Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Image
Here's today's announcement. Alhamdulillah, after working earnestly for months, I finally can announce that I have a website!  kellytelly.com kellytelly.com kellytelly.com So what's up in this website? Aside from being a one-stop center for my portfolio & activities, I have opened my very own online shop! kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop So far, it is full with my preloved books, which brings me to the next announcement; Preloved Books Sale is coming again to you! With even wider range of genres & even more affordable price, this shop as all the books you need. Only click & buy in one browser & one website. A new book would be on sale every day, so keep your eyes out 👀 Susbscribe so that you would be the 1st person to know about new posts & products 👍🏽 For starter, I think this is a good product to lead with. With that being said, stay tuned for more products to come 😏 I'm excited with all the results that come so far, ...

Khas untuk pelajar SPM...

"SPM bukan segala-galanya."

Betul, tepat sekali.

Tapi kalau kau tak nak berusaha bersungguh-sungguh hanya sebab alasan ini, kau takkan ke mana-mana dalam hidup kau.

SPM bukanlah segala-galanya. Universiti bukanlah segala-galanya. Keluarga & perkahwinan bukanlah segala-galanya. Malah kalau kita tengok daripada sudut yang lebih besar, dunia ini bukan segala-galanya, dunia ni hanya sementara.

Dah tu, kalau kau guna alasan tu, kat celah mana kau nak usaha sungguh-sungguh lagi? Takkanlah sebab semua benda itu sementara, maka kita buat semua benda sambil lewa?

Nanti masuk universiti pun kau belajar setakat nak lulus, kerja berkumpulan kau tak sumbang apa-apa, kau kerja pun sambil lewa, perkahwinan & keluarga pun kau tubuhkan ikut syarat saja.

Jadi, nanti kalau kau meninggal dunia, kami pun buat pengebumian ala kadar sahaja, cukuplah kalau kau dah masuk 6 kaki bawah tanah. Nanti masa dihitung hisab, Tuhan pun hitung sambil lewa, sebab sikap kau terhadap tanggungjawab yang Dia sendiri beri pada kau, kau pun buat sambil lewa.

Nak?

Aku tak nak pesan 'buat sungguh-sungguh atau 'buat yang terbaik'. Terlalu klise.
Jadi aku nak cakap ni je. Macam mana akhlak & sikap kau terhadap SPM, macam itu jugalah akhlak & sikap kau terhadap kehidupan kau sebenarnya.
Betul, Tuhan tak tanya keputusan SPM kau kat akhirat. Tapi yang pasti, Dia pasti akan tengok akhlak & sikap kau terhadap SPM.

Adakah kau ni seorang yang berusaha bersungguh-sungguh untuk buat yang terbaik dalam kehidupan kau, termasuk SPM,
yang kalau kau berjaya, kau gunakan kejayaan kau untuk kau lebih berjaya di masa hadapan,
atau yang kalau kau tak berjaya, kau gunakan kegagalan itu sebagai satu pengajaran, agar kayu lebih berjaya di masa hadapan?

Itu akhlak. Itu semestinya, Tuhan akan pandang.

Selamat Maju Jaya.



Update Julai 2020: Dah tahu ke apa nak buat lepas SPM? Klik sini untuk belajar bagaimana kerjaya berkembang di Malaysia, 5 langkah untuk mendapatkan pekerjaan 👍

Comments

Popular posts from this blog

5 Pengajaran Berharga daripada BoBoiBoy The Movie 2

Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Getting a Psychology Degree is a Scam??? 😱😱😱