Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Image
Here's today's announcement. Alhamdulillah, after working earnestly for months, I finally can announce that I have a website!  kellytelly.com kellytelly.com kellytelly.com So what's up in this website? Aside from being a one-stop center for my portfolio & activities, I have opened my very own online shop! kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop So far, it is full with my preloved books, which brings me to the next announcement; Preloved Books Sale is coming again to you! With even wider range of genres & even more affordable price, this shop as all the books you need. Only click & buy in one browser & one website. A new book would be on sale every day, so keep your eyes out 👀 Susbscribe so that you would be the 1st person to know about new posts & products 👍🏽 For starter, I think this is a good product to lead with. With that being said, stay tuned for more products to come 😏 I'm excited with all the results that come so far, ...

Cara Nak Dapatkan Kerja (pada Tahun 2019)

Susahnya mencari kerja pada tahun 2019 ini.

PNGK kena tinggi, kemahiran insaniah kena tinggi, kena mahir buat kerja, barulah dapat menjamin temuduga kerja. Ya, baru temuduga kerja.

Malah, sebelum temuduga kerja itu sendiri, kalau kau silap sikit hantar emel, tak dilayan.
Silap hantar CV & resume, tak dilayan.
Masa temuduga pula, cakap silap sikit, dah ada potensi untuk tak dilayan.
Pakaian kurang kemas sikit pun, penemuduga fikir dua tiga kali nak ambil bekerja.
Di laman sosial pun ada tulis sikit benda yang pihak HR tak suka, kena tolak permohonan kita.

Ah, susahnya!

Di zaman di mana terdapatnya lambakan bekalan (supply) graduan yang berpotensi tinggi untuk memenuhi kehendak pasaran dalam pekerjaan (demand), sememangnya tidaklah mengejutkan bahawa pihak HR akan sangat, sangat, sangat memilih.

Nak kena jadi manusia yang sempurna agaknya, baru kita boleh diambil bekerja!

Aku ada siap-siap tulis lagi di penulisan ini tentang macam mana situasi ini boleh berlaku, sejak zaman selepas merdeka lagi. Tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk ringkaskan di sini, sebab hal ini penting untuk kita faham macam mana kita nak dapatkan kerja.

1. Zaman selepas merdeka & pembentukan Malaysia
Selepas merdeka & berjaya menjadi sebuah negara, Malaysia kenalah berdikari membangunkan negara sendiri.

Maka, pada zaman ini, kau nak dapat kerja macam mana?
Dengan membuktikan kau boleh buat kerja tu.

Tu je. Asalkan kau boleh buat, maka kau akan dapat pekerjaan. Sebab masa ni Malaysia secara keseluruhannya amatlah memerlukan tenaga sumber manusia tempatan. Secara teknikalnya, takkan ada pengangguran di zaman ini, kerana semua orang diperlukan untuk bekerja.

Jadi, pada zaman ni, nak dapat kerja – kena pandai buat kerja.

2. Zaman graduan 1980 mencari kerja.
Pada zaman ini, Malaysia dah melepasi tahap asas untuk hidup sebagai sebuah negara, dan pendidikan juga mula mendapat sambutan Maka, pada zaman inilah baru pihak HR mula memilih, di mana mereka bukan sahaja nak cari mereka yang boleh & pandai buat kerja, malah ada ilmu yang mendalam juga mengenai kerja tersebut. Malah, kalau ada ilmu yang sebenarnya tak berkait, tetapi boleh juga digunakan, pun lagi HR suka.

Maka, pada zaman ini jugalah bermulalah era pelajar-pelajar bukan sahaja diajar benda-benda asas, bahkan benda-benda tambahan, benda-benda yang tak semestinya akan diaplikasi dalam kehidupan sebenar. Tetapi mereka belajar juga sebab HR nak.

Dan, antara cara paling senang untuk HR tahu tahap ilmu asas, kebolehan bekerja & ilmu tambahan seseorang graduan itu adalah dengan melihat PNGK.

Jadi, pada zaman ni, nak dapat kerja – kena pandai buat kerja + PNGK tinggi

3. Zaman graduan 2000 mencari kerja.
Bila masuk tahun 2000 ni, muncul satu masalah baru; mereka yang mempunyai PNGK yang tinggi, kurang kemahiran insaniah mereka (softskill), dan terlalu fokus pada ilmu teori semata-mata.
Hasilnya, walaupun mereka tahu, tapi mereka tidak dapat buat kerja. Pada masa inilah juga, ayat ini mula dikeluarkan; ‘PNGK tinggi pun bukannya boleh jamin dapat kerja.’

Jadi pada masa ini, para pelajar digalakkan untuk aktif dalam aktiviti-aktiviti universiti & jawatan yang disediakan untuk pelajar. Hal ini kerana penglibatan mereka ini dapat memimik suasana kerja sebenar.
\
Jadi, pada zaman ni, nak dapat kerja – kena pandai buat kerja + PNGK (boleh tahan) tinggi + kemahiran insaniah & penglibatan di universiti banyak.

Tetapi, selain pelajar universiti, muncul satu golongan baru pada zaman ini; golongan usahawan & peniaga. Mereka ni memang dari zaman sekolah lagi akademik kurang memuaskan. Tetapi mereka ada kelebihan-kelebihan yang lain, yang membuatkan mereka ada sumber pendapatan yang stabil juga, dengan cara mengambil graduan universiti bekerja untuk mereka.

4. Zaman graduan 2019 mencari kerja
Zaman ini merupakan zaman di mana terdapatnya lambakan graduan yang mempunyai PNGK yang tinggi, penglibatan yang aktif, dan kemahiran insaniah yang cemerlang. Jadi sebenarnya, pada zaman sekarang, pengangguran berlaku bukanlah kerana graduan tidak memenuhi kriteria, tetapi terlalu ramai graduan yang memenuhi kriteria!

Maka, HR pada zaman ini lagilah semakin memilih. Antara faktor graduan diterima kerja sekarang tidak terhad kepada tingginya 3 aspek tadi. ‘Kabel’, networking, temuduga, bias, ‘siapa cepat dia dapat’; semua ini mempengaruhi juga sama ada kita akan dapat sesuatu kerja ataupun tidak. Pada zaman ini juga, semakin meletus lagi pula usahawan-usahawan yang muncul.

Kenapa?
a. Kemajuan teknologi pada zaman sekarang, membuatkan orang senang popular & senang buat duit
b. Kemajuan pendidikan pada zaman sekarang, membuatkan orang senang dapat ilmu

Okey, dah habis cerita pasal landskap kerja, mari kita terus bertanyakan soalan yang utama; macam mana nak dapatkan kerja?

Okey, aku bagitau awal-awal dulu, aku bukan nak bagitahu yang emel kena tulis template begini, CV & resume kena susun aturnya begini, masa temuduga kena buat begini, begini & begini…

Bukan. Macam aku cakap tadi, barangkali nak dapatkan kerja, kita kena jadi manusia yang sempurna. Manusia manakah yang sempurna? Dan takkanlah hanya sebab aku salah emel sikit, salah CV & resume aku sikit, salah mana temuduga sikit, aku tak layak untuk bekerja?

Jawapannya, tidak. Kita semestinya layak bekerja, tanpa mengira kesalahan-kesalahan kecil ini. Ingat, mereka yang mengambil kita bekerja ini, tidak ambil kita yang buat salah sikit itu, bukan kerana kita tidak layak, tetapi adanya mereka yang lain yang tak buat silap. Kau sentiasa berharga, mereka je yang lebih memilih.

Jadi, langkah-langkah yang aku utarakan ini, ialah langkah-langkah untuk memasukkan nilai (value) dalam diri kau, nilai-nilai yang kau boleh hidup dengannya, dan nilai-nilai ini akan menarik perhatian orang-orang untuk mengambil kau bekerja. CV, resume, cover letter, temuduga, itu semua akan jatuh nombor dua. (Bukanlah aku nak kata tak penting, tetapi nilai dalam diri tu perlu diutamakan dahulu)

Sebab bukankah itu asalnya kriteria utama yang dipandang dalam pengambilan bekerja?
Kerana nilai yang terdapat pada seorang manusia.

Baik, mari mulakan dengan langkah yang pertama:

1. Buat sesuatu yang sambilan, seawal yang boleh
Berniaga atau kerja sambilan, dua-dua boleh.

Sekarang ni kita dah banyak dengar cerita mengenai syarikat-syarikat & persatuan-persatuan yang diketuai oleh yang berumur 7-16 tahun. Maksudnya, hal ini boleh.
Aku tidaklah kau suruh jadi CEO & presiden NGO pada umur kau baru nak berjalan. Bukan. Aku cuma nak cakap, dah tak mustahil dah pada zaman ini untuk kita dapat membuat sesuatu yang bersifat sampingan (iya, bukan utama, mereka masih bersekolah & mengutamakan sekolah mereka), yang boleh berkembang dengan jayanya.

Aku pun tak galakkan untuk mula seawal 7 tahun itu sendiri, sebab pada usia ini kehendak kita tentang masa depan kita banyak, tetapi pengetahuan kita tentang masa depan itu sendiri amat sedikit.
Secara peribadinya, aku rasa umur yang paling awal ialah 13 tahun. Umur ini sangat sesuai untuk memulakan sesuatu yang bersifat sampingan & sambilan, kerana sangat sesuai dengan fitrah umur itu sendiri untuk bereksperimentasi (tidak dijamin kekalnya, tetapi bukan dibuat untuk main-main). Ini pun minimum. Aku rasa okey juga kalau kau mulakan masa umur 16 tahun. Umur maksimum bagi aku pula ialah, selepas selesainya peperiksaan SPM. Sekurang-kurangnya pada masa ini, kalau tak mulakan, kau dah ada perancangan untuk memulakan.

Kenapa?

Untuk belajar secara umum tentang apa-apa perkara yang kau nak belajar, perlahan-lahan.

Contoh, kalau kau tolong orang berniaga jual tudung online, kau boleh belajar secara kasar mengenai transaksi duit online, cara pos tudung, cara ambil & simpan stok tudung, cara menguruskan sebuah perniagaan secara umumnya, dan sebagainya. Masa ini, keuntungan & duit upah bukan keutamaan untuk kau (tetapi masih satu bonus yang berbaloi!).

Dan tiada sekatan pun untuk kau apabila kau buat secara sambilan. Kau boleh tukar & berhenti sendiri. Contohnya, apabila kau dah tak minat tudung, tetapi minat kereta pula. Maka kau bolehlah pergi bekerja secara sampingan di bengkel. Di situ pula kau boleh belajar penyelenggaraan kereta, cara bekalkan spare part kereta, barangkali juga sedikit tentang insurans kereta & sebagainya.

Yang paling kau belajar apa yang kau nak belajar, perlahan-lahan.

Kenapa sekarang?

Ingat balik tadi, apa yang berlaku sekarang, pada tahun 2019;
a. Kemajuan teknologi pada zaman sekarang, membuatkan orang senang popular & senang buat duit
Kau tolong orang senang buat duit, kau pun senang dapat duit. Mungkin tak banyak, tapi senang.
b. Kemajuan pendidikan pada zaman sekarang, membuatkan orang senang dapat ilmu
Segala ilmu yang kau dah tahu, kau boleh tambah dengan pencarian kau sendiri.

2. Kenali diri kau sendiri
Apa yang kau suka buat? Apa yang kau memang suka buat? Apa pegangan hidup kau? Apa yang kau rasa paling penting dalam hidup kau?

Tak semestinya kena spesifik terus. Malah, soalan yang negatif boleh membantu. Contohnya; apa yang kau tak suka buat? Apa yang kau memang tak suka buat? Bukankah itu juga membentuk diri kau?

Tapi kalau ada spesifik, lagi bagus. Sebab kebanyakan usahawan yang berjaya ini, memang mempunyai visi yang spesifik. Mereka tahu apa yang mereka nak, mereka tahu apa yang mereka sedia ada & mereka tahu apa yang mereka tak ada. Maka sebab itu jugalah, mereka sememangnya mesti tahu apa yang perlu dibuat untuk meningkatkan kejayaan mereka.

Hmm, nak kenal diri sendiri pun susah kan? Tak apalah, yakinlah dengan diri sendiri, dengan apa yang kau mahu & dengan apa yang kau tahu.

3. Spesifikkan karier
Daripada langkah kedua tadi, lepas kau dah kenal diri kau, maka sesuailah untuk kau fikir, aku nak kerja apa sebenarnya. Kalau dalam konteks sebagai seorang rakyat Malaysia, semasa tingkatan 5 itu sesuai sangatlah.

Spesifik di sini juga tak adalah maksudnya sampai ke butiran-butiran tidak relevan pun kau nak fikirkan. Jadikannya cukup spesifik, yakni tidak terlalu umum. Contohnya, apabila ditanya pasal kerjaya, takkan nak jawab cikgu sahaja? Mungkin boleh jawab “Saya nak jadi guru Matematik, kalau boleh mengajar silibus PT3, di sekolah-sekolah pedalaman sana.”

Fikirkan beberapa kerjaya, kemudian rancang untuk pergi ke sana, satu per satu.

Haa… yang ini, elok kalau lebih-lebih lagi spesifik.

“Banyak betul perkataan spesifik kau guna? Habis, kalau yang lain datang, nak tolak rezeki ke?”

Ya, sebab ada matlamat yang jelas sangat penting untuk zaman ini.
Betul, memang dikira tolak rezeki kalau memilih. Tapi, ini pun namanya perancangan. Kalau realiti itu lain, maka kita beradaptasilah. Sekarang ini kita merancang. Sebab itu aku kata tadi, semasa tingkatan 5 itu sesuai sangatlah.

Sebab hal ini akan sangat berguna untuk langkah yang seterusnya:

4. Selesaikan 1 masalah / bawa 1 inovasi
5. Cari mana-mana badan/syarikat yang akan berminat dengan perkara itu.

Kan kita dah spesifikkan kerjaya tadi kan? Jadi sekarang spesifikkan lagi, apa pula sumbangan yang kau nak beri.

Tak macam yang lepas, kau tak semestinya perlu menyumbang satu benda yang besar, & kau akan fokus pada perkara itu sahaja. Tetapi ini antara benda yang akan menjadi ‘pembuka mata’ kepada bakal-bakal majikan kau.

Kenapa?

Setakat ini, secara umumnya, HR masih mengekalkan 3 kriteria pekerja yang baik yang awal-awal aku cakap tadi: pandai buat kerja + CGPA tinggi + kemahiran insaniah baik.
Tapi, macam aku cakap tadi, mereka memang sangat memilih sebab dah berlambak calon macam ini ada di pasaran pekerja.

Jadi, ingat juga bahawa setiap organisasi itu berbeza. Mereka ada matlamat & cara bekerja yang berbeza, dan mereka akan mencari pekerja yang boleh bekerja mengikut kehendak mereka & memenuhi matlamat mereka.

Jadi, apabila kau dah sedia bawa 1 inovasi pada mereka, hal ini menunjukkan bahawa kau nak bekerja bukan setakat nak duit, tapi kau memang nak bekerja terhadap matlamat kau yang sama dengan mereka. Apabila kau tunjukkan benda ni, kebarangkalian untuk mereka ambil kau bekerja sangatlah tinggi.

Nota sampingan: sekarang ini lebih bagus untuk bekerja dengan syarikat kecil. Ya, gaji memang kecil, tetapi kebarangkalian untuk kau diberhentikan sangat kecil (melainkan kalau kau sendiri manusia yang tak ada etika kerja) kerana:

1. Macam aku cakap, sekarang dah banyak syarikat kecil muncul
2. Syarikat-syarikat kecil memang diramalkan untuk terus muncul sejak abad ke-21 ini (rujuk buku & link ini)
2. Mereka tak memilih sangat macam syarikat besar
3. Mereka memang sangat-sangat memerlukan pekerja.

Ya, itulah 5 langkahnya:
1. Buat sesuatu yang sambilan, seawal yang boleh
2. Kenali diri kau sendiri|
3. Spesifikkan karier
4. Selesaikan 1 masalah / bawa 1 inovasi
5. Cari mana-mana badan/syarikat yang akan berminat dengan perkara itu.

Perasan tak, semua langkah ini, tak ada pun sebut ‘masuk universiti’?

Ya, rujuk langkah ketiga.

Bergantung kepada keperluan kau, kalau awal-awal kau dah putuskan nak buat bisnes, perlu ke sambung belajar? Ya, mungkin kau memang nak, dan itu memang benda yang bagus. Tapi adakah perlu? Sambung diploma perniagaan boleh la kot. Ingat, universiti sekarang dah tak berfungsi macam dulu (pembekal tenaga kerja – yang masuk dijamin pekerjaan).

Kalau kau dah awal-awal putuskan nak bidang A, kenapa sambung belajar bidang B?

Bila kau sendiri yang dah putuskan dengan kesedaran kau sendiri, dengan kepala otak kau sendiri, barulah segala kesusahan itu berbaloi untuk dilalui.
Barulah berjauhan dengan keluarga untuk sambung belajar itu berbaloi.
Barulah PTPTN tak rasa macam PTPTipu.
Barulah ijazah yang kau nak ambil, atau perniagaan yang kau nak mulakan tu, tak membuang masa

“Okey, katakanlah aku dah buat kelima-lima langkah, tapi masih gagal juga… macam mana?”

Mula balik daripada langkah 4, atau langkah 1 jika perlu.

Kalau mula daripada langkah 1, barangkali kau kena tanya diri balik. Mungkin ada penilaian kau terhadap diri kau sendiri yang kau tersilap (dan hal ini sangatlah biasa, okey & boleh diterima). Mungkin kau rasa kau pandai C, tapi sebenarnya kau pandai D. Mungkin kau rasa kau suka E, tapi sebenarnya kau minat F.
Mungkin. Cubalah nilai semua.

Kalau mula daripada langkah 4, cuba nilai kenapa kau tak diterima bekerja.
Kalau kau rasa HR organsasi yang kau jumpa tu tak berminat dengan organisasi kau, cuba cari organisasi lain yang mungkin berminat.
Kalau kau rasa inovasi kau perlu penambahbaikan, tambahbaiklah.

JK Rowling menghantar manuskrip bukunya ke 12 syarikat penerbitan sebelum buku Harry Potter diterbitkan. Thomas Edison hanya berjaya menunjukkan bahawa mentol lampu berfungsi selepas cubaan yang ke-1,000. Nabi Muhammad sendiri bersusah payah selama 10 tahun di Mekah, sebelum Islam akhirnya berjaya diamalkan dengan tenang, bahkan disebarkan.

Aku tawarkan langkah-langkah ni, bukanlah bermaksud siapa yang ikut langkah-langkah ni kebal daripada kegagalan. Aku cuma nak bawakan sesuatu yang lebih relevan pada tahun 2019

Kegagalan mendapatkan pekerjaan kerana tak pandai buat kerja ialah kegagalan selepas merdeka.
Kegagalan mendapatkan pekerjaan kerana tak ada ilmu ialah kegagalan pada tahun 1980.
Kegagalan mendapatkan pekerjaan kerana kurangnya kemahiran insaniah ialah kegagalan pada tahun 2000.
Kegagalan mendapatkan pekerjaan kerana sebab-sebab seperti resume tak menarik, temuduga tidak menarik, tiada rangkaian (network) & sebagainya, ialah kegagalan pada tahun 2019.

Aku perlu ingatkan juga, ini ialah pendapat aku & buah fikiran aku. Akan ada salah & akan ada betulnya. Tetapi aku yakin, sebab aku ada bukti.
Apa buktinya? Nanti aku kongsi.


Cukup dulu setakat ni. Ni pun dah panjang kan?

Terima kasih sudi membaca. Moga ada manfaatnya.


Update Julai 2020: Buku sulung aku sudah terbit; menerangkan dengan lengkap perkembangan karier di Malaysia, 5 langkah yang perlu diambil, beserta dengan contoh-contoh relevan dalam industri. Dapatkan buku ini sekarang, klik sini!







job-interview-site.com

Comments

Popular posts from this blog

5 Pengajaran Berharga daripada BoBoiBoy The Movie 2

Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Getting a Psychology Degree is a Scam??? 😱😱😱