Moving Out to a New Home! (Virtually) πŸ˜ƒ

Image
Here's today's announcement. Alhamdulillah, after working earnestly for months, I finally can announce that I have a website!  kellytelly.com kellytelly.com kellytelly.com So what's up in this website? Aside from being a one-stop center for my portfolio & activities, I have opened my very own online shop! kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop So far, it is full with my preloved books, which brings me to the next announcement; Preloved Books Sale is coming again to you! With even wider range of genres & even more affordable price, this shop as all the books you need. Only click & buy in one browser & one website. A new book would be on sale every day, so keep your eyes out πŸ‘€ Susbscribe so that you would be the 1st person to know about new posts & products πŸ‘πŸ½ For starter, I think this is a good product to lead with. With that being said, stay tuned for more products to come 😏 I'm excited with all the results that come so far, ...

“Melayu malas nak bekerja/berniaga, sebab tu Cina kaya.”



Dalam penulisan yang lepas, aku cuba membanteras stereotaip “Melayu pemalas” dengan menunjukkan bahawa pentingnya juga kita mencari atau mencipta hiburan dalam pekerjaan kita, dan hal ini tidak semestinya menunjukkan bahawa seseorang itu pemalas.

Namun, sekali lagi, aku sangat tertarik untuk menulis lagi berkenaan kata-kata tipikal di Malaysia ini,

“Melayu malas nak bekerja/berniaga, sebab tu Cina kaya.”

Kenyataan ini nampak terlalu mudah untuk dipercayai. Tetapi, kalau kita cuba mencari, sememangnya perusahaan mereka yang berbangsa Cina itu lebih mendominasi ekonomi Malaysia. Dan mereka yang berbangsa Melayu pula seperti mendominasi lorong-lorong kecil sahaja.

Jadi, betul ke Melayu pemalas & Cina kaya?

Ini ialah apa yang aku percaya; disebabkan oleh faktor budaya, bangsa Melayu & bangsa Cina terlibat dalam jenis perniagaan yang berbeza.

Aku dah terang juga dalam penulisan yang lepas. Tapi tak apa, aku akan tulis lagi.

Bangsa Melayu lebih banyak terlibat dengan perniagaan kecil-kecilan namun signifikan, manakala bangsa Cina lebih banyak terlibat dengan perniagaan komersial berskala besar.

Maka, tidak adil untuk kita membandingkan kedua-duanya secara terus.
Jenisnya berbeza. Sumbangan ekonomi & sosial mereka kepada masyarakat berbeza.

Betul, disebabkan dominasi peniaga berskala besar berbangsa Cina, hampir kesemua bangsa yang lain kebiasaannya akan susah hati apabila tibanya waktu perayaan untuk bangsa Cina; kedai-kedai penting semua akan tutup!

Namun, apa yang betul juga ialah, ekonomi bangsa Melayu yang kecil ini jugalah yang menjadi tonggak & identiti Malaysia.

Kenapa aku cakap begitu? Kerana walaupun kebiasaannya berskala kecil, peniaga berbangsa Melayu kebiasaannya berniaga di tempat yang strategik.

Jual nasi lemak betul-betul tepi Petronas; ramai orang lalu hari-hari pergi kerja/sekolah beli. Terutamanya sebab sarapan dalam Petronas lagi mahal. Biasanya kalau tiba-tiba makcik jual nasi lemak tak meniaga, semua orang susah hati. Semua merungut sebab kena beli sarapan mahal pagi tu.

Aku ingat lagi, kafe kecil di fakulti aku; perusahaan mereka yang berbangsa Melayu juga. Entah mengapa, mereka tiba-tiba umumkan mereka akan ditutup selama seminggu.
Meroyan semua budak fakulti aku. Lebih-lebih lagi kerana pada minggu itu juga berjalannya satu konferens antarabangsa. Maka tentulah semuanya mencari makanan di tempat yang terdekat. Namun sayang, mereka tidak ada rezeki untuk menjamu selera di kafe tersebut.

Cuba bayangkan Malaysia tanpa warung-warung, kedai roti canai, makcik jual nasi lemak tepi jalan, kedai bundle, pasar malam, orang jual belon, dan banyak lagi perusahaan kecil yang lain.

Itu bukan Malaysia.
That's not Malaysia.

Dan sebenarnya, kebanyakan perusahaan kecil yang dimiliki majoriti bangsa Melayu ini boleh sebenarnya dikembangkan menjadi skala besar. Aku boleh nampak sebenarnya, bangsa Melayu ini lebih daripada boleh untuk mengeluarkan usaha yang sama dengan mereka yang berbangsa Cina, agar perniagaan mereka boleh berdiri sama tinggi.

Tapi mereka je yang tak nak.

"Kenapa?"

Sebab faktor budaya juga.

"Maksudnya?"

Cuba baca cerita yang aku dapat dekat WhatsApp ni:

Seorang pengurus yang memiliki gaji RM30,000/bulan sedang berdiri di tepi Lori dan memandang ke arah kebun, ketika seorang petani datang .

Pengurus itu bertanya :
Berapa lama waktu yang dihabiskan untuk mengeluarkan hasil sebanyak ini?

“Tidak lama, 5 jam sehari sahaja " jawab petani.

“Mengapa tidak pergi lebih lama lagi dan menanam lebih banyak lagi ?”

“Ini sudah cukup buat keluargaku.”

“Apa yang di lakukan diluar waktu bercucuk tanam?”

“Bermain dengan anak-anakku, tidur siang, makan tengahari bersama keluargaku, menghantar dan jemput anak ke sekolah, berbakti kepada kedua ibu bapaku, keluar dengan kawan2, beribadah untuk dekatkan diri dengan Pencipta .......hidup yang begitu kunikmati.”

“Saya ada idea untuk membantumu,” ujar si pengurus.

“Saya lulusan dari Amerika. Saya cadangkan, habiskan waktu tuan lebih banyak utk menanam sayur, buka kebun yang lebih besar, dapat lebih banyak duit, beli lagi beberapa lori.’

Jangan jual sayur kepada orang tengah, jual terus ke pembeli hingga tuan memiliki kedai sendiri.

Kendalikan produk, agihan dan penghantaran. Setelah itu anda pindah ke kota besar, kemudian ke luar negeri untuk mengembangkan usaha ini.”

“Menarik,Tapi berapa lama waktu yg di perlukan supaya dapat mencapai semua itu?” tanya petani yang mulai tertarik.

“Lima belas tahun paling cepat. Dua puluh tahun paling lambat,” jawab si pengurus.

“Setelah itu tuan ?”

“Inilah bahagian yang paling menarik,
Anda boleh menjual saham perniagaan di bursa dan menghasilkan duit yang banyak.”

“Wah, menarik ya. Lepas tu tuan?”

“Lalu, tuan boleh istirahat dan pulang ke rumah. Pindah ke desa kecil di tepi laut, memancing, bermain dengan anak-anak, tidur siang, makan bersama keluarga, menghantar anak ke sekolah, berbakti kepada ibu bapa serta lepak dengan teman2 rapat dan beribadah untuk dekatkan diri dengan Pencipta.

Maka jawab petani tersebut:

"Oooooooh..

kalau TUJUAN AKHIR nya cuma itu, sekarang SAYA SUDAH MENDAPATKAN apa yang SAYA INGINkan,

Kalau menunggu 20 tahun lagi, anak-anak saya sudah besar, jadi tak mungkin lagi saya bermain dan mengantar mereka ke sekolah. Jika ibu bapaku dipanjangkan umur pun rasanya mereka sudah tidak mampu untuk bergerak jauh dan lama."

~tamat cerita~




Baik, ini soalan aku; apakah si petani itu lebih baik daripada si manager? Kerana betul-betul menghargai apa yang perlu; yakni keluarga, kawan-kawan & Sang Pencipta?
Atau si manager itu lebih baik kerana berkorban masa & tenaganya, & terutamanya masa dengan orang yang dia sayang, untuk membina satu perniagaan yang mantap, yang bertapak kukuh, dan yang menjadi tunggak ekonomi di kawasan tersebut?

...

Haa… faham kan sekarang maksud aku sekarang kita tak boleh membanding secara terus?

Budaya orang Cina amat mementingkan kemajuan dalam perniagaan mereka, dan harta mereka. Dan mereka tidak segan untuk menunjukkan (bukan bermaksud menunjuk-nunjuk!) status mereka. Maka, dengan cara itu, orang tahu mereka pandai berbisnes & akan mencari mereka kalau mahu berbisnes. Patutlah bangsa mereka secara majoritinya antara yang paling maju dalam perniagaan.

Lain halnya dengan budaya orang Melayu; kemajuan harta & perniagaan, apa semua tu? Bawa kubur ke semua tu? Dah dapat duit untuk sara hidup, cukuplah. Nak kembangkan lagi? Malaslah. Nak makan lagi tenaga & masa? Untuk lagi banyak duit? Tak payahlah.
Nak menunjukkan kekayaan? Lagilah tak mahu! Kadang-kadang nak belanja member makan pun rasa segan, sebab taknak orang ingat kita banyak duit sangat. Entah berapa ramai usahawan Melayu yang kita berselisih bahu setiap hari, yang kita takkan sangka betapa banyaknya aset & perniagaan yang mereka ada. Tapi mereka tidak menunjukkan (sekali lagi, tidak sama dengan menunjuk-nunjuk!), sebab tu ramai orang tak tahu, termasuk mereka yang mungkin mahu berbisnes.



Fahamkan sekarang, macam mana stereotaip Melayu pemalas & Cina kaya itu bertapak?

Kedua-dua stereoaip ini datang daripada perbezaan pengamalan budaya yang berbeza, yang menghasilkan aktiviti ekonomi yang berbeza daripada segi mentaliti, skala, pembangunan, perkembangan & pengurusan.

Kedua-duanya berbeza. Namun tetap memberi impak yang tersendiri.

Moga penulisan ini sedikit sebanyak mencerahkan lagi keadaan situasi yang ada, dan tidak lagi membuatkan kita berfikir secara linear sahaja.

Sekian, terima kasih.

p/s: berniaga atau bekerja, kedua-duanya kerjaya yang berjaya, kalau pandai dipupuk. Klik sini kalau nak tahu bagaimana nak pupuk.

Comments

Popular posts from this blog

5 Pengajaran Berharga daripada BoBoiBoy The Movie 2

Moving Out to a New Home! (Virtually) πŸ˜ƒ

Getting a Psychology Degree is a Scam??? 😱😱😱