Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Image
Here's today's announcement. Alhamdulillah, after working earnestly for months, I finally can announce that I have a website!  kellytelly.com kellytelly.com kellytelly.com So what's up in this website? Aside from being a one-stop center for my portfolio & activities, I have opened my very own online shop! kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop So far, it is full with my preloved books, which brings me to the next announcement; Preloved Books Sale is coming again to you! With even wider range of genres & even more affordable price, this shop as all the books you need. Only click & buy in one browser & one website. A new book would be on sale every day, so keep your eyes out 👀 Susbscribe so that you would be the 1st person to know about new posts & products 👍🏽 For starter, I think this is a good product to lead with. With that being said, stay tuned for more products to come 😏 I'm excited with all the results that come so far, ...

Dosa Awam & Dosa Peribadi?


Baru-baru ini Malaysia heboh dengan isu kerajaan yang tidak akan lagi melakukan serbuan khalwat, atas dasar pendapat bahawa kerajaan tidak perlu fokus pada dosa peribadi, atau dosa yang dilakukan secara bersendiri. Hal ini mendapat tentangan daripada pelbagai pihak.

Aku juga, walaupun setuju bahawa dosa peribadi itu tidak seharusnya dirungkaikan, tidak bersetuju bahawa serbuan khalwat perlu dihentikan.

Berikut merupakan beberapa sebab mengapa aku tidak bersetuju serbuan khalwat dihentikan.

1. Malaysia tidak percaya kepada pengamalan seks bebas.
Agama Islam lebih bersifat spesifik, yakni melarang pengamalan seks di luar hubungan perkahwinan.

Agama rasmi Malaysia, dan budaya rakyat Malaysia secara keseluruhannya, memandang hal ini sebagai satu perkara yang salah. Malah, kita juga ada bukti yang kukuh untuk menjustifikasikan ketidakpercayaan kita.

Masalah anak luar nikah, masalah keturunan, masalah ketagihan seks, masalah seks bawah umur, masalah kecenderungan kes rogol untuk berlaku, dan macam-macam lagi.

Betul, dosa peribadi tidak seharusnya dirungkai.
Namun, kita tak boleh menafikan bahawa dosa-dosa peribadi ini juga memberi kesan secara kolektif, kepada individu tersebut, keluarga individu tersebut, orang-orang terdekat individu tersebut, dan kesan tersebut akan merebak.
Dosa peribadi yang dilihat seperti tiada kesan itu, sebenarnya memberi impak kepada orang awam juga.

Negara-negara lain barangkali membenarkan seks bebas, dan mereka ada sebab mereka yang tersendiri juga.
Tapi apa beza mereka dengan kita? Kita juga ada sebab yang kukuh untuk mempraktiskan apa yang kita percaya (dan meninggalkan apa yang kita tidak percaya)


2. Serbuan khalwat adalah untuk mencegah maksiat, bukannya menghukum
Mari kita kaji mekanisma serbuan ini, bermula daripada permulaannya.

Serbuan hanya akan dilakukan
- jika ada pihak yang melaporkan
- pada tempat yang sememangnya dikenali untuk berkhalwat, dan lebih daripada itu (contoh - pusat pelacuran)

Bukannya pihak penguatkuasa agama ini datang ketuk pintu setiap rumah di Malaysia setiap malam!

Jika ada pihak yang tertangkap, apa yang akan jadi kepada mereka?

Tak semuanya akan dihukum dengan saman.

Mereka yang dipaksa menjadi pelacur, akan ditolong untuk keluar daripada kancah pelacuran.
Mereka yang dibawah umur, akan diadakan sesi kaunseling untuk mereka.

Untuk apa? Untuk menolong!

Aku ulang sekali lagi; tujuan serbuan ini dibuat adalah untuk mencegah maksiat.
Pihak penguatkuasa sememangnya ada kuasa untuk menghukum. Dah nama pun penguatkuasa.
Tetapi adakah itu matlamat mereka? Menghukum?

Tidak. Matlamat mereka adalah untuk mencegah maksiat.
Mereka yang terjebak perlu ditolong.
Hukuman itu barangkali antara jalan-jalan terakhir yang mereka akan pilih.

Selain itu, apabila kita membaca kes-kes serbuan khalwat di suratkhabar, adakah dinyatakan nama-nama mereka yang ditangkap? Semestinya tidak. Artikel-artikel di suratkhabar kebiasaannya hanya bercerita tentang operasi itu sahaja.


3. Pihak penguatkuasa tidak 'mengintip'
Betul, Islam tidak membenarkan kita mengintip untuk mencari kesalahan-kesalahan peribadi orang.

Tapi, seperti yang aku nyatakan, serbuan hanya akan dilakukan

- Jika ada pihak yang melaporkan
Bayangkan jika ada seseorang yang telefon 999 untuk melaporkan kes kecurian, adakah pihak operator boleh mengatakan, "Tak ada bukti kukuh yang boleh mengesahkan ada kes kecurian di situ. Tambahan pula, kes kecurian hanya berlaku secara sembunyi-sembunyi. Maka kami tidak boleh melakukan apa-apa."

Semestinya tidak! Habislah institusi polis kalau begitu.

Kalaulah panggilan itu palsu sekalipun, semestinya tugas utama pihak polis adalah untuk pergi ke sana & menyiasat. Jika ada pihak yang melapor tetapi mereka tidak menyiasat, maka pihak polis bersalah di situ.

- Pada tempat yang sememangnya dikenali untuk berkhalwat & lebih daripada itu
Betul, tanpa bukti-bukti yang kukuh, kita tidak boleh mencari-cari kesalahan apatah lagi menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan yang tidak jelas di hadapan mata.
Tetapi, terkenalnya sesebuah tempat dengan maksiat, arak, dan pelacuran. Adakah itu bukan satu bukti yang kukuh juga?
Betul, kita tidak nampak kesalahan itu di hadapan mata. Namun, bukankah itu satu sebab yang kukuh untuk sekurang-kurangnya kita menyiasat?

Bukankah itu common sense?


Maka, atas sebab-sebab berikut, aku percaya bahawa serbuan khalwat seharusnya diteruskan seperti biasa.
Aku faham bahawa kerajaan mahu lebih fokus untuk menyelesaikan isu dosa awam, berbanding cuba-cuba mencari & mengorek dosa peribadi.

Jadi aku cadangkan, yang perlu dikurangkan ialah pendedahan kes tersebut. Seharusnya serbuan itu perlu menjadi sesulit mungkin. Akses kepada maklumat kes serbuan itu perlu dihadkan sebanyak mungkin. Malah, tidak relevan juga untuk hal-hal ini dilaporkan dalam suratkhabar lagi.
Hal ini bukan sahaja menyenangkan serbuan itu sendiri untuk dilaksanakan, tetapi, yang lebih penting, pihak-pihak yang terlibat dalam kes serbuan dapat dilindungi identiti mereka.

Kerana pada hakikatnya, itu sememangnya dosa peribadi mereka, dan aib mereka terbongkar di hadapan pihak penguatkuasa. Maka pihak penguasa perlulah cuba untuk menutupnya sebaik mungkin.

Kesimpulannya, kesalahan itu tetap salah.
Namun, matlamat kita bukanlah untuk menghukum.
Tetapi, untuk menolong & mencegah, agar kesalahan tersebut tidak diulangi pada masa hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

5 Pengajaran Berharga daripada BoBoiBoy The Movie 2

Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Getting a Psychology Degree is a Scam??? 😱😱😱