Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Image
Here's today's announcement. Alhamdulillah, after working earnestly for months, I finally can announce that I have a website!  kellytelly.com kellytelly.com kellytelly.com So what's up in this website? Aside from being a one-stop center for my portfolio & activities, I have opened my very own online shop! kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop So far, it is full with my preloved books, which brings me to the next announcement; Preloved Books Sale is coming again to you! With even wider range of genres & even more affordable price, this shop as all the books you need. Only click & buy in one browser & one website. A new book would be on sale every day, so keep your eyes out 👀 Susbscribe so that you would be the 1st person to know about new posts & products 👍🏽 For starter, I think this is a good product to lead with. With that being said, stay tuned for more products to come 😏 I'm excited with all the results that come so far, ...

Membina Karier: Cuba Tengok Kpop

Sekarang, nak mendapatkan pekerjaan, bukan mudah. Dengan perubahan landskap kerja, persaingan yang tinggi, jangan katakan karier, kerja pertama pun belum tentu terjamin!

Antara cara-cara popular yang diwar-warkan untuk menjamin pekerjaan adalah dengan mempertingkatkan kemahiran temuduga, menulis CV, cover letter & resume dalam format yang terbaik, networking & sebagainya.

Namun, sejujurnya semua itu hanya meningkatkan peluang secara zahiriah sahaja. Beberapa minggu lepas, aku ada tulis tentang langkah-langkah yang boleh diikuti oleh semua orang, untuk menjamin pekerjaan & karier. Kerana, langkah-langkah yang aku tawarkan itu, menumpukan pembangunan bersifat dalaman. Yakni, cantik mana pun resume, CV & temuduga kau, yang lebih berharga adalah bagaimana kau bekerja dalam bidang itu. Selain itu, langkah yang aku tawarkan ini juga bersesuaian dengan zaman sekarang, era sekarang, tahun 2019.

Dan, pada akhir penulisan tu, aku ada mengatakan bahawa aku ada bukti tentang semua langkah-langkah tersebut. Itulah yang aku nak cerita pada hari ini.

Tapi sebelum itu, mari kita ringkaskan dahulu tentang langkah-langkah tersebut.
(Kalau kau belum baca lagi, boleh baca di sini dahulu)

1. Buat sesuatu yang sambilan, seawal yang boleh.

Kenapa?
Untuk belajar secara umum tentang apa-apa perkara yang kau nak belajar, perlahan-lahan.

Dan tiada sekatan pun untuk kau apabila kau buat secara sambilan. Kau boleh tukar & berhenti sendiri. Contohnya, katakanlah kau tolong orang jual tudung online. Melalui itu, kau belajar cara pos barang, cara cari pembekal tudung, cara menguruskan tempahan pelanggan, dan sebagainya.
Tapi lama-lama kau dah tak minat bisnes tudung, tetapi minat bisnes kereta pula. Maka kau bolehlah pergi bekerja secara sampingan di bengkel. Di situ pula kau boleh belajar penyelenggaraan kereta, cara bekalkan spare part kereta, barangkali juga sedikit tentang insurans kereta & sebagainya.

Kenapa sekarang?

a. Kemajuan teknologi pada zaman sekarang, membuatkan orang senang popular & senang buat duit.
Kau tolong orang senang buat duit, kau pun senang dapat duit. Mungkin tak banyak, tapi senang.
b. Kemajuan pendidikan pada zaman sekarang, membuatkan orang senang dapat ilmu
Segala ilmu yang kau dah tahu, kau boleh tambah dengan pencarian kau sendiri.

2. Kenali diri kau sendiri

Tak semestinya kena spesifik terus. Malah, soalan yang negatif boleh membantu. Contohnya; apa yang kau tak suka buat? Apa yang kau memang tak suka buat? Bukankah itu juga membentuk diri kau?

Tapi kalau ada spesifik, lagi bagus. Sebab kebanyakan usahawan yang berjaya ini, memang mempunyai visi yang spesifik. Mereka tahu apa yang mereka nak, mereka tahu apa yang mereka sedia ada & mereka tahu apa yang mereka tak ada. Maka sebab itu jugalah, mereka sememangnya mesti tahu apa yang perlu dibuat untuk meningkatkan kejayaan mereka.

3. Spesifikkan karier

Daripada langkah kedua tadi, lepas kau dah kenal diri kau, maka sesuailah untuk kau fikir, aku nak kerja apa sebenarnya. Kalau dalam konteks sebagai seorang rakyat Malaysia, semasa tingkatan 5 itu sesuai sangatlah.
Fikirkan beberapa kerjaya, kemudian rancang untuk pergi ke sana, satu per satu. Yang ini, elok kalau lebih-lebih lagi spesifik. Sebab ada matlamat yang jelas sangat penting, lebih-lebih lagi untuk zaman ini.

4. Selesaikan 1 masalah / bawa 1 inovasi
5. Cari mana-mana badan/syarikat yang akan berminat dengan perkara itu.

Kan kita dah spesifikkan kerjaya tadi kan? Jadi sekarang spesifikkan lagi, apa pula sumbangan yang kau nak beri.

Ingat juga bahawa setiap organisasi itu berbeza. Mereka ada matlamat & cara bekerja yang berbeza, dan mereka akan mencari pekerja yang boleh bekerja mengikut kehendak mereka & memenuhi matlamat mereka.
Jadi, apabila kau dah sedia bawa 1 inovasi pada mereka, hal ini menunjukkan bahawa kau nak bekerja bukan setakat nak duit, tapi kau memang nak bekerja terhadap matlamat kau yang sama dengan mereka. Apabila kau tunjukkan benda ni, kebarangkalian untuk mereka ambil kau bekerja sangatlah tinggi.

Ya, itulah 5 langkahnya:
1. Buat sesuatu yang sambilan, seawal yang boleh
2. Kenali diri kau sendiri
3. Spesifikkan karier
4. Selesaikan 1 masalah / bawa 1 inovasi
5. Cari mana-mana badan/syarikat yang akan berminat dengan perkara itu.

Maka, berdasarkan pengamatan aku, terdapat satu industri yang sangat besar & berjaya sekarang, yang aku nampak para pekerjanya menjalani kelima-lima langkah tersebut. Dan hasilnya mereka semua berjaya membina karier mereka dengan sangat cemerlang, buat masa kini.

Industri tersebut ialah: Kpop.

Gelak? Gelaklah…

Dah habis gelak nanti, cuba fikir.

Cuba kita fikir berdasarkan 5 langkah tersebut:

1. Buat sesuatu yang sambilan, seawal yang boleh
Mereka semua kebanyakannya mula berlatih sejak usia yang sangat muda, dalam tempoh waktu yang sangat lama. Kebiasaannya sejak umur 11 tahun.

TWICE Jihyo berlatih sejak umur 9 tahun, selama 10 tahun.
Stray Kids Bangchan berlatih sejak umur 13 tahun, selama 8 tahun.
NCT Johny berlatih selama 10 tahun.
Red Velvet Seulgi & Girls Generation Jessica berlatih selama 7 tahun.

Dan mereka semua masih bersekolah dalam tempoh latihan mereka. Bagi mereka, latihan nombor satu tapi sekolah bukan nombor dua. Malah, walaupun mereka dah dewasa & ada karier yang terjamin, ada di antara mereka yang memang terus menyambung pengajian ke peringkat yang tertinggi.

Berikut merupakan artis-artis yang mempunyai ijazah sarjana (ya, sarjana! Bukan sarjana muda):
- BIGBANG G-Dragon - Master’s degree in Content & Retail Distribution at Sejong University.
- BIGBANG Taeyang - Master's in Producing Performances and Images at Daejin University Graduate School of Culture and Arts. 
- EXO Xiumin - Master’s degree as a Music Major at Catholic Kwandong University.

Maksudnya, side hustle mereka pada awalnya (berlatih) berbaloi ditukarkan menjadi karier, kerana betapa lamanya mereka melaburkan masa & tenaga mereka, dan perkara utama dalam hidup mereka pula (bersekolah/pendidikan) yang menjadi side hustle mereka apabila mereka berjaya membina karier.

Walaupun aku dah bagi contoh macam dekat atas, sebenarnya contoh yang paling jelas dalam menggambarkan langkah pertama ini ialah Ha Naeun.
Ha Naeun secara umumnya merupakan seorang kanak-kanak yang terkenal dengan persembahannya melakukan cover dance lagu-lagu Kpop. Dia mula menari sejak umur 4 tahun, dan berjaya menghasilkan sebuah single ketika usianya 9 tahun. Dan dia tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Entah apa lagi yang menantinya di masa hadapan.
(Ya, kalau orang lain mula umur 9 tahun berlatih, dia 9 tahun dah lama debut & buat persembahan)

Macam aku cakap dalam penulisan sebelum ini, aku tidaklah suruh kau jadi CEO & presiden NGO pada umur kau baru nak berjalan. Aku pun tak galakkan. Aku cuma nak cakap, dah tak mustahil, terutamanya pada zaman ini, untuk kita dapat membuat sesuatu yang bersifat sampingan, yang boleh berkembang dengan jayanya.

2. Kenali diri kau sendiri
Mereka bukan setakat berlatih gitu-gitu je. Mereka memang ada visi yang jelas, sejak kecil lagi untuk menjadi Kpop idol.

(Ya, di sini boleh timbul perdebatan apakah mereka benar-benar mahu, atau otak muda mereka dimanipulasi oleh suasana sekeliling, atau lain-lain faktor. Tapi bukan itu yang aku nak sentuh di sini. Aku cuma nak sentuh bahawa betapa pentingnya visi & matlamat yang jelas, yang sesuai dengan kehendak kau sendiri.)

Mereka tahu apa yang mereka betul-betul nak. Dan mereka menggerakkan usaha mereka ke arah itu.

3. Spesifikkan karier

Sebagai pelatih, mereka sudah nampak pekerja(/senior/sunbae) mereka macam mana. Konsep yang mereka bawa berlainan. Posisi yang mereka bawa berlainan (vokal/menari/rap, etc). Personaliti yang mereka gunakan untuk menarik penonton & perminat berlainan.

Maka, mereka juga bukan setakat sudah ada matlamat untuk menjadi Kpop idol, bahkan Kpop idol yang macam mana lagi. Malah, kalau mereka tak nampak syarikat mereka akan membantu mereka untuk menjadi apa yang mereka mahu, mereka akan berpindah ke syarikat lain. Hal ini kerana mereka yakin dengan kebolehan mereka & matlamat mereka.

Satu contoh yang aku boleh fikir ialah Jeon Somi yang berpindah daripada JYP ke BlackLabel. Aku pun tak adalah nak ulas panjang-panjang kenapa dia pindah. Tetapi, apa yang kita boleh nampak ialah JYP & Blacklabel kedua-duanya membawa konsep yang berbeza. Maka, apabila dia berpindah, dia sendiri tahu apa imej yang akan tercalit bersamanya, dan dia bersedia menerima perubahan imej tersebut, demi perkembangan dirinya sebagai seorang artis.

4. Selesaikan 1 masalah / bawa 1 inovasi
Okey, yang ini, lebih berkait rapat dengan industri Kpop itu sendiri, yang sentiasa berkembang & berevolusi berbanding para pelatih. Apa yang para pelatih itu buat ialah mereka sentiasa mempertingkatkan diri mereka & mencipta sesuatu yang baru, untuk kekal dalam industri tersebut.

Begini maksud aku.

Kpop pada awalnya memang bermula dengan persembahan nyanyian & tarian (contoh: HOT, Sechskies, Sinhwa) (ada yang lagi awal lagi, tapi aku tak sentuh la).
Maka, pelatih pada zaman ini harus mempunyai kemahiran menyanyi & kemahiran menari. Berasingan pun tak apa (pada zaman ini), kerana lip-synch masih diterima oleh khalayak ramai.

Kemudian ahli-ahli dalam sesebuah kumpulan itu mula ditambah & diperkenalkan secara dekat, untuk menarik lagi perhatian peminat (contoh: Girls Generation, Super Junior). Pada zaman ini juga bermulalah fan meet, fan service, dan segala macam lagi benda bermula dengan fan.
Maka, pelatih pada zaman ini perlu menambah lagi kemahiran interpersonal untuk membina hubungan dengan peminat dengan baik.

Kemudian, tarian semakin kompleks & audiens makin kurang berminat dengan lip-synch (contoh: Infinite, EXO).
Maka, pelatih pada zaman ini perlu menambah lagi kemahiran untuk menyanyi sambil menari. Ya, kali ini tidak boleh berasingan lagi.

Kemudian, datangnya zaman yang dikenali sebagai the 3rd generation of Kpop idols. Pada zaman ini, bakat menyanyi & menari mereka memang mantap, ditambah pula dengan penglibatan & interaksi mereka dengan peminat yang sangat berkualiti. Dua hal inilah yang menyebabkan Kpop mula berkembang ke serata dunia, dan inilah rahsia mereka yang mempunyai peminat-peminat yang sangat keras teras (hardcore) & susah mati (diehard) (contoh: BTS, Blackpink).

Tambahan pula, dengan adanya peminat-peminat ini, mereka sentiasa menunggu, melayan & menghargai apa-apa sahaja yang datang daripada artis yang mereka minati. Maka, pelatih pada zaman ini, perlu menambah lagi satu kemahiran baru, yakni kemahiran menghasilkan produk muzik sendiri (contoh: lagu, mixtape rap, koreografi). Satu lagi kebaikan menguasai kemahiran ini; mereka boleh lebih bergantung kepada kemampuan diri sendiri dalam menerajui kerjaya mereka, daripada bergantung semata-mata kepada syarikat mereka dalam memberikan mereka lagu, koreografi & sebagainya.

Sekarang ini, Kpop berada di puncaknya. Lagunya hebat-hebat, tarian mereka hebat-hebat. Dan ramai orang secara umumnya sudah tahu apa itu Kpop sebenarnya. Dan, antara yang baru sekarang dalam arena Kpop adalah munculnya konsep-konsep tertentu untuk kumpulan-kumpulan tertentu (contoh: NCT – multiple units, Seventeen – self-producing group). Ya, memang daripada dulu lagi sebenarnya ada benda alah ni (contoh: EXO dah lama buat konsep EXO-K(orean) & EXO-M(andarin), cuma hal ini makin mendapat perhatian pada waktu sekarang ini).

Memang di puncak sudah. Standard mereka tidak menunjukkan tanda-tanda ingin menurun, bahkan sebaliknya. Malah, aku sendiri pun tak dapat lagi nak agak bagaimana lagi Kpop akan berkembang.
Semua ini terjadi hasil para pelatih sendiri yang berinovasi sama-sama dengan berkembangnya Kpop.

5. Cari mana-mana badan/syarikat yang akan berminat dengan perkara itu.
Macam aku cakap tadi, Kpop sekarang berada di puncaknya. Maksudnya, sekarang dah terlalu ramai para pelatih yang bagus-bagus. Ya, sebijik macam kat Malaysia ni di mana dah terlebih banyak graduan berkualiti. Maka, apabila supply dah terlalu banyak, seperti mana yang aku pernah cakap, syarikat-syarikat akan memilih.

Dalam konteks Kpop, yang paling penting syarikat pandang pada pelatih-pelatih adalah, adakah pelatih tersebut padan dengan konsep, nilai, amalan & imej syarikat tersebut. Malah, terdapat banyak sudah survival shows yang dibuat khusus untuk para pelatih ini mempamerkan (showcase) diri mereka. Dan rancangan-rancangan terbukti dengan berkesan sekali dalam menghasilkan kumpulan-kumpulan yang walaupun bersifat sementara, tetapi amat mantap kualitinya (contoh: Produce series, MIXNINE, The Unit).

Ini aku bawakan dapatan terkini, tentang nilai bersih (net worth) beberapa orang artis Kpop, yang baru sahaja memulakan karier mereka kurang 5 tahun yang lepas:

NCT Taeyong - 2 juta USD
NCT Mark - 1.2 juta USD
TWICE Tzuyu - 1 juta USD
TWICE Sana - 3 juta USD
TWICE Dahyun - 3 juta USD
TWICE Mina - 3 juta USD
Red Velvet Wendy - 4 juta USD
Blackpink (setiap ahli) - 2 juta USD

BTS (secara keseluruhannya) - 45 juta USD

Nak gelak lagi?

Macam yang aku pernah cakap juga, bukanlah aku nak kata, langkah yang aku tawarkan ini, kebal daripada sebarang kegagalan. Namun, langkah-langkah inilah yang paling aku nampak berpadanan dengan zaman sekarang. Dan di sini, aku cuba buktikan melalui satu industri yang paling berjaya sekarang; Kpop.

Aku harap penulisan ini sedikit sebanyak membantu kalian yang masih bingung-bingung tentang kerja & kerjaya. Bukanlah lepas ni aku suruh kau terbang ke Korea nak jadi artis Kpop. Cuma, cubalah renungkan, apa yang membuatkannya sangat berjaya, dan aplikasikanlah dengan cara & bersesuaian dalam hidup kau.

Moga ada manfaatnya.

p/s: aku tulis ni sebelum muncul skandal Burning Sun. Ingat tak aku cakap Kpop dah berada di puncaknya? Setiap yang berada di puncak akan turun & aku percaya inilah permulaannya. Maksudnya apa yang aku tulis ni mungkin takkan relevan lagi untuk tahun mendatang. Jadi manfaatkan peluang yang ada sekarang.


pinterest.com



Update Julai 2020: Buku sulung aku sudah terbit; menerangkan dengan lengkap perkembangan karier di Malaysia, 5 langkah yang perlu diambil, beserta dengan contoh-contoh relevan dalam industri. Dapatkan buku ini sekarang, klik sini!

Comments

Popular posts from this blog

5 Pengajaran Berharga daripada BoBoiBoy The Movie 2

Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Getting a Psychology Degree is a Scam??? 😱😱😱