Moving Out to a New Home! (Virtually) πŸ˜ƒ

Image
Here's today's announcement. Alhamdulillah, after working earnestly for months, I finally can announce that I have a website!  kellytelly.com kellytelly.com kellytelly.com So what's up in this website? Aside from being a one-stop center for my portfolio & activities, I have opened my very own online shop! kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop So far, it is full with my preloved books, which brings me to the next announcement; Preloved Books Sale is coming again to you! With even wider range of genres & even more affordable price, this shop as all the books you need. Only click & buy in one browser & one website. A new book would be on sale every day, so keep your eyes out πŸ‘€ Susbscribe so that you would be the 1st person to know about new posts & products πŸ‘πŸ½ For starter, I think this is a good product to lead with. With that being said, stay tuned for more products to come 😏 I'm excited with all the results that come so far,

Diari Suri (Bahagian 2)





Jumaat petang datang lagi. Rutin Karina mengacau Suri kembali lagi. Sudah pelbagai cara menyakat yang dia fikirkan.

Perlahan-lahan Karina mengatur langkah ke taman itu.

“Aik?”

Pelik. Tiada kelibat sesiapa pun yang kelihatan.

“Lambat sikit kot dia datang hari ini.”

Karina melabuhkan punggung di atas bangku yang selalu juga Suri duduk.

“Tak apalah, hari ini hari dalam sejarah, biar aku yang menyambut dia ke mari.”

Tak sampai seminit pun Karina duduk. Dia jenis tak suka duduk diam. Kejap melihat ikan koi di kolam. Kejap bermain daun semalu. Kejap main petik-petik bunga, walaupun dia tidak dibenarkan buat demikian. Jelas riak bosan di wajahnya. Karina bukanlah jenis yang mesra dengan alam semulajadi. Kalau bukan sebab Suri, dia takkan ke sini.



45 minit berlalu…



“Haish, mana dia ni???”

Separa menjerit Karina mengeluh. Entah mengapa, tidak terdetik untuk dia pergi ke dorm Suri. Bukannya dia tak tahu dorm Suri di mana. Barangkali kerana dia tahu Suri jenis yang istiqamah dengan rutin. Maka, selama mana pun dia selalunya menunggu, Suri akan sampai.

Namun tidak pernahlah selambat ini. Ke manalah dia pergi agaknya? Apakah yang membuatkan dia berpaling daripada rutin tegarnya.

“Entah-entah, dia merajuk dengan aku tak?”

Boleh jadi juga. Kebanyakan masa ini, dia asyik menganggu petang Jumaat Suri, cuba mengintai diari Suri. Entah-entah, Suri membawa diri ke tempat yang lebih aman, supaya dia boleh menulis diari dengan lebih tenang.

Entah-entah Suri sudah tidak menyenanginya lagi.

Muka Karina berubah sedikit apabila memikirkan kebarangkalian tersebut.

Ah, Suri. Tidak sekali pun aku berniat untuk menyakiti hati kau. Tidak sekali pun aku sengaja mahu menyusahkan engkau. Tapi yalah, mungkin perbuatan aku yang mementingkan diri. Aku buat semua ini tiba-tiba sebab–

“Karina!”

Cikgu Linda, warden hari ini memanggilnya dari dalam rumah warden yang sememangnya betul-betul bersebelahan dengan taman tersebut.

Karina mengatur langkahnya walaupun berat selama dia belum bersua muka dengan Suri. Apalah agaknya Cikgu Linda nak? Kebiasaannya pasti Cikgu Linda ingin mengumumkan sesuatu, yang kebiasaannya dilakukan melalui pengawas seperti Karina juga.

“Ya, ada apa cikgu?” Karina sudah tiba di hadapan Cikgu Linda.

Cikgu Linda mengetap bibir perlahan-lahan, sebelum bersuara, “Tolong buat pengumuman, selepas solat Maghrib hari ini akan ada bacaan tahlil.”

Telahan Karina tepat. Namun, tahlil? Kenapa?

“Kenapa, cikgu?”

Makin muram wajah Cikgu Linda apabila persoalan itu dilontarkan. Namun dia tahu, soalan itu perlu dijawab juga. Cuma beratnya hati Cikgu Linda kerana dia tahu terutamanya Karina pasti akan yang paling terkesan antara seluruh warga sekolah tersebut.

“Kawan awak, Suri, meninggal dunia di hospital hari ini.”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Beberapa minggu kemudian.

Aku sesekali mengerling ke arah Zarina yang mengikut, eh bukan, mengiring aku sedari tadi. Zarina ialah orang kedua yang rapat dengan aku di sekolah ini selepas Suri, namun dia sendiri pula tidak begitu rapat dengan Suri. Namun, pemergian Suri yang menyentak hati aku, semestinya menyentak hatinya sekali.

Petang Jumaat itu Suri meinggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kenapa tiba-tiba petang Jumaat dia di jalanan pula, bukan di taman seperti biasa? Kerana dia bertugas menemani seorang junior yang perlu ke klinik, bersama seorang warden yang lain. Entah, syaitan bertopengkan manusia mana, atau mungkin manusia yang langsung tidak ada timbang rasa apabila memandu di jalanan, merempuh kereta yang mereka bertiga naiki. Kesemuanya cedera parah, namun nyawa mereka terselamat.

Kecuali Suri.

Langkahan terhenti. Destinasi yang dituju sudah sampai.

A23. Dorm Suri. Mereka melangkah masuk. Tiada sesiapa pun yang berada di dalam. Zarina membuka lampu. Dorm yang gelap itu menjadi terang.

Aku duduk di bucu katil Suri. Masih terasa pelik, yang pemiliknya takkan pernah datang lagi. Adanya Zarina dan aku di sini pun untuk mengemas barang-barangnya, di tengah-tengah waktu prep malam ini, kerana ibu bapa Suri akan datang esok untuk mengambilnya.

“Kau okey?”

Okey? Entahlah. Adakah aku okey? Adakah aku akan okey? Adakah kehidupan aku selepas ini, kalau masih ada, akan sama?

Aku membatukan diri, tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya. Zarina duduk di sebelah aku, melayan kesunyian.

Aku tak selesa.

“Zarina, kau pergilah prep. Kesian pulak kau tak dapat pergi prep.”

“Eh janganlah macam tu. Bukan kau sorang je yang dapat pelepasan prep malam ni, aku pun dapat juga, aku boleh teman kau.”

Ah, Zarina… bukan simpati yang aku mahukan daripada kau.

“Pergi je la. Aku cuma nak… bersendirian.”

Aku tidak memandangnya, namun pandangan periferi aku berjaya menangkap bahawa mukanya berubah.

Zarina mengatur langkah untuk pergi. Dari ekor mata aku, aku boleh lihat dia berhenti dan melirik sebentar sebelum berlalu. Entah apa yang difikirkannya. Barangkali sedih agaknya melihat kawannya yang seorang ini dah jadi teruk. Dahlah fizikal teruk, emosi lagilah tengah teruk.

Langsung tidak sampai sepuluh saat Zarina pergi, aku tidak tertahan lagi. Aku menangis. Menangis, menangis dan meraung.

Kenapa?

Kenapa???

Kenapa Suri yang pergi? Kenapa bukan aku?

Kata-kata Doktor Ruvina kembali semula di memori aku.

“Cik, kami minta maaf. Kami pun tak sangka. Sudah 3 tahun cik bebas kanser. Tetapi entah bagaimana, kali ini kanser tersebut datang kembali. Bahkan kami jangka kali ini dia akan semakin teruk. Dalam masa beberapa minggu lagi mungkin cik sudah tidak akan dapat ke sekolah seperti biasa lagi. Kita bersedia sajalah untuk perancangan Tuhan yang sebaik-baik perancang.”

Aku dah besedia dah pun! Tapi… kenapa Suri yang pergi? Tak langsung aku dapat sangka.

Kanser aku, memang sejak tingkatan 3, tak ada seorang pun yang tahu. Kawan-kawan, cikgu-cikgu, bahkan pihak hal ehwal pelajar sekolah pun tak tahu. Ibu dan ayah? Siang bekerja, malam bergaduh. Entah aku ada atau tiada di rumah sama sahaja.

Sebab itu aku suka berada di sekolah, bahkan sebab itu aku menyembunyikan kanser aku. Aku seronok di sini, dan aku langsung tidak mahu keseronokan itu ditarik dengan pandangan simpati dan kasihan oleh seluruh warga sekolah. Aku mahu mereka terus kekal melihat aku sebagai seorang yang baik, cergas, semangat, dan boleh diharap.

Malah, sebab itu juga aku amat menghargai Suri dalam kehidupan aku. Daripada kecil sampai besar, aku tidak punya adik-beradik dan rakan-rakan lain. Ada mak ayah pun macam tak ada. Nasib aku pandai sorok, dan nasib aku dapat berkawan dengan Suri.

Aku ingat aku kuat. Tapi Doktor Ruvina dah ramal kanser kali ini kesannya akan tidak dapat dielakkan lagi. Maka sudah aku sediakan segala dokumen yang perlu untuk berhenti sekolah. Aku sedia meninggalkan keseronokan di sini. Sekolah yang aku datangi, yang memberikan aku senyuman, biarlah juga aku berlalu pergi dengan senyuman.

Cuma sakit hati aku mengenangkan aku akan meninggalkan Suri juga.

Sebab itu lepas sahaja diagnosis Cikgu Ruvina, aku sengaja meluangkan lebih banyak masa dengan Suri. Bahkan tanpa diundang sekali pun. Lantaklah, aku dah nak pergi dah pun. Bersabarlah sikit Suri, fikir aku, aku pun dah tak lama ni. Biarlah aku meluangkan masa dengan kau.

Malah aku sengaja memasang misi; aku mahu melihat diari Suri sebelum aku mati. Aku mahu betul-betul tahu, siapakah aku sebenarnya pada Suri. Adakah aku seseorang yang penting padanya, sebagaimana dia juga ialah seseorang yang penting pada aku? Kalau ya, mesti aku ada dalam tulisan diarinya. Aku mahu lihat, sedalam mana dia menulis tentang aku. Ya, kebudak-budakan, aku tahu. Tapi aku nak tengok juga. Berilah aku tengok Suri, fikir aku tiap kali aku bergasakan dengan dia. Aku dah tak lama, Suri. Berilah aku tengok sekejap sahaja, sebagai penenang hati bahawa aku juga merupakan insan yang penting kepada seseorang. Sebelum aku pergi, Suri.

Pintu loker Suri dibuka. Jelas terletak kemas diarinya di atas lipatan bajunya.

Kini, tiada sesiapa yang boleh menghalang aku lagi untuk melihat diari Suri. Betul, bukan?

Tapi…

Diari ialah diari. Diari itu sifatnya tidak boleh ditunjuk kepada orang lain. Walaupun hal yang ditulis itu tidak penting, apatah lagi kalau hal yang ditulis itu perkara yang penting. Itulah prinsip sebuah diari.

Kau selalu cakap macam tu kan, Suri?

Kalau kau selalu cakap macam tu, macam mana aku nak tengok, Suri?

Tergamakkah untuk aku tengok, Suri? Walaupun kau sendiri pun sudah tidak ada?

Aku meraung lagi, sampai kepala aku rasa berpinar, dan akhirnya… gelap.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari kejadian.

Sah, memang Karina tengah dalam kesusahan. Tapi aku nak tolong macam mana? Haish, dia sendiri tidak beritahu aku.

Apa yang berlaku sebenarnya? Apa-apa sahaja, mesti dia beritahu aku. Tapi kali ini… haish.

Tak apalah, nanti petang ini dia datang lagi kot. Aku akan pujuk dia beritahu juga. Selama aku kenal dia, dia pun tak adalah masalah yang orang kata, besar-besar. Macam mak ayah berpisah ke, ada penyakit kronik ke. Jadi aku pun tak dapat jangka apa masalah dia, besar mana masalahnya.

Insya Allah, apa-apa jadi dengan dia pun, aku akan terus ada di sisi dia. Dialah juga antara orang yang penting dalam hidup aku. Orang yang seakan aku rasa Allah hantar terus khas untuk aku. Ada ke macam tu? Ada-ada sahaja aku ni, hahaha!

Ya Allah, kau tolonglah kawan aku Karina, dalam apa-apa masalah yang dihadapinya. Kau tenangkanlah hati dia, Kau permudahkan jalan dia, dan Kau berikanlah dia kekuatan. Hanya kepada Engkau aku bermohon, Ya Allah. Rahmatilah kawan aku Karina, sayangilah dia, kerana sesungguhnya aku amat sayang padanya.

“Kak Suri!”

“Eh, opocot!”

Ralit benar Suri menulis, sampai tidak sedar dua orang junior yang sudah terpacul di hadapannya sejak bila entah. Secara spontan juga dia menutup dan cuba menyembunyikan diarinya. Sesaat kemudian, pipinya memerah, segan dengan kelakuan diri sendiri.
Bercampur hairan pula, apabila juniornya itu tidak memberi reaksi. Bukankah biasanya mereka akan terkekek-kekek ketawa?

“Kak Suri, Hana sakit perut, teruk! Tolong temankan Hana jumpa warden dan pergi klinik.”

Oh, kecemasan rupanya. Pantas Suri menyimpan diari di dalam loker, bersiap ala kadar, lalu segera bergegas pergi membuntuti langkah juniornya.

Tanpa dia ketahui, itulah tulisannya yang terakhir di dalam diarinya.

Sungguh, siapa yang memberi jaminan bahawa kehidupan ini boleh dijangka?

-TAMAT-

Comments

Popular posts from this blog

5 Isu Besar Kehidupan yang disentuh oleh Ejen Ali The Movie

5 Pengajaran Berharga daripada BoBoiBoy The Movie 2

Moving Out to a New Home! (Virtually) πŸ˜ƒ