Moving Out to a New Home! (Virtually) πŸ˜ƒ

Image
Here's today's announcement. Alhamdulillah, after working earnestly for months, I finally can announce that I have a website!  kellytelly.com kellytelly.com kellytelly.com So what's up in this website? Aside from being a one-stop center for my portfolio & activities, I have opened my very own online shop! kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop So far, it is full with my preloved books, which brings me to the next announcement; Preloved Books Sale is coming again to you! With even wider range of genres & even more affordable price, this shop as all the books you need. Only click & buy in one browser & one website. A new book would be on sale every day, so keep your eyes out πŸ‘€ Susbscribe so that you would be the 1st person to know about new posts & products πŸ‘πŸ½ For starter, I think this is a good product to lead with. With that being said, stay tuned for more products to come 😏 I'm excited with all the results that come so far, ...

Orang Melayu Pandai Berseronok dalam Bekerja


“Melayu pemalas!”

Satu ungkapan yang asasnya entah dari mana, namun tidak asing lagi bagi kita rakyat Malaysia.

Ada penulisan yang sebelum ini, aku andaikan bahawa stereotaip ini datang daripada terwujudnya hak-hak istimewa orang Melayu hasil daripada perlembagaan yang dibentuk selepas zaman merdeka. Tapi entahlah. Itu hanya andaian aku sahaja.

Namun, baru-baru ini, aku terfikir lagi satu hal yang mungkin menyumbang kepada pengukuhan stereotaip ini. Awas! Aku tak kata itu sebabnya, aku cuma nak khabarkan yang hal semasa yang berlaku ini mungkin menyumbang kepada lebih percayanya orang kepada stereotaip ini, yang mungkin tiada kebenarannya pun.

Apakah hal itu?

Orang Melayu nampak sambil lewa buat kerja.

“Buat kerja sambil lewa tu, pemalas la kan?”

Tak. Baca balik ayat tu betul-betul.

Orang Melayu nampak sambil lewa buat kerja.

Kenapa nampak seakan-akan sambil lewa?

Kerana mereka sentiasa ada ruang untuk berhibur dalam pekerjaan mereka.

Cuba tengok contoh-contoh ni:

  • Kadang-kadang apabila kita berurusan di kaunter, sempat juga orang kaunter tu berborak dengan kaunter orang lain.
  • Aku dah biasa dengan pasar malam. Apa yang aku perasan, gerai-gerai binaan orang muda Melayu, mesti pasang lagu. Macam-macam lagu boleh dengar.

Jujur aku kata, aku pun dulu tak suka tengok benda ni. Rasa macam mereka ni tak professional.

  • Kenapa sibuk nak borak-borak masa menguruskan dokumen aku? Macamlah tak ada masa lain ke nak berborak.
  • Pasang lagu-lagu ni buat apa? Lagi-lagi lagu yang entah apa-apa. Ada ke orang datang nak beli?

Demikianlah perasaan & pemikiran aku terhadap mereka.

Sampailah, aku terfikir satu perkara. Yang ringkas (simple) tapi aku langsung tak terfikir.

"Salah ke?"

  • Salah ke dalam buat-buat kerja tu, menyelitkan sedikit borak-borak kosong, untuk menceriakan hari?
  • Salah ke masa berniaga, nak pasang lagu, untuk elak mengantuk, tingkatkan fokus & buat kau jadi lagi mesra dengan pelanggan?

Tak salah pun!

Syaratnya apa?
Jangan kerja tu terjejas.

  • Borak-borak masa menguruskan dokumen, jangan sampai dokumen salah atau hilang.
  • Pasang-pasang lagu masa berjual, jangan terlalu asyik sampai tersilap & terkurang dalam melayani pelanggan.

“Tapi lagi bagus kalau mereka tak buat benda tu.”

Betul, aku setuju. Dan aku yakin mereka pun akan bersetuju.

Tapi itulah dia, salah ke? Kalau boleh buat, kenapa tak boleh buat?

Aku faham sebenarnya maksud soalan tu. Dan jawapannya ialah, kita kena bezakan ideal & standard. Aku ada tulis sedikit dekat sini pasal perbezaan antara kedua-duanya.

Tapi, isi yang penting ialah; kita kena pandai membezakan kedua-duanya. Dan kita kena mengiktiraf standard dahulu, baru ideal.

“Maksudnya?”

  • Dalam menguruskan dokumen, standardnya ialah dokumen itu diuruskan. Apa nak buat, buatlah, asalkan dokumen tu diuruskan. Lebih baik untuk tidak berbual semasa menguruskan dokumen untuk mengelakkan tumpuan daripada terganggu, tetapi berborak itu sendiri tak salah. Yang penting, dokumen siap.
  • Dalam berjual beli, standardnya ialah urusan jual beli itu lancar. Apa nak buat, buatlah, asalkan urusan jual beli itu lancar. Lebih baik untuk tidak memasang lagu untuk mengelakkan tumpuan daripada terganggu, tetapi memasang lagu itu sendiri tak salah. Yang penting, urusan jual beli lancar.

Ada faham sekarang?

Maka, sejak aku memahami perkara itu, aku tidak lagi kisah terhadap apa-apa lagi perbuatan yang menampakkan mereka seperti sambil lewa buat kerja. Ya, aku masih berpendapat bahawa perbuatan itu kurang profesional.
Tapi, kalau standard mereka dah tercapai, apa yang aku nak rungutkan? Kerana mereka tak mengikut acuan ideal aku?

Asal kerja siap, standard tercapai. Cukuplah.

Malah, aku nampak ada satu hikmah besar di sebalik kecenderungan bangsa Melayu untuk mewujudkan hiburan.

Sejujurnya, aku selalu nampak stereotaip “Melayu pemalas” ini digandingkan dengan stereotaip “Cina kaya”.

“Melayu malas nak bekerja/berniaga, sebab tu Cina kaya.”

Pertama, aku percaya, disebabkan oleh faktor sejarah & budaya, bangsa Melayu & bangsa Cina terlibat dalam jenis perniagaan yang berbeza. Bangsa Melayu lebih banyak terlibat dengan perniagaan kecil-kecilan namun signifikan, manakala bangsa Cina lebih banyak terlibat dengan perniagaan komersial berskala besar.

Maka, tidak adil untuk kita membandingkan kedua-duanya secara terus.
Jenisnya berbeza. Sumbangan ekonomi & sosial mereka kepada masyarakat berbeza.

Aku tak kata pun yang satu lebih baik atau buruk daripada yang lagi satu. Cuba bayangkan Malaysia tanpa warung-warung, kedai roti canai, makcik jual nasi lemak tepi jalan, kedai bundle, pasar malam, orang jual belon, dan banyak lagi perusahaan kecil yang lain.

Itu bukan Malaysia.
That's not Malaysia.

Tapi tak apa, aku berhenti di sini dulu. Sebab yang paling aku nak tekankan ialah sebab kedua.

Satu lagi budaya orang Cina ialah mereka sangat mementingkan kecemerlangan dalam akademik & perniagaan anak-anak mereka. Satu perkara yang amat aku kagumi & hormati.

Namun sayang, hasilnya, ramai daripada anak-anak mereka dirundung tekanan 24 jam, campur lagi dengan kemungkinan yang apa yang mereka mahu jadikan sebegai karier bercanggah dengan kehendak ibu bapa mereka.

Hasilnya, mereka mungkin berjaya dalam karier, tetapi bagaimana dengan kesihatan mental mereka?

Budaya orang Melayu pula, mementingkan ketaatan kepada ibu bapa. Jadi, mereka pun sama juga, turutkan juga kehendak ibu bapa. Perusahaan kecil yang aku katakan tadi, walaupun dimonopoli orang Melayu, bukan semua mahu berada di situ.

Namun, bezanya mereka dengan orang Cina; walaupun mereka terperangkap dalam situasi yang mereka tidak suka, mereka mampu menjaga kesihatan mental mereka.

Sebab itulah lagu-lagu entah apa-apa di pasar malam itu sebenarnya tersirat seribu makna.
Sebab itulah borak-borak kosong yang kelihatan kosong sebenarnya tidak ternilai harganya.

Mereka beradaptasi dengan realiti bahawa mereka tak dapat melakukan apa yang mereka nak.

Dan hal itu normal. Kita takkan dapat semua yang kita nak.
Maka, kita bersyukur dengan apa yang kita ada, ambil peluang yang ada, dan cari keseronokan yang ada. Kalau tak ada, kita cipta keseronokan itu.

Tak ke begitu?

Bertentangan dengan budaya orang Cina; apa yang nampak sambil lewa, juga dianggap sambil lewa.
Maka, hiburan itu minima, usaha itu maksima. Akhirnya, tekanan juga mencanak naik. Dan tak asing lagi bahawa banyak juga bilangan yang berakhir dengan mereka mengambil nyawa sendiri.

Sekali lagi, minta maaf banyak-banyak. Aku bukan nak timbulkan ketegangan antara kaum. Ini pun sekadar hemat pemerhatian & pemikiran aku sahaja. Silalah betulkan kalau salah. Aku ambil budaya bangsa Cina di Malaysia sebagai contoh sahaja.

Isi utama aku 2 sahaja:

  • Kita mungkin anggap sesetengah kelakuan itu menunjukkan tahap profesionalisme yang rendah. Namun, itu hanyalah ideal kita. Selagi standard tercapai, tak ada isu pun sebenarnya.
  • Kadang-kadang, apa yang kita nampak tidak penting & tidak signifikan itulah yang menyumbang dengan sangat penting kepada kita. Terpulang kepada kita untuk perhati, berfikir & belajar.

Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

5 Pengajaran Berharga daripada BoBoiBoy The Movie 2

Moving Out to a New Home! (Virtually) πŸ˜ƒ

Getting a Psychology Degree is a Scam??? 😱😱😱