Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Image
Here's today's announcement. Alhamdulillah, after working earnestly for months, I finally can announce that I have a website!  kellytelly.com kellytelly.com kellytelly.com So what's up in this website? Aside from being a one-stop center for my portfolio & activities, I have opened my very own online shop! kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop So far, it is full with my preloved books, which brings me to the next announcement; Preloved Books Sale is coming again to you! With even wider range of genres & even more affordable price, this shop as all the books you need. Only click & buy in one browser & one website. A new book would be on sale every day, so keep your eyes out 👀 Susbscribe so that you would be the 1st person to know about new posts & products 👍🏽 For starter, I think this is a good product to lead with. With that being said, stay tuned for more products to come 😏 I'm excited with all the results that come so far, ...

Adakah Label Membawa Perpecahan?

Kita semua ada label yang melekat dalam diri kita.

Melayu. Muda. 15 tahun. Cina. Suka pergi karaoke. Pemalas. Pandai study. Tak pandai matematik. Pandai bisnes. Tua. Suka main golf. Suka pergi Wet World. India. Mewah. Pengumpul gadget.

Dalam dunia post-modern sekarang ini, isu-isu seksisme, rasisme dan segala 'ism' ini, dikatakan berpunca daripada label-label ini. Dikatakan bahawa kita seharusnya buang segala label-label ini daripada diri kita, dan label-label ini tidak melambangkan diri kita.

Aku setuju dengan satu perkara; label-label itu berpotensi untuk membawa kepada perpecahan. Aku juga faham bahawa hal ini diutarakan untuk meningkatkan tahap kesedaran orang awam terhadap isu perpecahan. Namun, secara literalnya, aku tak rasa bahawa label-label ini perlu dibuang.

Kerana walaupun label itu boleh membawa perpecahan, label itu sendiri tidak menyebabkan perpecahan. Kita, manusialah, yang menjadikan label itu sebagai satu alat untuk kita berpecah-belah.

Cuba kita fikirkan balik, apa tujuan asal label diciptakan?
Untak melabel la. Untuk tujuan klasifikasi.

Kenapa kita mahukan klasifikasi?
Supaya kita dapat mengenalpasti sesuatu dengan mudah, lalu kita akan dapat bertindak sewajarnya.

Contoh senang; kau beli 2 benda, ayam & sayur. Bila kau kenalpasti apa yang kau beli itu adalah 2 benda yang berbeza, maka kau akan simpan ayam & sayur dalam peti sejuk dengan 2 cara yang berbeza.

Contoh yang (aku rasa) kau boleh nampak; kau doktor nak rawat seorang pesakit lelaki & seorang pesakit perempuan. Kau kenalpasti bahawa jantina mereka berbeza, lalu kau tahu fisiologi mereka berbeza. Jadi ubat yang kau bagi pada mereka juga boleh jadi berbeza.

Bagaimana pula daripada label-label, berlakunya perpecahan?

Daripada label-label ini, otak kita belajar untuk kaitkan label-label, berdasarkan pengetahuan dan pengalaman kita. Hal ini normal. Hal ini merupakan cara normal bagaimana otak kita belajar.
Selain itu, kecenderungan kita untuk bersama-sama orang yang serupa & sama dengan kita, juga merupakan sesuatu yang normal. Aspek familiarity ini secara dasarnya membantu kita kekal selamat daripada segi survival

Perpecahan berlaku daripada falasi pemikiran mengenai 2 perkara ini.
Maksudnya, apabila kita percayakan kaitan dalam otak kita, walaupun tanpa bukti pada dunai realiti.
Lagi satu, apabila kita memandang orang-orang yang berbeza dengan kita, bahawa 'tidak selamat' untuk bersama-sama mereka.

Aku bagi satu contoh ya. Senang sahaja.

Katakan kau Melayu. Kau masuk satu bilik. Ada dua kerusi kosong. Satu kerusi sebelah orang Melayu. Satu lagi kerusi sebelah orang India. Mana yang kau akan duduk dulu?

Barangkali kau akan ambil tempat duduk yang sebelah orang Melayu juga.

Kenapa?
Ada beberapa sebab.

Pertama, sebab aspek familiarity tadi. Kau cenderung untuk bersama-sama orang yang serupa dengan kau, jadi kau duduklah sebelah orang Melayu tu. Ini tak ada masalah. Kau nak duduk dengan A, tak bermakna kau langsung tak nak duduk sebelah B.

Kedua, sebab aspek familiarity juga. Cuma kau rasa 'Aku lagi selamat duduk dengan orang Melayu daripada orang India.' Ini masalah.
Kau baru masuk bilik tu, dan kau hanya nampak mereka secara fizikal. Maka, kau pandang yang tak sama dengan kau tu 'tak selamat', sedangkan tak ada apa-apa pun pada fizikal mereka yang membuktikan bahawa seorang itu lagi selamat berbanding yang lain. Boleh jadi je orang Melayu tu ada bawak pisau dalam poket dia. Dan boleh jadi orang India itu juga! Tapi, adakah kau decide which is which hanya berdasarkan fizikal mereka? Mestilah itu satu perkara yang tidak betul.

Ketiga, sebab kau fikir 'Orang India ni... [masukkan stereotaip buruk pasal orang India]. Baiklah aku duduk sebelah orang Melayu.' Ini memang satu masalah. Dan ini merupakan masalah disebabkan dua perkara.

Perkara pertama berkaitan dengan bagaimana kita percaya otak kita tanpa sebarang bukti dalam realiti. Dalam kes ini, tak ada apa-apa pun pada fizikal mereka yang membuktikan apa yang kau fikir. Kau hanya masuk bilik tu & nampak mereka untuk kali pertama.
Lebih-lebih lagi, stereotaip ini bergantung kepada individu. Hakikatnya, setiap individu itu berbeza. Contoh, stereotaip bahawa orang muda itu tidak matang. Hakikatnya, ada saja orang muda yang matang. Yang paling penting, kematangan setiap orang berbeza-beza. Kita tidak boleh kata B itu tidak matang kerana dia muda, hanya kerana kita pernah jumpa A yang juga muda & tidak matang.

Perkara kedua, kau risau dengan stereotaip negatif orang India. Bagaimana dengan stereotaip negatif orang Melayu? Ini pula berkait dengan isu familiarity tadi. Sememangnya kau tahu dua-dua ada stereotaip negatif yang tersendiri, tapi kau buat-buat lupa stereotaip negatif orang Melayu kerana kau 'lagi biasa' sebagai seorang Melayu.

Inilah sebenarnya yang membawa kepada pepecahan.
Yakni, apabila kita terlalu mempercayai kaitan yang otak kita sendiri bina, dan apabila kita memandang orang-orang yang berbeza dengan kita sebagai satu tanda bahaya.

Maka, bagaimanakah cara untuk mengatasi hal ini?

1. Menyedari falasi tersebut
Perlu aku ingatkan bahawa kebanyakan pemikiran ini berlaku secara tak sedar. Maka, hal ini boleh jadi amat sukar dikesan, dan boleh juga dikatakan yang kita memang akan bertindak berdasarkan falasi ini sepanjang masa. Aku, kau, semua orang tak terlepas.

Jadi, apabila adanya waktu-waktu kau sedar falasi itu, berterima kasihlah kepada Tuhan, dan betulkan balik pemikiran kau.

Contohnya, dalam contoh tadi, tidak semestinya juga kau perlu tukar tempat duduk apabila kau sedar perkara tu. Cuma, betulkanlah fikiran kau.
'Oh, tadi aku rasa lagi selamat duduk sebelah orang Melayu ni. Tapi, sebenarnya tak ada bukti pun siapa yang selamat.'
'Oh, tadi aku risau nak duduk sebelah orang India ni sebab ...[masukkan stereotaip buruk pasal orang India]. Tapi, sebenarnya tak ada bukti pun dia begitu, dan tak ada bukti pun orang Melayu sebelah aku ni baik/buruk.'

2. Mencari persamaan
Sebagaimana otak kita amat kuat dalam mempercayai kaitan-kaitan yang dia sendiri ciptakan, otak kita juga amat kuat dalam mempercayai familiarity. Maka, jika kita percaya yang 'tak sama dengan kita' itu tak baik atau tak selamat, maka jadikanlah yang 'tak sama' itu 'sama' dalam kepala kita.

Contohnya, dalam contoh tadi, boraklah juga sikit-sikit dengan orang India itu. Kurang 5 minit sahaja berborak, aku pasti kau akan jumpa persamaan-persamaan yang lebih daripada cukup untuk kau buang rasa tak selamat/tak baik kau tu.

Secara dasarnya, label hanyalah label.
Maka pandanglah label hanya sebagai label.
Dan aplikasikan kepercayaan kau mengenai sesuatu label, hanya apabila kepercayaan kau terbukti benar, dan hanya terhad kepada situasi atau individu itu sahaja.

Kau faham tak?
Aku sarankan kau baca juga apa yang aku tulis 2 hari lepas, di sini.
Harapnya, makin berkembanglah pemikiran kita mengenai label, identiti, & stereotaip.
(Korang yang layan NCT mesti lagi syok baca ni)

Sebab, percayalah, label itu sendiri tidak menyebabkan perpecahan.
Manusialah, yang menggunakan label itu untuk berpecah-belah.


sulawesionline.com

Comments

Popular posts from this blog

5 Pengajaran Berharga daripada BoBoiBoy The Movie 2

Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Getting a Psychology Degree is a Scam??? 😱😱😱