Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Image
Here's today's announcement. Alhamdulillah, after working earnestly for months, I finally can announce that I have a website!  kellytelly.com kellytelly.com kellytelly.com So what's up in this website? Aside from being a one-stop center for my portfolio & activities, I have opened my very own online shop! kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop So far, it is full with my preloved books, which brings me to the next announcement; Preloved Books Sale is coming again to you! With even wider range of genres & even more affordable price, this shop as all the books you need. Only click & buy in one browser & one website. A new book would be on sale every day, so keep your eyes out 👀 Susbscribe so that you would be the 1st person to know about new posts & products 👍🏽 For starter, I think this is a good product to lead with. With that being said, stay tuned for more products to come 😏 I'm excited with all the results that come so far, ...

Boikot Barang Cina?

Sekarang sedang tular kempen untuk memboikot daripada membeli barang-barang buatan bangsa Cina di Malaysia, sebagai tanda menentang beberapa perbuatan mereka yang kelihatannya cuba mempertikaikan kedudukan agama Islam & bangsa Melayu di Malaysia.

Sebelum aku pergi lebih jauh, aku rasa keadaan ini merupakan keadaan yang baik untuk warga Islam di Malaysia untuk bermuhasabah diri, bahawa sememangnya kita agak ketinggalan & lemah daripada segi bidang ekonomi. Hal ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah sebenarnya warga Islam di seluruh dunia juga banyak bergantung kepada warga bukan Islam daripada segi konsumerisme produk.

Maka, disebabkan warga bukan Islam ini mempunyai kepercayaan yang berbeza, semestinya mereka juga akan mengenakan tindakan yang berbeza dalam pengendalian mereka. Contoh, mereka mungkin letak arak dalam sesuatu, kita tak letak. Contoh lagi, mereka mungkin letak daging khinzir dalam sesuatu, kita tak letak (Ini contoh paling ringkas la. Islam bukanlah terletak pada haramnya khinzir & arak sahaja). Kalau ada di antara mereka yang cuba memenuhi kehendak pasaran orang Islam sekalipun, mungkin mereka tidak akan sesensitif kita. Ingat, bukanlah sebab mereka berniat jahat, tetapi kerana kepercayaan kita yang berbeza-beza.

Jadi, sememangnya aku menyambut baik sebarang sokongan untuk meningkatkan ekonomi orang Islam secara keseluruhannya, yang terdiri daripada (tetapi tidak terhad kepada) mempromosikan & membeli barang-barang yang dihasilkan oleh orang Islam. Apatah lagi, sebenarnya terdapat ramai sahaja golongan usahawan Islam, yang menghasilkan barang-barang yang baik & bagus, Cuma promosi & publisiti mereka itu agak kurang.

Okey, habis muhasabah, berbalik kepada isu boikot.
Sejujurnya aku tak tahu insiden yang manakah yang mencetuskan kempen ni. Aku memang ada tahu juga beberapa insiden, tetapi aku tidak pasti sejak bilakah kempen ini bermula. Atau, barangkali juga kempen ini ialah hasil daripada kesemua insiden tersebut, hasil daripada kemarahan orang Islam sedikit demi sedikit dikumpulkan sehingga memaksa mereka untuk membuat sesuatu yang drastik. (Kalau kau tahu, beritahulah aku)

Berikut merupakan buah fikiran aku, setelah aku ambil masa beberapa seketika untuk berfikir mengenai kempen ini. Barangkali akan ada betulnya & akan ada salahnya. Aku sekadar berkongsi, untuk iktibar yang membaca, dan yang paling penting, untuk diri sendiri.

1. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga
Adilkah untuk kita pukul rata semua bangsa Cina, semata-mata kerana ada segelintir antara mereka yang membuat onar?

Bayangkan saudara seIslam kita di Amerika. Mereka berhadapan dengan isu Islamophobia, kerana warga bukan Muslim di sana, pukul rata saudara kita sebagai orang yang jahat. Ya, barangkali mereka ada juga kesedaran bahawa tak semua orang Islam itu jahat. Tetapi, Islamophobia tetap tidak dapat mengelak daripada mempengaruhi fikiran, dan akhirnya tindakan mereka. Jadi, apabila mereka nampak apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam, mereka akan berhati-hati, berwaspada & secara umumnya mengelakkan diri mereka. Hasilnya, saudara seislam kita sendiri yang susah, kerana warga bukan Islam di sana berpada-pada tanpa asas.

Mereka bangga menjadi warga Amerika & mereka juga bangga menjadi seorang Muslim. Yang paling penting, mereka juga mengecam tindakan warga Islam yang lain yang melakukan kesalahan terrorisme.

Dan untuk mereka menerima tempias sebegini? Adilkah?
Siapa yang tak bengang? Kita yang mendengar pun bengang. Aku yang menulis ni pun bengang.

Samalah juga dengan kesalahan segelintir warga Cina di Malaysia ini.
Ya, kebanyakan bangsa Melayu ada kesedaran bahawa tidak semua masyarakat Cina itu begiitu. Tetapi, kesalahan segelintir yang berbangsa Cina itu tetap tidak dapat mengelak daripada mempengaruhi fikiran mereka, dan akhirnya tindakan mereka. Jadi, apabila mereka nampak apa-apa sahaja yang berkaitan dengan bangsa Cina, mereka akan berhati-hati, berwaspada & secara umumnya mengelakkan diri daripada mereka. Hasilnya, bangsa Cina secara keseluruhannya mengalami kesusahan, kerana bangsa Melayu berpada-pada tanpa asas.

Ini kata kuncinya; berpada-pada tanpa asas.
Bangsa Cina di Malaysia sangat bangga menjadi warga Malaysia, dan mereka juga bangga denagn keturunan & budaya Cina mereka. Yang paling penting, mereka juga mengecam tindakan mereka yang berbangsa Cina yang melakukan kesalahan terhadap bangsa lain.

Dan untuk mereka menerima tempias sebegini? Adilkah?

Kalau betul nak boikot, boikot dengan betul. Boikot mereka yang betul-betul kita tahu menyumbang kepada kesalahan (tidak terhad kepada satu bangsa sahaja). Bukan pukul rata terhadap satu bangsa sahaja.

2. Isu boikot yang tak berkesudahan.
Isu boikot bukan isu lama. Dan kontroversi yang menyelubungi isu boikot bukannya sedikit.

Asalnya, aku mula-mula agak hairan apabila aku mendengar tentang kempen memboikot barang Cina. Malah, ada yang sangat bersungguh-sungguh & teliti dalam memastikan barangan yang mereka beli itu bukan barang Cina.

Aku tertanya-tanya, kenapa kesungguhan yang sama tak ditunjukkan dalam memboikot barangan Israel? Aku rasa apa yang Israel dah, sedang & akan buat jauh lebih parah daripada apa yang segelintir bangsa Cina yang bersalah ni buat.

Tapi akhirnya aku dapat jawapan sendiri; sebab isu ini lebih dekat di Malaysia (secara harfiahnya, & juga lebih dekat di hati). Lagipun, barang-barang Israel jauh lebih banyak, sehingga di luar kemampuan kebanyakan orang untuk memboikot.

Maka, sebab ini jugalah ada beberapa pihak yang mendakwa bahawa boikot tidak berkesan. Antara sebab-sebab yang diutarakan adalah kerana ketidakmampuan, betapa hal ini akan menjejaskan ekonomi yang memboikot juga secara keseluruhannya, dan kurangnya sebenarnya impak ekonomi boikot. Ada yang menjawab dakwaan ini dengan mengatakan bahawa usaha itu penting. Kisah burung yang cuba memadamkan api Nabi Ibrahim diutarakan. Tapi ada pula yang berkata, kenapa kita nak membuat satu usaha yang kita dah tahu tahap kegagalannya?

Haish.

Aku simpulkan terus ya.

Aku percaya boikot ini ialah isu peribadi.
Tak, bukanlah maksud aku, peribadi tu perlu dirahsiakan ke apa.

Isu memboikot ni, ada yang rasa perlu. Ada yang rasa tak perlu. Ada yang nak, ada yang tak nak.
Apa-apa pun hujah & kepercayaan kau, aku hormat keputusan kau. Aku hormat kau sebagai seorang manusia yang berfikir, sebab Allah sendiri pun menghormati kau untuk berfikir & membuat keputusan sendiri, hatta apa jua pun keputusan kau. Aku percaya semua orang ada pendapat & kepercayaan sendiri tentang boikot. Maka, kita seharusnya menghormati perbezaan pendapat tersebut, sebagaimana kita menghormati perbezaan pendapat secara umum.

Cuma, kalau nak boikot, boikotlah betul-betul. Boikot pesalah, bukan bangsa. Bukankah memukul rata satu bangsa atas kesalahan yang dilakukan oleh minoriti bangsa itu rasisme?

Katakanlah kau seorang peniaga & pembekal kau berbangsa Cina.
Boikot yang tidak betul adalah kau terus serta-merta menghentikan urus niaga kau dengan dia (& mereka yang berbangsa Cina secara keseluruhannya), tanpa sebarang bukti kesalahan bahawa pembekal kau menyumbang kepada kesalahan. Hal ini tidak berasas & hal ini juga akan memberi impak kepada perniagaan kau sendiri

Boikot yang betul pula ialah apabila kau dapat mengenalpasti mana jenama atau peniaga berbangsa Cina (& termasuk juga bangsa lain!) yang menyumbang kepada kesalahan. Malah, jika pembekal kau sendiri juga terlibat, kau sudi untuk menghentikan urus niaga, walaupun hal ini akan menjejaskan perniagaan kau sendiri. (Ini yang ideal la. Aku percaya ketidakmampuan juga adalah antara faktor utama dalam memboikot sesuatu barangan atau pembekal. Maka, dalam kes ni, jika tiada juga pembekal lain yang kau temui, aku percaya meneruskan urus niaga dengan pembekal itu sesuatu yang harus atas dasar keperluan. Ini pendapat aku la. Yang penting, boikot itu perlu ada asas).

Sebagai penutup, aku ulang balik bahawa keadaan ini merupakan keadaan yang baik untuk warga Islam di Malaysia untuk bermuhasabah diri, bahawa sememangnya kita agak ketinggalan & lemah daripada segi bidang ekonomi. Maka, aku sangat setuju & sangat suka kalau kita nak promosikan lagi barang-barang buatan Muslim. Lebih dipercayai, tanpa keraguan & selari dengan kepercayaan kita. Alhamdulillah, sememangnya aku alu-alukan.

Cuma, jangan calit hal baik ini dengan pemikiran rasis terhadap bangsa lain. Itu sahaja.


bbcdrasmi.blogpost.com

Comments

Popular posts from this blog

5 Pengajaran Berharga daripada BoBoiBoy The Movie 2

Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Getting a Psychology Degree is a Scam??? 😱😱😱