. With that being said, stay tuned for more products to come 😏 I'm excited with all the results that come so far, ...

Jaga Ikhtilat - Tak Semestinya Mengasingkan!

Kalau kau pelajar sekolah agama, aku percaya, antara peringatan yang paling selalu diberikan ialah, jaga ikhtilat.

Kalau tak dengar setiap 2-3 hari tak sah!

Dan aku faham sangatlah kenapa. Tak dinafikan, kita nak membendung zina. Lagi-lagi dalam umur remaja ke belia, disebabkan banyak perubahan di luar kawalan mereka yang berlaku, memang golongan umur macam lebih cenderung untuk mendekati zina.

Tapi, kalau kita asyik mengulang naratif bahawa yang ketiga antara dua orang lelaki & perempuan itu syaitan, ujian terhebat lelaki ialah wanita, wanita yang tak tutup aurat terdedah kepada kejahatan lelaki;
secara tidak langsung kita asyik pasak dalam kepala otak kita ni yang lelaki & perempuan apabila bersama-sama, asyik berfikir pasal satu perkara tu je.

Macam aku cakap tadi, aku tak nafikan pun segala peringatan tu penting. Sangat penting.
Seks tu memang antara aspek yang sangat penting dalam kehidupan manusia.
Dan zina sememangnya antara masalah besar yang melanda remaja & belia sekarang. Bukan setakat Malaysia je, memang inilah masalah golongan remaja & belia di serata dunia.

Tapi, kalau ini sahajalah naratif yang Islam ada tentang perhubungan antara lelaki & perempuan, nanti, ada 2 orang lelaki & perempuan yang nak berurusan secara biasa-biasa pun, akan terjejas hubungan & urusan mereka.

Kenapa? Kerana mereka terlebih dimomokkan dengan naratif ni. Jadi mereka akan rasa terganggu dengan perkara-perkara yang tak wujud pun. Sekadar sangkaan sahaja.

Memetik daripada buku Empayar karya Teme Abdullah;

"Adakah kita berniat menghalang mereka daripada melakukan dosa yang mereka tidak pernah erfikir langsung untuk melakukannya?"

Aku ada tengok satu TED Talk ni. Penceramah dia kata, dia pergi tawaf dekat Kaabah. Dan semasa tawaf mestilah lelaki & perempuan tawaf sama-sama.
Kemudian, lepas dia habis tawaf, dia pergi makan di Burger King yang berdekatan dengan Kaabah. Dalam Burger King tu pulak, ada tempat makan asing-asing, untuk lelaki & perempuan.

Jadi dia pun terfikir, "Aik, masa tawaf tak ada masalah bercampur lelaki perempuan, tapi dekat Burger King tak boleh?”

Lagi sekali aku tekankan, peringatan tentang ikhtilat perlu terus ada.
Tapi pada masa yang sama, kita bangkitkanlah juga, bagaimana lelaki & perempuan, kalau bekerjasama dengan baik, mampu memenuhi keperluan masing-masing & maju ke hadapan.

Zaman Rasulullah dulu, ada para sahabiah yang sangat lantang bersuara, hatta terhadap Sayidina Umar yang ramai orang takut tu.
Zaman Rasulullah dulu, Rasulullah sendiri puji sahabiah yang aktif bertanya, lagi-lagi tentang hal kewanitaan yang tak semestinya semua orang, terutamanya perempuan sendiri, ada kemampuan nak lawan rasa malu untuk bertanya.
Sayidatina Aisyah sendiri aktif memberi ilmu kepada para sahabat yang lain, baik sebelum mahupun selepas kewafatan Rasulullah. Baginda tak menghalang.

Kenapa tak banyak lagi cerita-cerita macam ni yang kita dengar?

Kejayaan dalam Islam ini dibina oleh lelaki-lelaki & perempuan-perempuan yang berjaya, yang bekerja bersama-sama, dengan berkesan.

Berbalik kepada TED Talk tadi, penceramah tu pun ada tanya, kalaulah pengasingan antara lelaki & perempuan itu sangat penting dalam Islam, lebih-lebih lagi dalam beribadah, mesti masa pensyariatan haji dulu Allah dah awal-awal tetapkan sekali.

Tapi itu tak berlaku.
Kerana kita diciptakan lelaki & perempuan bukan untuk dipisahkan.
Sebaliknya, kita memang ditakdirkan untuk hidup bersama-sama, bersosial bersama-sama, bekerja bersama-sama. Bahkan, hukum ikhtilat tu takkan ada kalau lelaki & perempuan tu tak ada kehidupan bersama-sama. Hukum itu ada, bukan untuk memisahkan mereka, tetapi untuk mengatur mereka.

Sebab Islam tak ajar pemisahan mutlak antara lelaki dengan perempuan.
Sebaliknya, Islam mengajar, bagaimana lelaki dengan perempuan boleh berinteraksi dengan penuh adab, dengan penuh hikmah & dengan penuh berkesan.

Comments

Popular posts from this blog

5 Pengajaran Berharga daripada BoBoiBoy The Movie 2

Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Getting a Psychology Degree is a Scam??? 😱😱😱