Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Image
Here's today's announcement. Alhamdulillah, after working earnestly for months, I finally can announce that I have a website!  kellytelly.com kellytelly.com kellytelly.com So what's up in this website? Aside from being a one-stop center for my portfolio & activities, I have opened my very own online shop! kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop So far, it is full with my preloved books, which brings me to the next announcement; Preloved Books Sale is coming again to you! With even wider range of genres & even more affordable price, this shop as all the books you need. Only click & buy in one browser & one website. A new book would be on sale every day, so keep your eyes out 👀 Susbscribe so that you would be the 1st person to know about new posts & products 👍🏽 For starter, I think this is a good product to lead with. With that being said, stay tuned for more products to come 😏 I'm excited with all the results that come so far, ...

"Jangan Mendekati Zina!"



Dalam penulisan yang sebelum ini, aku ada tulis bahawa menjaga ikhtilat itu, tidak semestinya bermaksud mengasingkan lelaki & perempuan. Hal ini kerana, apabila kita terlalu fokus pada mengasingkan lelaki & perempuan, interaksi antara kedua-duanya akan terlalu terbatas.
Tak ada batas tak elok, terlalu berbatas pun tak elok!

Kejayaan dalam Islam ini dibina oleh lelaki-lelaki & perempuan-perempuan yang berjaya, yang bekerja bersama-sama, dengan berkesan. Hukum ikhtilat ada, bukan untuk memisahkan mereka, tetapi untuk mengatur mereka. Islam tak ajar pengasingan, tetapi Islam mengajar untuk berinteraksi dengan abad, hikmah & keberkesanan.

Maka, mungkin mereka yang membaca artikel yang lepas, akan bertanya:
"Jadi, macam mana cara nak jaga ikhtilat sebenarnya, kalau bukan dengan pengasingan lelaki & perempuan?"
oleh kerana cara pengasingan inilah cara yang paling popular apabila kita bercakap mengenai mencegah ikhtilat.

Baik, mari kita berbicara lagi.

Aku percaya ramai yang mengambil dalil ikhtilat secara umumnya, & dalil pengasingan secara khusunya, berdasarkan Surah Al-Isra' ayat 32:

Bila kita dengar ayat ni, kita akan kaitkan dengan zina, dan akhirnya dengan pemisahan lelaki dengan perempuan. Zina berlaku akibat terlalu rapatnya lelaki & perempuan bukan mahram. Maka, untuk menghalang zina, kita kena jauhkan lelaki & perempuan bukan mahram.
Logik senang kan? Budak umur 5 tahun pun boleh faham.

Tetapi, ada satu kepincangan terhadap pendekatan ini.

Apabila kita menggunakan pendekatan ini terhadap ayat tersebut, hasilnya, kita takut nak mempelajari ilmu seks & ilmu jantina, dan hubungan & kaitan antara kedua-duanya. Terutamanya golongan belia.
Dan mereka juga akan rasa takut dengan jantina dengan lagi satu. Apabila rasa tertarik dengan jantina berlawanan, rasa nak lari jauh-jauh daripada mereka. Apabila dia rasa terangsang, dia rasa macam manusia yang sangat berdosa.
Padahal itu semua benda yang normal.

Cuba tengok betul-betul ayat tu. Ayat tu, tak ada pun cerita pasal lelaki dengan perempuan sebenarnya.
Fokus pada ayat itu ialah pada aspek seks.

Kejap. Bukan. Fokusnya ialah pada aspek zina. Bukan seks.

Sebab Islam tak melarang seks. Langsung. Tak pernah pun.
Siapa yang kata pernah aku rembat dengan penyapu.

Sebaliknya, Islam memperakui seks sebagai antara aspek yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Malah, disebabkan pentingnya seks itu sendiri, Islam ada banyak pengawalan & peraturan berkisarkan seks. Tak dinafikan, antaranya ialah hukum ikhtilat itu sendiri.

Jadi fokusnya di sini, bukan seks, tapi zina. Yang Islam larang ialah zina, yakni seks bukan pada jalan yang halal. Seks bukan pada jalan yang diredhaiNya.  Seks yang melanggar pengawalan & peraturan yang Allah dah aturkan.

Lagi satu, perkataan zina itu sendiri, kata asalnya dalam bahasa Arab, membawa kepada maksud perhiasan, memperhiasi, dan yang seumpama dengannya. Maksudnya, jalan-jalan yang melanggar pengawalan & peraturan Allah itu memang sengaja nampak indah, lebih indah berbanding jalan yang halal.
Inilah yang kita tidak boleh buat; memperindahkan seks yang tidak Allah redha.

Jadi, ini beberapa buah fikiran aku.

Pertamanya, kita perlu lebih terbuka dalam berbicara tentang seks. Sebab seks ialah satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Seks bukan hanya sekadar aksi suka-suka. Bahkan, seks amat berkait dengan aspek emosi, spiritual & mental manusia. Bahkan lebih lagi.
Yang paling signifikan, di sinilah kehidupan tercipta.

Keduanya, apabila aku cakap kita perlu lebih terbuka dalam berbicara tentang seks,
aku tak maksudkan melawak atau bercerita apa yang tidak sepatutnya diceritakan. Lebih-lebih lagi aku tak menggalakkan hiburan berunsurkan seks. Benda tu ialah benda yang awal-awal lagi aku dah cakap tak boleh; memperindahkan seks yang tidak Allah redha.
Apa yang tak boleh cerita, jangan cerita. Apa yang tak boleh didedahkan, jangan didedahkan. Kalau boleh selesai secara peribadi, selesaikan secara peribadi
Maksud aku, kita perlu lebih berfikiran terbuka dalam mempelajari seks, meneroka masalah-masalahnya, memahami kepentingannya, mendalami falsafahnya, mengikuti disiplinnya, dan sebagainya.

Inilah pendidikan seks yang sepatutnya. Pasal inilah, selama ni kita asyik cakap pasal pendidikan seks, semua orang nak lari jauh-jauh. Atau ada yang menuduh kita menggalakkan mereka yang di bawah umur untuk melakukan seks.

Kefahaman kita pasal pendidikan seks tu pun dah salah!

Ketiga, memang betul kita manusia ada nafsu seks.
Memang betul kita ada syahwat. Tetapi, itu sahajakah kita?

Kepada yang seronok melucah, itu je ke kerja kau? Itu je ke dalam kepala kau? Melawak sana sini, berkelakuan yang tidak sepatutnya sana sini, lepas tu kondem orang tak terbukalah, kolotlah, apalah.
Hanya sampai situ sahajakah kau letak prioriti & nilai diri kau? Manusia itu bukan hanya semata-mata makhluk bernafsu. Kau lebih lagi daripada semua tu, dan aku tahu kau tahu benda tu.

Kepada yang asyik mahu memisahkan lelaki & perempuan pada setiap masa & ketika,
ketahuilah bahawa anda mendasarkan perbuatan ini kepada perasaan takut & paranoid. Ketakutan itu ialah antara emosi manusia yang sangat kuat. Dan kita semua faham puncanya, dan kita faham kerisauan anda.
Tetapi berselubung dalam perasaan ini tidak sihat, kerana hal ini akan membuatkan kita memperbesarkan perkara-perkara yang tak sepatutnya. Kita akan paranoid terhadap ancaman yang tak pernah ada. Manusia itu bukan hanya semata-mata makhluk bernafsu. Kita lebih lagi daripada semua tu, dan aku tahu kau tahu benda tu.

Aku ulang semula apa yang aku tulis dalam penulisan yang lepas, daripada buku Empayar karya Teme Abdullah;

"Adakah kita berniat menghalang mereka daripada melakukan dosa yang mereka tidak pernah terfikir langsung untuk melakukannya?"

Tak payah acah nak menyorok daripada berlainan jantina, nak buat pemisahan secara melampau, semata-mata kerana la taqrabuzzina.
Sebab, semakin kita mengelak meletakkan seks pada tempatnya, semakin indah zina kepada kita.
Sebab, semakin kita mahu lari daripada ketakutan kita, semakin besar ketakutan itu sendiri.

Maka, hadapilah ketakutan tersebut. Yakni, dalam konteks ini, hadapilah puncanya; zina berlaku bukan semata-mata kerana rapatnya lelaki & perempuan. Tetapi kerana kita tidak memahami tentang seks itu sendiri secukupnya, untuk kita buat keputusan yang betul & matang mengenai hal-ehwal yang berkaitan.

Moga penulisan ini memberi manfaat.
Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

5 Pengajaran Berharga daripada BoBoiBoy The Movie 2

Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Getting a Psychology Degree is a Scam??? 😱😱😱