Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Image
Here's today's announcement. Alhamdulillah, after working earnestly for months, I finally can announce that I have a website!  kellytelly.com kellytelly.com kellytelly.com So what's up in this website? Aside from being a one-stop center for my portfolio & activities, I have opened my very own online shop! kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop So far, it is full with my preloved books, which brings me to the next announcement; Preloved Books Sale is coming again to you! With even wider range of genres & even more affordable price, this shop as all the books you need. Only click & buy in one browser & one website. A new book would be on sale every day, so keep your eyes out 👀 Susbscribe so that you would be the 1st person to know about new posts & products 👍🏽 For starter, I think this is a good product to lead with. With that being said, stay tuned for more products to come 😏 I'm excited with all the results that come so far, ...

Realiti Universiti Sekarang





Gambar ini diambil pada pukul 8:02 pagi. Kelas mula pukul 8 pagi. Tak sampai sepuluh orang pun yang ada di sini masa aku ambil gambar ni. Satu kelas ni ada dalam 60 orang.

Tengok betul-betul gambar ni.

Ini ialah satu keadaan yang sangat, sangat, sangat biasa berlaku di universiti.

Nak tahu tak kenapa jadi macam ni?

Senang sahaja, mereka rasa terpaksa melalui kehidupan universiti.

(Sebab kedua yang agak munasabah adalah kelemahan sistem pengangkutan, sekurang-kurangnya di universiti akulah. Tapi, aku nak sentuh berapa besar juga peranan sebab yang pertama ni. Hendak seribu saya, tak hendak seribu dalih)

Aku ulang; mereka rasa terpaksa melalui kehidupan di universiti.

Cuba kita fikirkan.

Fikirkan kehidupan kita apabila kita memasuki tingkatan 1. Masa itu masa permulaan akil baligh. Maksudnya, itu merupakan permulaan kita belajar menggalas tanggungjawab sendiri.
Ya, kita ada ibu bapa, guru-guru, malahan rakan-rakan & secara umumnya orang-orang dewasa yang lain untuk membantu kita. Namun, kita akan sedia maklum bahawa mereka akan perlahan-lahan melepaskan diri & menarik diri daripada terlibat dengan diri kita. Akhirnya, akan sampai satu masa, apabila kita dewasa, tiada sesiapa yang ada di belakang kita. Hanya kita sahaja, masing-masing seorang diri. Kita bebas, namun kita dipertanggungjawabkan atas kebebasan kita.

Tetapi, hakikat sebenarnya, seorang manusia itu tidak pernah akan bebas sepenuhnya. Sebagaimana bebas pun yang kita mahukan, kita akan terikat, bahkan akan mengikat diri kita untuk berfikir, bertindak & percaya mengikut hal ehwal sekeliling. Agama, masyarakat, keluarga, kawan-kawan, keperluan, kehendak diri; semua ini menjadi panduan kita utk membina ‘kebebasan’ kita sendiri, tanpa kita sedari.

Jadi, walaupun kita bebas, kita hidup mengikut acuan orang lain. Dan hal ini berterusan sehingga tingkatan 3 & tingkatan 5, di mana kita diberi pilihan untuk mengambil bidang yang kita dapat sambung belajar.

Tapi, betul ke kita diberi pilihan?
Betul ke?

Kita pilih A, orang cakap itu. Kita pilih B, orang cakap ini. Kita pilih C, orang cakap macam-macam.

Jadi, dalam kita membuat satu keputusan terakhir, kita akan cuba mengambil kira kedua-dua belah pihak; kita & mereka.

Tapi apa yang akan terjadi apabila kita sendiri tak tahu apa yang kita nak?
Apa yang akan terjadi apabila kita disorong ke bidang yang kita yakin kita tak mampu, kerana kita tidak dapat mempertahankan diri kerana tiadanya bidang yang kita tahu kita mahu?

Maka, kita akan menempuh bidang tersebut dengan penuh kemalasan.

“Ah, dulu aku di sekolah pun cukup-cukup sahaja, pasti aku boleh bertahan.”

Salah.
Apabila kau keluar dari sekolah, kau sudah dewasa.
Dahulu, kau belajar melalui tanggungjawab; maksudnya kau dibantu ibubapa, guru & rakan-rakan dalam membuat keputusan & menangani akibat daripada keputusan tersebut.

Tetapi hakikatnya, terutamanya apabila kau dewasa, kau menempuh semua itu bersendirian.
Tapi kita tak sedar. Sebab itu, keputusan kehidupan selepas SPM, kita juga ingin pengesahan orang lain. Walaupun bertentangan dengan apa yang kita rasakan betul, atau sekurang-kurangnya sesuai dengan diri kita, kita ikut sahaja.

Hasilnya, kita masuk ke dalam bidang yang kita tak suka. Malahan lagi teruk, benci.

Jadi, seperti yang aku katakan tadi, kita akan menempuh bidang tersebut dengan penuh kemalasan.
Maksudnya bukanlah kau sengaja menjadi malas. Tetapi usaha kau hanya melepasi tahap lulus, kerana kau perlu mengerah tenaga yang amat besar untuk terus kekal dalam bidang itu. Kerana nak melakukan sesuatu yang mereka tidak suka itu, untuk memastikan hasil yang memuaskan, memakan tenaga yang sangat, sangat, sangat, banyak.

Maka hasilnya, keputusan kau hanya setakat lulus, penglibatan kau di universiti juga minimum, kerja kursus juga asalkan siap.
Contoh macam gambar tadilah. Datang sekadar datang. Biarlah lambat, asalkan datang. Biarlah kelas mula setengah jam lambat, asalkan ada kelas.

Macam mana mereka bertahan? Dengan hiburan.

Ya, aku percaya inilah sebab kenapa kita nampak mahasiswa seperti asyik berfikir tentang hiburan & asyik mahu berhibur.
Bukan kerana mereka terlalu mengikut nafsu. Bukan kerana mereka memang sengaja menjadi hedonis.
Tetapi kerana kehidupan mereka memakan tenaga emosi yang banyak.

Logiklah. Cuba bayangkan kita kena buat satu aktiviti yang kita tak suka & kita tak yakin ada kepentingan. Untuk pastikan hasilnya memuaskan, mesti kita akan rasa kena kena usaha lebih kuat, betul tak?

Cuba bayangkan hal ini berlaku, hari-hari,
kepada mahasiswa mahasiswi,
selama 3,4,5, bahkan 6 tahun.

Tahukah kalian apa akan terjadi dalam jangka masa yang panjang ini?

Akan ada 2 kemungkinan:

Pertama: kita keluar dari universiti dengan perangai mengeluarkan komitmen & usaha yang minima, ke alam nyata yang memerlukan komitmen & usaha terbaik dalam hampir segenap perkara.

Maksudnya, di universiti kita dah biasa belajar di hujung-hujung waktu, belajar sambal lewa, hanya pastikan keputusan melepasi tahap lulus, banyak cuti daripada kerja, tiada disiplin (contoh: datang lambat macam gambar tadi)
Tetapi, di alam kerjaya, kau dijangkakan untuk mengutamakan kerja kau. (Sebab dari situ datangnya duit kan?)
Maksudnya, datang lewat 3 kali kau boleh dipecat. Keputusan kau kurang memuaskan, kau boleh dipecat. Kalau kau tak usaha lebih untuk kerja kau, hal itu mungkin akan mempengaruhi hasil kerja kau. Dan ya, kau boleh dipecat.

Senang cerita, kau kalah dalam kehidupan selepas universiti, kerana hilangnya nilai-nilai penting yang sepatutnya kau buat tetapi tidak amalkan kerana sudah terbiasa di universiti.

Kedua: kualiti sumber manusia akan menurun.
Dalam kuantiti yang banyak.

Seperti yang berlaku dalam gambar tadi. Seperti yang berlaku di hampir seluruh universiti.
Sekarang, hampir semua orang ada peluang untuk sambung belajar ke peringkat tertiari. Tetapi, bekalan yang banyak, tak semestinya permintaan juga tinggi. Sebenarnya, ramai pelajar universiti tak nak pun sambung belajar. Bukanlah sebab mereka tak menghargai ilmu, tetapi itu bukanlah hala tuju yang mereka inginkan. Lagipun pendidikan pada tahap tertiari bukanlah satu kewajipan, sebagaimana pendidikan tahap sekolah rendah & sekolah menengah.

Tetapi, jika kita paksa juga mereka menempuh satu bidang yang mereka tidak ada keyakinan terhadapnya, kita akan mencipta satu generasi yang sambil lewa, melebih-lebihkan hiburan, lemah mentaliti, dan tidak memanfaatkan potensi mereka sepenuhnya.

Jadi dalam situasi ini, jika kau datang lewat berkali-kali pun, atau jika keputusan kau kurang memuaskan pun, kau takkan dipecat.
Sebab bos kau sendiri pun dua kali lima sahaja!

“Dah puas hentam kawan-kawan sendiri?”



“Kau banyak bercakap, macam pandai sangat.”



“Habis tu sekarang ada nak buat apa-apa ke?”



Ada.

Di sini, aku cuba bawakan satu penyelesaian. Maaf kerana aku hanya dapat bawakan secara teori. Aku orang teori. Praktikalnya nanti kalian sendiri cubalah.

Apa penyelesaian tersebut?

Didikan mengenali diri sendiri. Tidak kira umur, tidak kira status, tidak kira latar belakang.
Tak semestinya kita kena ada jawapan tepat mengenai diri kita sendiri. Tapi yang penting, kita cuba untuk selami diri sendiri.

Contohlah pasal nak pergi universiti ni. Betul, secara hakikatnya, tak ada satu pun keputusan kita yang tidak dipengaruhi oleh aspek-aspek selain diri kita sendiri.
Tapi, sebagai seseorang yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri, kau sendiri kena boleh buat satu keputusan yang kau tahu, kau faham & kau bersedia untuk bertanggungjawab ke atasnya. Dan dalam melakukan hal ini, kita kena bijak menapis pengaruh luaran yang tidak berpadanan dengan kemampuan, keperluan & kehendak diri kita sendiri. Dan kita kena yakin dengan diri sendiri.

Sebab itu, walaupun agak bertentangan dengan pemikiran orang lain, aku memang suka berkali-kali ulang, jangan masuk universiti kalau kau tahu kau tak nak.
Jangan sambung belajar dalam bidang yang kau tahu tak mampu.
Jangan ambil keputusan untuk belajar di universiti kalau kau tahu kau tak perlu.
Jangan. Tak payah.

Kalau kau teruskan, kalau golongan-golongan inilah yang semakin meramaikan universiti, maka aku tak nak. Aku nak mereka yang betul-betul dah kaji sedaya upaya mereka macam mana kehidupan pelajar universiti, apa sebenarnya kebaikan & keburukan universiti, bagaimana sebenarnya universiti menyumbang kepada pembinaan karier mereka, dan yang penting, mereka yang memang faham, menghayati & dapat hidup dengan ‘ikhlas belajar’.

Bukan sebab aku rasa aku ni 'bagus' & universiti ni untuk orang yang 'bagus macam aku'.
Sebab kalau tak, macam aku cakap tadi, sama ada kau sendiri akan terhantuk tergadah, dengan sengsara masa belajar & lepas belajar, ataupun universiti akan beramai-ramai menghasilkan masa depan yang kurang kualitinya.

Aku cakap bukan tiada asas. Aku juga mahasiswa. Mereka yang aku sebut dalam penulisan ini, terdiri daripada kawan-kawan aku juga. Aku jumpa kawan-kawan aku ini, setiap hari. Aku nampak kesengsaraan mereka setiap hari. Aku nampak betapa mereka mahu lari, betapa mereka boleh lari, namun mereka tidak nampak ke mana mereka mahu lari.
Maka hati aku sendiri terobek & terluka, melihat mereka menanggung sengsara.

Maka apa yang terbaik yang aku boleh buat adalah dengan menulis penulisan ini. Dengan menyedarkan orang ramai untuk melihat universiti daripada perspektif yang berbeza, dan terutamanya bukan daripada perspektif yang lapuk. Maka keputusan yang kalian akan buat, akan bertepatan dengan keadaan semasa, dan bukannya daripada perspektif yang lapuk.

Maka kalian takkan buat kesilapan yang sama.
Maka kalian akan terselamat juga.
Sekian, terima kasih.




Update Julai 2020: Keliru perlu masuk universiti atau tidak? Keliru macam mana sebenarnya nak jamin pekerjaan sekarang ni? Buku sulung aku sudah terbit; menerangkan dengan lengkap perkembangan karier di Malaysia, 5 langkah yang perlu diambil, beserta dengan contoh-contoh relevan dalam industri. Dapatkan buku ini sekarang, klik sini!


Comments

Popular posts from this blog

5 Pengajaran Berharga daripada BoBoiBoy The Movie 2

Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Getting a Psychology Degree is a Scam??? 😱😱😱