Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Image
Here's today's announcement. Alhamdulillah, after working earnestly for months, I finally can announce that I have a website!  kellytelly.com kellytelly.com kellytelly.com So what's up in this website? Aside from being a one-stop center for my portfolio & activities, I have opened my very own online shop! kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop So far, it is full with my preloved books, which brings me to the next announcement; Preloved Books Sale is coming again to you! With even wider range of genres & even more affordable price, this shop as all the books you need. Only click & buy in one browser & one website. A new book would be on sale every day, so keep your eyes out 👀 Susbscribe so that you would be the 1st person to know about new posts & products 👍🏽 For starter, I think this is a good product to lead with. With that being said, stay tuned for more products to come 😏 I'm excited with all the results that come so far, ...

Emosi dan Rasional Perlu Dibezakan


character.wikia.com

"Di hujung pelangi, hampir-hampir di tengah tasik, tanpanya bumi pasti meletup."

Apa jawapannya?
Huruf I?

Aku cuba utarakan jawapan tu. Dengan penuh keyakinan.
Katanya salah.

Oh my God. Ya Allah, seriously I am so frustrated.

Apa lagi yg lebih logik jawapannya berbanding huruf I?

Sumpah aku bengang.

Begitulah kehidupan. Kita jalani hidup ni, dengan melakukan apa yang kita percaya kita perlu lakukan. Dan kita percaya bahawa apa yang kita percaya itu benar.

Cuba bayangkan, suatu hari, ada orang datang dan cakap semua yang kita percaya tu salah, dengan bukti yang kukuh.
Apa perasaan kita?

Bengang. Marah. Sedih. Frust menonggeng. Nak menangis. Nak meraung. Nak meroyan. Nak hentak kepala kat dinding.
Semua perasaan ada.

Kita nak berperasaan macam mana pun, lantaklah. Tapi adakah semua perasaan kita itu akan merubah realiti, bahawa apa yang kita buat selama ni salah?

Tidak sekali-kali.

Hakikatnya, kita kena terima dan betulkan kesilapan kita.
Bukanlah salah untuk beremosi. Siapa yang tak meletup kalau dihadapkan dengan situasi begini.
Tetapi yang penting, bagaimanakah sikap kita selepas mengetahui perkara tersebut? Angkuh dan terus buat yang apa kita rasa betul, tapi dah terang-terang dibuktikan salah?

Inilah golongan al-Kafirun dalam Al-Quran. Maksudnya bukanlah sekadar non-Muslim semata-mata.
al-Kafirun ialah manusia-manusia yang dah ditunjuk depan mata dan disua bukti-bukti yang kukuh tentang kesalahan mereka, tapi mereka tetap memilih untuk buat salah.

Siapa yang tak marah dengan orang-orang degil begini? Dan macam manalah Allah tak murka pula dengan golongan sebegini?

Kita semua buat silap, sama ada sedar ataupun tidak. Kalau kita berbuat silap secara sedar, terpulang pada kekuatan diri kita untuk meninggalkan kesilapan itu.

Kalau kita sudah disedarkan bahawa apa yang selama ini kita sangka suatu kebenaran, ialah suatu kesilapan,
yakni kita berbuat silap tanpa sedar, maka baikilah diri kita. Jangan biar ego menguasai diri, jangan melawan hanya kerana mahu dilihat benar, kerana kebenaran itu bukanlah disandarkan kepada manusia.

Aku masih frust dengan teka teki tadi, dan aku sebenarnya masih tak tahu jawapan sebenar. Dan aku masih yakin jawapannya ialah huruf I.

Kalaulah benda sekecil ni pun buat aku frust, aku berdoa sangat-sangat supaya kalaulah dihadapkan dengan benda yang lebih besar, aku takkan hilang kewarasan aku. Harapnyalah.

Comments

Popular posts from this blog

5 Pengajaran Berharga daripada BoBoiBoy The Movie 2

Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Getting a Psychology Degree is a Scam??? 😱😱😱