Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Image
Here's today's announcement. Alhamdulillah, after working earnestly for months, I finally can announce that I have a website!  kellytelly.com kellytelly.com kellytelly.com So what's up in this website? Aside from being a one-stop center for my portfolio & activities, I have opened my very own online shop! kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop So far, it is full with my preloved books, which brings me to the next announcement; Preloved Books Sale is coming again to you! With even wider range of genres & even more affordable price, this shop as all the books you need. Only click & buy in one browser & one website. A new book would be on sale every day, so keep your eyes out 👀 Susbscribe so that you would be the 1st person to know about new posts & products 👍🏽 For starter, I think this is a good product to lead with. With that being said, stay tuned for more products to come 😏 I'm excited with all the results that come so far, ...

"Perlu ke Aku Berada di Universiti?"

Berkenaan dengan universiti, antara entri terbaru aku ialah betapa aku mengatakan bahawa untuk sesetengah keadaan, melanjutkan pembelajaran ke universiti merupakan satu pembaziran. Selain itu, aku ada juga menulis mengenai realiti universiti pada waktu semasa, yang di mana menggambarkan universiti ini sebagai sebuah tempat yang menyedihkan. Malah, aku dengan terus terangnya menyatakan, jangan masuk universiti kalau kau tahu kau tak nak. Jangan sambung belajar dalam bidang yang kau tahu tak mampu. Jangan ambil keputusan untuk belajar di universiti kalau kau tahu kau tak perlu.

“Universiti ni teruk sangat ke?”

Tak, sememangnya tidak. Bagi aku, aku menemui kebahagiaan di universiti. Tak ada tempat lain yang aku rasa redha & puas untuk menghabiskan hidup aku & membina karier aku, melainkan di universiti. Kerana aku sekarang sudah yakin bahawa kehidupan di universiti merupakan kehidupan untuk aku.

“Macam mana kau tahu kehidupan universiti tu untuk kau?”

Ha… inilah yang aku cuba nak kongsi hari ini. Panduan & tips untuk mengetahui, apakah kita sesuai berada di universiti mahupun tidak.

Tapi, sebelum tu, aku nak kongsi dulu, bagaimana berkembangnya dunia kerjaya & karier di Malaysia ini. Ini ialah berdasarkan pemerhatian & pemikiran aku sendiri. Kalau kau tak berminat dengan universiti pun, hal ini penting kalau kita betul-betul mahu tahu macam mana kita nak dapat kerja. Aku akan kongsikan jawapan kepada soalan tadi di akhir penulisan ni, supaya kita nampak bagaimana universiti & dunia kerjaya di Malaysia ini sebenarnya berkait.

1. Zaman selepas merdeka & pembentukan Malaysia
Sebelum merdeka, Tanah Melayu bergantung harap kepada kerajaan yang menjajah mereka (yang paling otai, British la kan) untuk membekalkan sumber-sumber di Tanah Melayu, terutamanya sumber-sumber manusia. Buktinya, kewujudan etnik Cina & India di Malaysia sekarang ialah hasil polisi British dahulu kala yang membawa warga China & India masuk ke Tanah Melayu untuk bekerja.

Tetapi, selepas merdeka & berjaya menjadi sebuah negara, Malaysia kini kenalah berdikari membangunkan negara sendiri. Yalah, nama pun dah merdeka, takkanlah nak minta tolong orang luar lagi kan?

Jadi, zaman ini, kau nak dapat kerja macam mana?
Dengan membuktikan kau boleh buat kerja tu.
Tu je.

Sapu sampah? Buat bangunan? Jadi pengurus? Jadi bos besar?
Asalkan kau boleh buat, maka kau akan dapat pekerjaan.
Kalau kau tak boleh buat (sekurang-kurangnya mengikut kehendak sesebuah syarikat), atau ada orang yang boleh buat kerja tu lagi baik daripada kau, tak apa. Kau boleh berhenti & cari kerja di syarikat lain. Mesti adalah yang nak kau lagi. Mesti.

Sebab masa ni Malaysia secara keseluruhannya amatlah memerlukan tenaga sumber manusia tempatan. Secara teknikalnya, takkan ada pengangguran di zaman ini, kerana semua orang diperlukan untuk bekerja. Dan semua orang dijamin akan dapat hasil pekerjaan mereka.

Jadi, pada zaman ni, nak dapat kerja – kena pandai buat kerja.
Itu sahaja.

2. Zaman graduan 1980 mencari kerja.
Pada zaman ini, Malaysia dah melepasi tahap asas untuk hidup sebagai sebuah negara. Okeylah tu kiranya. Selain itu, pendidikan juga mula mendapat sambutan. Yalah, bukankah kemerdekaan & pembentukan Malaysia dipelopori oleh golongan yang berpendidikan tinggi, yang melanjutkan pembelajaran mereka sehingga ke universiti, di Barat mahupun di Timur Tengah?
Maka sudah kurang galakan untuk gadis-gadis berkahwin selepas belajar. Universiti-universiti tempatan juga mula bercambah pada era 1980-an. Antara contoh universiti-universiti yang terbina pada era tersebut ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin & Universiti Utara Malaysia.

Maka, pada zaman inilah baru pihak yang mencari pekerja-pekerja (HR la senang cerita) mula memilih. Pada zaman ini, HR bukan sahaja nak cari mereka yang boleh & pandai buat kerja, malah ada ilmu yang mendalam juga mengenai kerja tersebut. Malah, kalau ada ilmu yang sebenarnya tak berkait, tetapi boleh juga digunakan, pun lagi HR suka.

Maka, pada zaman ini jugalah pelajar-pelajar bukan sahaja diajar benda-benda asas, bahkan benda-benda tambahan, benda-benda yang tak semestinya akan diaplikasi dalam kehidupan sebenar. Tetapi mereka belajar juga sebab HR nak. Sebab walaupun kita tak aplikasi dalam pekerjaan, pengetahuan kita itu akan mempengaruhi juga tindakan kita dalam bidang yang kita lalui. Itulah hakikat disiplin ilmu; saling memerlukan.

Contohnya, ayah aku dulu ambil diploma perniagaan. Tetapi, antara subjek yang beliau perlu ambil dahulu ialah Bahasa Mandarin.
Maka daripada sini barangkali akan timbul persoalan-persoalan: “Kenapa? Perlu ke belajar Mandarin? Takkanlah semua pelanggan nanti Cina? Kalau ada pelanggan Cina, biarlah pegawai Cina yang uruskan. Bukannya dalam kehidupan seharian kami perlu bercakap Cina pun.”

Haa… sebab, pada zaman ini, belajar ilmu-ilmu asas takkan cukup untuk menarik perhatian HR untuk mencari pekerja. Kan HR dah mula memilih? Maka ilmu-ilmu tambahan itulah yang akan menjadi jaminan pekerjaan. Lagipun, walaupun ilmu ayah aku dalam Bahasa Mandarin itu sedikit, hal ini tetap akan mempengaruhi tindakan ayah aku juga dalam pekerjaan & karier beliau. Contohnya, mungkin beliau akan ada dalam kalangan pekerja Melayu, dan beliau dapat membaca tulisan Cina (walaupun yang asas sahaja). Maka beliau akan dapat membantu pekerja-pekerja Melayu yang lain yang langsung tidak tahu.

Dan, antara cara paling senang untuk HR tahu tahap ilmu asas, kebolehan bekerja & ilmu tambahan seseorang graduan itu adalah dengan melihat PNGK.

Jadi, pada zaman ni, nak dapat kerja – kena pandai buat kerja + PNGK tinggi
(dan pada zaman ni biasanya kalau PNGK tinggi maksudnya mereka memang sudah pandai buat kerja, sebab benda tu sudah sedia diajar dalam universiti)

3. Zaman graduan 2000 mencari kerja.
Jadi, hasil daripada penekanan zaman yang lepas, kebanyakan pelajar mestilah menyasarkan untuk mendapat PNGK yang setinggi mungkin, kan?
Tapi, bila masuk tahun 2000 ni, muncul satu masalah baru; mereka yang mempunyai PNGK yang tinggi, kurang kemahiran insaniah mereka (softskill), dan terlalu fokus pada ilmu teori semata-mata.
Hasilnya, walaupun mereka tahu, tapi mereka tidak dapat buat. Hasilnya, mereka tak dapat buat kerja!

Pada masa inilah juga, ayat ini mula dikeluarkan; ‘PNGK tinggi pun bukannya boleh jamin dapat kerja’
Logiklah; apa guna PNGK tinggi, kalau keperluan paling asas (yakni buat kerja) pun tak boleh dicapai?

Jadi pada masa ini, para pelajar digalakkan untuk aktif dalam aktiviti-aktiviti universiti & jawatan yang disediakan untuk pelajar. Hal ini kerana penglibatan mereka ini dapat memimik suasana kerja sebenar. Maka, para pelajar, tidak kisahlah kerja apa pun, dalam bidang apa pun, dapat menyesuaikan diri sebagai seorang pekerja.

Dahulu, kelab, persatuan & jawatankuasa sekadar ada untuk mengekalkan fungsi universiti. Yalah, takkan tak ada wakil pelajar langsung di universiti? Takkanlah semua benda masih staff pentadbiran universiti yang aturkan? Ini bukannya zaman sekolah lagi.
Tetapi, masa ini penglibatan pelajar mula dipromosikan. Maka kelab-kelab yang tak pernah ada, diadakan. Jawatan yang dulu banyak kosong mula diisi. Malah, jawatan-jawatan baru diwujudkan untuk memenuhi demand ini.

Jadi, pada zaman ni, nak dapat kerja – kena pandai buat kerja + PNGK (boleh tahan) tinggi + kemahiran insaniah & penglibatan di universiti banyak.

Oh ya, sebelum kita sentuh pasal golongan yang seterusnya, ada lagi satu perubahan yang berada pada zaman ini; golongan usahawan & peniaga. Kena cerita juga pasal mereka ni, sebab sangat berkait rapat dengan golongan yang seterusnya ni.

Okey, kan nak dapat kerja ni kena PNGK tinggi, kemahiran insaniah tinggi & penglibatan di universiti ni banyak?

Golongan usahawan & peniaga pada zaman ini datang daripada mereka yang memang dari zaman sekolah lagi akademik kurang memuaskan. Cuba bayangkan, mereka membesar dalam keadaan hampir setiap subjek cukup-cukup lulus. Lepas itu, mereka kena pergi universiti lagi? Belajar lagi? Lepas tu sibukkan diri lagi?

“Oh tidak, terima kasihlah.”

Golongan usahawan ini tahapnya tidak memuaskan dalam hal-hal yang kita sebutkan tadi. Tetapi mereka ada kelebihan yang lain:
- Mereka berfikiran jauh
- Mereka memandang sesuatu secara menyeluruh
- Mereka mahir bekerja dengan manusia
(Ya, ada lagi banyak lagi kelebihan usahawan yang lain. Aku tahu. Aku cuma senaraikan 3 ni untuk menerangkan isi ini sahaja)

Jadi, mereka ada kelebihan ini, tetapi mereka tidak masuk universiti.
Jadi macam mana mereka berjaya?

Kalaulah mereka yang berjaya pada zaman ini ialah mereka yang dapat kerjaya yang stabil & sumber kewangan yang stabil, hasil daripada mereka ada PNGK tinggi & aktif di universiti,
maka golongan usahawan ini berjaya dengan mengambil mereka bekerja!
Mereka akan bekerja & mendatangkan keuntungan kepada syarikat, maka hasilnya usahawan pun akan ada sumber kewangan yang stabil juga.

Betul tak?

Cuba kita tengok kelebihan-kelebihan mereka yang aku dah sebutkan tadi:

- Mereka berfikiran jauh
Tidak seperti pelajar universiti yang hanya fokus pada apa yang mereka lakukan pada masa kini, golongan usahawan meletakkan fokus mereka pada matlamat mereka pada masa hadapan. Mereka yakin untuk ambil risiko memulakan sebuah syarikat kerana mereka sudah nampak apa yang mereka perlu buat dalam menjayakan risiko tersebut.

- Mereka memandang sesuatu secara menyeluruh
Tidak seperti pelajar universiti yang pandang jalan kerjaya mereka hanyalah universiti & kerja, golongan usahawan nampak bahawa merekalah sebenarnya yang akhirnya mengambil pelajar universiti bekerja. Dan mereka ada pilihan sebenarnya, sama ada untuk dapatkan duit sebagai seorang pekerja ataupun sebagai seorang bos.

- Mereka mahir bekerja dengan manusia
Tidak seperti pelajar universiti yang dilatih untuk bekerja yang berfokuskan pada produk, golongan usahawan melatih diri mereka untuk bekerja dengan manusia. Jika mereka dapat memuaskan pekerja mereka, maka mereka yang akan dapat hasilnya. Sama seperti pekerja yang dapat menghasilkan produk yang memuaskan, mereka juga akan mendapat hasilnya

Ya, inilah sebab kenapa (terutamanya pada zaman ini) kita nampak bahawa mereka yang cemerlang di universiti & pekerjaan itu akhirnya bekerja di bawah usahawan-usahawan yang barangkali semasa sekolah nak dapa gred C pun susah.

Kita bukanlah nak kata yang satu itu lebih baik daripada yang lain. Kita cuma nak mengatakan bahawa mereka berjaya dengan cara yang berbeza.

4. Zaman graduan 2019 mencari kerja
(Memang aku nak tulis 2020 kasi sedap mata memandang, tapi banyak benda juga boleh jadi dalam masa setahun, jadi aku pun tak berani nak tulis)

Zaman ini merupakan zaman di mana terdapatnya lambakan graduan yang mempunyai PNGK yang tinggi, penglibatan yang aktif, dan kemahiran insaniah yang cemerlang.
Bersepah. Berlambak.

Jadi sebenarnya, pada zaman sekarang, pengangguran berlaku bukanlah kerana graduan tidak memenuhi kriteria, tetapi terlalu ramai graduan yang memenuhi kriteria!
The supply is wayyy too much compared to the demand.

Maka, HR pada zaman ini lagilah semakin memilih. Antara faktor graduan diterima kerja sekarang tidak terhad kepada tingginya 3 aspek tadi. ‘Kabel’, networking, temuduga, bias, ‘siapa cepat dia dapat’; semua ini mempengaruhi juga sama ada kita akan dapat sesuatu kerja ataupun tidak,

Pada zaman ini juga, semakin banyak usahawan-usahawan yang dipandang oleh orang (tanpa mengira kredibiliti). Sebenarnya, macam yang kita cerita tadi, golongan ni dah wujud sejak tahun 2000. Tetapi masa 2019 ni tiba-tiba macam banyak gila pula mereka ini.

Kenapa?

a. Kemajuan teknologi pada zaman sekarang, membuatkan orang senang popular & senang buat duit
Zaman sekarang, ialah antara zaman paling senang yang kita pernah alami untuk menjual barang.
Sesiapa sahaja boleh menjual barang & membeli barang.
Maka, untuk mereka yang nak menjadi usahawan pada zaman sekarang, peluang terbuka dengan sangat besar. Tambahan lagi dengan globalisasi, capaian pasaran lebih luas. Lebih-lebih lagi untuk perniagaan yang bersifat custom-made.

b. Kemajuan pendidikan pada zaman sekarang, membuatkan orang senang dapat ilmu
Zaman sekarang, ialah antara zaman paling senang yang kita pernah alami untuk kita akses data-data & ilmu-ilmu yang berkualiti tinggi.
Maksudnya, pada zaman ini, kita tak perlu sambung belajar di universiti semata-mata sebab ilmu. Sudah ada banyak lambakan kelas & bahan, asas mahupun bersiri, percuma mahupun berbayar.
(Yang betul & yang salah pun ada, pandai-pandai la pilih)

Sebab itu kita dengar ada orang yang boleh bina kolam renang daripada kosong, buat rumah daripada bahan-bahan terpakai, bahkan mereka di negara-negara kelas ketiga boleh membina sistem perparitan mereka sendiri!
Kenapa? Kerana akses kepada ilmu pada zaman sekarang ini amat mudah!

Sekarang, universiti merupakan sebuah tempat untuk mengkaji & mengesahkan ilmu-ilmu yang telah kita sedia ketahui dengan lebih mendalam.
Seharusnya, pelajar universiti sekarang terdiri daripada 2 golongan:
- mereka yang bercita-cita untuk membina karier dalam bidang buruh mahir
- mereka yang bercita-cita untuk membina karier dalam bidang akademik

Ya, inilah jawapan kepada keseluruhan entri ini.

Jika kau sudah ada cita-cita untuk menjadi pekerja dalam bidang buruh mahir, maka masuklah ke universiti.
Jika kau sudah ada cita-cita untuk menjadi pekerja dalam bidang akademik, maka masuklah ke universiti.

Jika kau tidak termasuk dalam 2 golongan ini, maaf, aku tak rasa kehidupan universiti ialah kehidupan yang terbaik untuk kau.
Jika kau bercita-cita untuk menjadi usahawan, mulakan sahaja perniagaan kau, dan belajarlah sambil kau maju. Kan pendidikan kita pun sudah maju sekarang.
Jika kau bercita-cita untuk menjadi pekerja dalam bidang buruh separa mahir, maka kolej vokasional ialah tempat yang sesuai untuk kau.
Jika kau bercita-cita untuk menjadi pekerja dalam buruh tidak mahir, kau boleh terus cari pekerjaan & tunaikan syarat-syarat kelayakan.

Iya, nampaknya seperti aku membebel panjang, barulah nak beritahu jawapan. Tetapi adalah amat penting untuk kita memahami bagaimana dunia kerjaya & karier berkembang di Malaysia, untuk kita menyedari bahawa universiti pada tahun 2019 tidak menjamin peluang pekerjaan, lebih-lebih lagi jika kau tidak terdiri daripada 2 golongan ini.

Jika kau termasuk dalam 2 golongan ini pula, masuklah ke universiti. Tetapi ingatlah bahawa persaingan untuk pekerjaan semakin sengit. Macam aku cakap tadi, HR makin memilih. Masa kau belajar ni, kau kena kaut ilmu & pengalaman sebanyak yang boleh, dan pastikan kau skor PNGK, kuasai kemahiran insaniah & banyak libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti universiti.

Kena jadi Superhuman? Iya, sebab itulah kehidupan universiti.

Tapi itu daripada segi work hard la. Ada juga cara work smart dalam memastikan kita sebagai graduan universiti dapat menjamin pekerjaan selepas bergraduasi.

Macam mana caranya?
Aku akan beritahu dalam pos yang akan diberitahu kemudian.


Iya, minta maaflah tak dapat beritahu sekarang, tapi ini pun dah cukup panjang kan? Serius kau nak sambung lagi baca?

Buat masa sekarang ini, bagaimana nak tahu kalau kau perlu ke universiti?
- Jika kau bercita-cita untuk membina karier dalam bidang buruh mahir
- Jika kau bercita-cita untuk membina karier dalam bidang akademik

Sekian, terima kasih.


Update Julai 2020: Buku sulung aku sudah terbit; menerangkan dengan lengkap perkembangan karier di Malaysia, 5 langkah yang perlu diambil, beserta dengan contoh-contoh relevan dalam industri. Dapatkan buku ini sekarang, klik sini!






youtube.com

Comments

Popular posts from this blog

5 Pengajaran Berharga daripada BoBoiBoy The Movie 2

Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Getting a Psychology Degree is a Scam??? 😱😱😱