Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Image
Here's today's announcement. Alhamdulillah, after working earnestly for months, I finally can announce that I have a website!  kellytelly.com kellytelly.com kellytelly.com So what's up in this website? Aside from being a one-stop center for my portfolio & activities, I have opened my very own online shop! kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop So far, it is full with my preloved books, which brings me to the next announcement; Preloved Books Sale is coming again to you! With even wider range of genres & even more affordable price, this shop as all the books you need. Only click & buy in one browser & one website. A new book would be on sale every day, so keep your eyes out 👀 Susbscribe so that you would be the 1st person to know about new posts & products 👍🏽 For starter, I think this is a good product to lead with. With that being said, stay tuned for more products to come 😏 I'm excited with all the results that come so far, ...

Dampingi yang Baik, Jauhi yang Jahat?

"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)

"Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat." (Al-Mustadrak ala al Sahihain)

“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Quran, An Nur:26)

Islam sangat mementingkan kepentingan seseorang itu untuk berdamping dengan seseorang yang baik, baik untuk tujuan persahabatan apatah lagi untuk perkahwinan.

Persoalannya, mengapa?

Kenapa Allah berpesan bahawa lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik, dan sebaliknya?
Kenapa Rasulullah melarang kita berkawan dengan orang yang durjana?
Kenapa Rasulullah mengibaratkan mereka dengan tukang besi yang akan membakar baju atau menyebabkan kita mendapat bau hapak?

Senang cerita, apa jadi dengan yang jahat tu, kalau yang baik hanya akan berkawan dengan orang yang baik? Siapa yang nak tolong orang jahat jadi baik?

Ada sebab sebenarnya kenapa Allah & Rasulullah cakap macam tu.

Dalam hidup ni, sama ada kita nak mahupun tidak, kita akan berjumpa dengan dua golongan; orang-orang yang baik & orang-orang yang jahat.
Mereka yang datang dalam hidup kita, bukannya kita yang memilih untuk mereka datang dalam hidup kita.

Jadi, dalam kita berjumpa dengan segerombolan orang ini, kalau kita nak kekal baik, ataupun jadi baik, adalah menjadi kewajipan kita untuk menjauhkan diri kita daripada mereka yang jahat & berdampingan dengan mereka yang baik.

Soalan yang sama kekal tidak terjawab; yang jahat macam mana?

Okey, cuba fikir macam ni.

'Baik' & 'buruk' itu sebenarnya, kalau ikutkan, adalah satu label. Kita yang letak label 'jahat' & 'baik' tu pada orang, dan begitu jugalah sebaliknya, di mana orang lain pula yang meletakkan label 'baik'/'jahat' tu pada diri kita.
Jadi, ada label-label ini yang kita setuju, dan ada yang kita tidak setuju. Ada yang kita tidak suka, dan ada yang kita suka.

Contohlah; katakan anda takut kucing. Tetapi kawan-kawan anda beranggapan anda hanya geli dengan kucing, dan bukannya takut. Maka mereka selalu mengusik anda dengan senyap-senyap meletakkan kucing berhampiran anda, dan mereka rasa itu bukanlah masalah yang besar, kerana mereka rasa anda hanya geli dengan kucing. Walhal sebenarnya anda mempunyai fobia yang serius terhadap kucing, dan perbuatan rakan-rakan anda itu mampu mendatangkan kesan yang serius terhadap anda.

Jadi dalam kes ini, label 'geli dengan kucing' yang kawan-kawan anda beri itu tidak dipersetujui oleh anda. Keadaan yang sebenarnya adalah anda sememangnya 'takut kucing', bukan setakat geli.

Hal ini boleh jadi terbalik pula.

Katakanlah anda ada seorang kawan yang geli dengan kucing. Maka, daripada sikapnya itu, anda simpulkan bahawa dia takut kucing. Namun, dia berulang kali menegaskan kepada anda bahawa dia tidaklah takut kepada kucing, dia cuma geli sahaja. Dalam kes ini pula, label 'takut kucing' itu tidak disukai oleh kawan anda. Dia lebih selesa dengan label 'geli dengan kucing'.

Samalah dengan label 'baik' & 'jahat'. Orang lain mungkin melabel anda baik, tapi anda rasa anda sebenarnya rasa tidaklah baik sangat. Orang lain mungkin melabel anda jahat, tapi anda tidak bersetuju dengan label tersebut.
Dan sama juga, anda mungkin melabel orang lain 'baik'/'jahat', tapi belum tentu orang itu bersetuju dengan label anda (lebih-lebih lagi kalau label 'jahat' la kan?)

Jadi, sebenarnya tak kisahlah anda ni 'baik' atau 'jahat', pada pandangan mata orang lain, atau anda sendiri, atau Tuhan sekali pun, semuanya berbalik kepada apa label yang anda nak pada diri anda. Jika anda sendiri nak jadi baik, maka secara automatik, anda sendiri akan mencari orang-orang yang anda labelkan sebagai baik. Jika anda tidak mahu menjadi baik, maka anda sendiri secara automatik akan menjauhkan diri anda daripada orang-orang yang baik.

Maka sebab itulah, dalam hadis tu secara spesifiknya, kita disuruh berkawan dengan orang yang baik & menjauhi orang yang jahat. Isu & fokus utama dalam hadis tersebut ialah diri kita sendiri. Bukanlah pasal orang-orang baik/jahat itu.

Malah, nak menjawab soalan 'macam mana dengan yang jahat tu?', Islam dah menggariskan panduan-panduan untuk kita menolong orang-orang yang jahat ini.

Jika kita berada dalam tangga autoriti, maka kita boleh mencegah kejahatan dengan melarang atau mengetatkan kawalan undang-undang, mengikutkan kesesuaian & maslahat umum. Jika mereka sendiri yang datang untuk berurusan dengan kita, berurusan dengan profesional, dan tunjukkan akhlak yang baik. Jika hendak menegur, maka kita kena tegur dengan cara yang baik, bahkan dengan cara yang terbaik sekali.

Ha, tak ke banyak dah cara-cara ni?

Nak lagi?

Boleh. Malah, kalau kita tengok, Islam sangat-sangat menjaga juga hak mereka yang dikatakan 'jahat' ini.

Contohnya, walaupun jika mereka datang untuk mencari panduan untuk 'menjadi baik', dan semestinya menjadi tugas kita untuk menunjukkan mereka jalan untuk berubah, namun kita tidak sekali-kali berhak untuk memaksa mereka berubah.
Yang paling penting, jika kita sememangnya sudah berkawan dengan mereka, maka selagi mereka tidak mendatangkan kemudaratan secara langsung kepada kita (contohnya mempengaruhi kita juga untuk melakukan kejahatan), kita tidak berhak langsung untuk memutuskan silaturahim dengan mereka sewenang-wenangnya.

Di sini, kita boleh tengok balik bahawa konteks hadis ini merujuk kepada tindakan kita sebagai seorang individu. Bukanlah orang lain, sama ada yang baik atau yang jahat itu.
Kita yang nak jadi baik, kita kena cari orang yang baik.
Kita yang tak nak jadi jahat, kita kena jauhkan diri daripada mereka yang jahat.
Kita yang nak tolong orang jahat jadi baik, jadi kita berurusan dengan baik dengan mereka, kita tidak memutuskan hubungan silaturahim jika kita sememangnya sudah berkawan dengan mereka, kita yang perlu menegur mereka dengan cara yang terbaik sekali.

Maka, harapnya, sedikit sebanyak perspektif aku ni dapat bantu kita semua, termasuk & terutamanya diri aku sendiri, dalam memandang isu berkawan dengan orang baik ini.
'Jahat' & 'baik' tu hanya label sahaja. Pada hakikatnya, kita semua adalah hambaNya, sang pendosa, yang ingin memperbaiki dirinya sendiri.

trackchores.knila.com

Comments

Popular posts from this blog

5 Pengajaran Berharga daripada BoBoiBoy The Movie 2

Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Getting a Psychology Degree is a Scam??? 😱😱😱