Moving Out to a New Home! (Virtually) πŸ˜ƒ

Image
Here's today's announcement. Alhamdulillah, after working earnestly for months, I finally can announce that I have a website!  kellytelly.com kellytelly.com kellytelly.com So what's up in this website? Aside from being a one-stop center for my portfolio & activities, I have opened my very own online shop! kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop So far, it is full with my preloved books, which brings me to the next announcement; Preloved Books Sale is coming again to you! With even wider range of genres & even more affordable price, this shop as all the books you need. Only click & buy in one browser & one website. A new book would be on sale every day, so keep your eyes out πŸ‘€ Susbscribe so that you would be the 1st person to know about new posts & products πŸ‘πŸ½ For starter, I think this is a good product to lead with. With that being said, stay tuned for more products to come 😏 I'm excited with all the results that come so far, ...

Yang Memberi Akan Lebih Terkesan

"Seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak, tetapi sepuluh orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu."
 Kita selalu dengar perkara ini dalam menyentuh isu tentang anak-anak yang derhaka atau tidak mengenang budi.

Pernah tak kita terfikir, apakah sebenarnya sebab kenapa seorang ibu hampir sepanjang masa boleh menjaga ramai anak, namun amat sukar untuk situasi yang bertentangan berlaku?

Barangkali kerana kasihnya ibu itu tidak bertepi?
Barangkali kerana sayangnya ibu itu menerima anaknya tanpa sebarang syarat?

Aku setuju.
Tapi, aku nampak corak kelakuan ini, bukan dalam hubungan sesama ibu & anak sahaja.

Seorang pelajar yang dididik secara bersusah payah oleh seorang guru, boleh sombong dengan gurunya apabila dia telah berjaya.
Seseorang yang ikhlas membantu rakannya yang dilanda kesusahan, boleh dilupakan oleh kawannya itu sendiri setelah menjadi senang.

Biar aku oleh semula soalan aku; daripada manakah datangnya corak kelakuan yang sebegini?

Jawapan yang kita peroleh mungkin akan lebih daripada satu. Tetapi antara jawapan yang aku percaya ialah kerana manusia yang memberi itu lebih terkesan berbanding manusia yang menerima.

Hal ini bunyinya mungkin ironi, malah boleh juga menjadi sebuah paradoks. Masakan seseorang yang dalam kesusahan & kelemahan, yang ditolong, tetapi yang menolong itu pula yang lebih menghargai?

Namun hal ini tidak seharusnya terlalu mengejutkan. Terlalu banyak kajian yang telah dilakukan mengenai bagaimana sifat murah hati & banyak memberi ini mendatangkan manfaat.

Sebuah kajian yang dijalankan oleh Harvard Business School pada tahun 2008 mendapati bahawa membelanjakan duit untuk orang lain lebih meningkatkan kebahagiaan berbanding membelanjakannya untuk diri sendiri. Seorang profesor di Stony Brook University, Stephen Post, melaporkan bahawa memberi dapat meningkatkan tahap kesihatan seseorang yang mengalami penyakit kronik, termasuk HIV & sklerosis. (sumber)

Dalam Islam sendiri, amalan bersedekah sangat dipandang tinggi.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan (pahalanya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak“. (QS. Al-Hadid: 18)

“Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (shodaqoh) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipat gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugrahNya) lagi Maha Mengetahui“. (QS. Al-Baqoroh: 261)

Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk (su’ul khotimah), Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri“. (HR. Thabrani).

Nampak tak?

Maka, secara ringkasnya, manusia lebih menghargai & lebih gembira apabila mereka memberi daripada menerima.
Jadi, kita juga boleh buat satu kesimpulan lagi; mereka yang menerima kurang gembira atau kurang menghargai daripada memberi.
Bukan tidak, tetapi kurang.

Maka, mereka lebih cenderung untuk memilih perkara lain berbanding insan-insan yang telah membantu mereka.

Ambil contoh 'anak yang derhaka' tadi. Si anak ialah insan yang menerima segala bantuan daripada ibu bapanya. Namun, apabila si anak itu dewasa, dia akan lebih cenderung untuk mengutamakan perkara lain, seperti harta, wanita & pangkat, berbanding ibubapanya sendiri.

Jadi bagaimana untuk menyelesaikan hal ini?

Kepada yang menerima:
Berikanlah mereka kasih sayang kau.

Kau telah menerima, maka sudah menjadi tugas kau untuk memberi semula.

Kepada ibu bapa kau yang telah berkorban segala-galanya,
Kepada guru-guru yang mendidik kau dengan kesungguhan,
Kepada kawan-kawan kau yang sentiasa di sisi ketika kau memerlukan,

Berikanlah kasih sayang kau kepada mereka.
Hal ini akan membina hubungan antara kedua-dua pihak, & akan mengukuhkan hubungan yang telah sedia ada.

Antara satu cara yang boleh menyelematkan kau daripada menjadi manusia yang tidak mengenang budi adalah dengan membina hubungan yang baik kepada orang-orang yang kau berhutang budi dengan mereka.

Bagaimanakah cara untuk memberi kasih sayang tersebut?

Tolong mereka. Permudahkan urusan mereka. Kenali mereka dengan lebih mendalam. Beri mereka hadiah. Gembirakan mereka.

Kepada yang memberi:
Jangan takut untuk tidak memberi jika kau memang tidak mahu, dan tak perlu rasa kasihan kerana tidak memberi jika kau memang tidak mampu.

Jika kau beri juga, dalam keadaan kau tidak boleh memberi, hal ini akan mendatangkan kemudaratan kepada kedua-dua belah pihak.

Berterus-teranglah. Berkomunikasilah. Hal ini akan lebih memantapkan lagi hubungan sedia ada antara kalian.

Contoh:
Jika kau sebagai ibu bapa tidak mahu menghantar anak kau belajar jauh, katakan sahaja. Barangkali anak kau akan menentang pada awalnya, namun hal itu boleh disusuli dengan perbincangan lanjut. Daripada situ persefahaman akan muncul, dan masing-masing akan lebih tahu apa yang mahu ataupun patut dilakukan.

Jika kau bersetuju pada awalnya, kau nanti yang akan pedih menanggung rindu, dan kau mungkin akan bertindak melulu, seperti mencuba untuk melawatnya sekerap mungkin sehingga membebankan diri kau sendiri. Atau mungkin kau akan menyesal & memaksanya untuk berhenti belajar. Ini tidak adil untuk anak kau.

Nampakkah kau bagaimana hal ini akan mendatangkan kemudaratan kepada kedua-dua belah pihak?

Lagi satu contoh:
Barangkali anak kau mahu meminjam sejumlah wang yang besar yang tak mampu kau pinjamkan. Semestinya kau ingin sekali menolong anak kau. Namun, katakan sahaja bahawa kau tidak mampu. Jangan risau, dia akan bergerak mencari alternatif lain. Kalau pun dia marah, merajuk & sebagainya, semua itu tak mengubah hakikat bahawa kau sememangnya tidak mampu menolongnya. Tak perlu rasa sedih atau kasihan.

Sengaja aku beri contoh dalam hubungan ibu bapa & anak, supaya kita nampak bagaimana hal ini dapat digunakan juga dalam hubungan dengan orang yang paling akrab dengan kita, maka apatah lagi dengan insan-insan lain yang juga penting dalam kehidupan kita, seperti guru, rakan dan sebagainya.

Kau faham ke apa aku tulis? Barangkali gaya penulisan aku pelik? Entahlah, aku baru mahu tulis post dalam Bahasa Melayu sepenuhnya, dan aku masih sedang mencari gaya penulisan yang sesuai. Silalah jangan segan untuk mencadangkan penambahbaikan. Akhir kata, moga kalam ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat.



editorialcartoonists.com

Comments

Popular posts from this blog

5 Pengajaran Berharga daripada BoBoiBoy The Movie 2

Moving Out to a New Home! (Virtually) πŸ˜ƒ

Getting a Psychology Degree is a Scam??? 😱😱😱