Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Image
Here's today's announcement. Alhamdulillah, after working earnestly for months, I finally can announce that I have a website!  kellytelly.com kellytelly.com kellytelly.com So what's up in this website? Aside from being a one-stop center for my portfolio & activities, I have opened my very own online shop! kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop So far, it is full with my preloved books, which brings me to the next announcement; Preloved Books Sale is coming again to you! With even wider range of genres & even more affordable price, this shop as all the books you need. Only click & buy in one browser & one website. A new book would be on sale every day, so keep your eyes out 👀 Susbscribe so that you would be the 1st person to know about new posts & products 👍🏽 For starter, I think this is a good product to lead with. With that being said, stay tuned for more products to come 😏 I'm excited with all the results that come so far, ...

Kelemahan Orang Melayu yang Orang Melayu Sendiri Tak Perasan

Apa kelemahan tu?

Senang je.

Kelemahan itu ialah; kita terlalu banyak berbicara tentang kelemahan kita.

Contoh 1:

Aku ada pernah ternampak satu video di mana orang bukan Malaysia memberi reaksi kepada muzik Malaysia.

Aku pun menatal ke bawah (baca: scroll down) untuk membaca komen-komen.
(Ya, aku pun baru tahu scroll down ialah tatal dalam Bahasa Melayu bila nak tulis ni)

Sebab biasanya apabila aku tengok video-video yang bersifat begini, di mana seseorang memberi reaksi kepada perkara yang bukan dalam lingkungannya (budaya lain, agama lain, bangsa lain), biasanya aku nampak komen-komen sebegini daripada budaya, agama & bangsa yang ‘direaksikan’ tu:

“Terima kasih sudi belajar tentang budaya kami!”
“Saya sangat berbangga sebagai seorang ________ apabila awak buat video ni.”
“Seronok tengok awak beri reaksi kepada _______ saya ini.”

Jadi, aku pun tatal la ke bawah, dengan jangkaan aku akan jumpa komen-komen itu daripada orang Malaysia. Malah, aku agak teruja nak tengok komen-komen tersebut.

Malangnya…

“Wah, kau pun layan muzik ni? Aku pun tak terkejar nak ikut muzik Malaysia ni.”
“Alah, suara dia bukan sedap sangat pun, skandal pun banyak dia ni.”
“(Kalau ada kelemahan yang disebutkan dalam video) Haaaa memang macam tu dia tu, [kelemahan] je lebih.”

Aku tepuk dahi.

Kalau komen-komen ini datang daripada orang-orang bukan Malaysia, aku fahamlah.

Tapi ini komen orang-orang Malaysia. Orang-orang Melayu!

Ya, betullah apa yang mereka cakap. Kita tak sempurna. Artis yang mereka ‘reaksikan’ tu memang ada kelemahan. Kita juga tak semestinya suka muzik Malaysia sebagai seorang orang Malaysia.
Tapi, perlukah kita bawa konteks itu, apabila ada orang luar negara nak cuba mempelajari sesuatu tentang negara & budaya kita?

Tak perlu!

Tetapi malangnya, inilah dia hiburan harian orang Melayu; kelemahan orang Melayu sendiri untuk kita perlecehkan, ketawakan, gelakkan, dan sebagainya. Kelebihan orang Melayu, kita diamkan sahaja, buat-buat tak tahu, dan kalau diwartakan kita bidas dengan ‘Jangan menunjuk!’ dan ‘Banyak je lagi orang yang lagi hebat’.

Contoh 2:

Aiman Azlan ialah seorang vlogger & penceramah bebas, yang fokus untuk memperbaiki keyakinan para mahasiswa dalam bercakap dalam Bahasa Inggeris.

Ya, dia fokus bukan untuk memperbaiki Bahasa Inggeris mereka, tetapi untuk memperbaiki
keyakinan mereka.

Kenapa?

Kerena menurut dapatan kajian beliau, kebanyakan mahasiswa tidak fasih dalam berbahasa Inggeris bukan kerana mereka tidak tahu, tetapi kerana mereka kurang dapat berlatih. Malah, ada juga mahasiswa yang dia sendiri tidak tahu dia fasih berbahasa Inggeris, kerana mereka kurang dapat bercakap bahasa Inggeris dalam kehidupan sebenar.

Kenapa pula hal ini terjadi?

Sebab kita lah!

Pantang ada orang yang dalam konteks latihan atau suasana santai nak berbahasa Inggeris,

"Bajet orang putih!"
"Pergh, banyak gila salah, baik tak payah cakap kalau macam ni."
"Orang Melayu, cakaplah Melayu."

*tepuk dahi lagi*

Contoh 3:

Cuba ingat balik, ingat tak apabila tular berita Wan Nur Mafudah menjadi anak Melayu pertama yang merangkul tempat pertama Anugerah ACCA dengan markah 95%? Aku rasa sikit sahaja orang yang mengucapkan tahniah & rasa bangga mereka. Malah, tak ramai pun orang yang tahu pasal benda ni. Malah, mesti antara korang yang baca ni baru tahu pasal berita ni kan?

Cuba kalau berita-berita macam,
‘Orang Melayu paling banyak terlibat dalam LGBT’
‘Kes penceraian Muslim paling banyak di Malaysia’
‘80% remaja Melayu terjebak dengan seks bebas’

Maka mulalah kita…

“Ish ish ish, apa nak jadi dengan Melayu ni? Dahlah pemalas, tak ikut agama. Apa nak jadi dengan kita ni? Tak dak harapan langsung, pot pet pot pet pot pet…”

Malah, masa aku periksa semula fakta (baca: fact check) pasal Wan Nur Mafudah, aku terjumpa satu komen:

‘Kalau F7 (kertas Laporan Kewangan, yang diambil Wan Nur Mafudah) yang paling tinggi tak silap orang Malaysia, tapi orang Cina la bukan Melayu. Orang Cina tu dapat 99%.’

Haish, perlu ke? Semestinya kita juga mengiktiraf pelajar yang mendapat markah 99% tersebut, tetapi perlu ke kita bawa konteks itu dalam meraikan seseorang yang mendapatkan markah 95%. Konteks kita adalah meraikan, bukanlah untuk membandingkan ataupun menilai.

Cuba bayangkan kalau Wan Nur Mafudah ini berkata kepada ibunya,
“Mak, saya dapat 95% , dan saya orang Melayu pertama dapat Anugerah ACCA!”
dan respons ibunya adalah “Tapi ada orang Cina dapat markah 99%”

*tepuk dahi lagi & lagi*

Mula-mula aku ingat ini masalah ibubapa yang asyik membandingkan anak-anak sahaja. Rupa-rupanya secara tidak sedar, ini masalah budaya satu bangsa yang bermasalah.
(Budaya ye yang bermasalah tu, bukan bangsa)

Kita kagum dengan kelebihan orang luar, tetapi kita memperbesarkan kelemahan orang kita sendiri. Dan kita secara tak sedar dah terbiasa dengan perkara ini, dan secara tidak sedar juga kita akan tertarik untuk konsumsi hal-hal sebegini.

Contoh 3:

Ini contoh ringkas, sebab aku sendiri yang buat contoh ni dalam penulisan ni.

Kat mana?

Sini!

Aku pun menatal ke bawah (baca: scroll down) untuk membaca komen-komen.
(Ya, aku pun baru tahu scroll bawah ialah tatal dalam Bahasa Melayu bila nak tulis ni)

Perlukah aku mendedahkan bahawa aku tak pernah tahu scroll itu apa dalam Bahasa Melayu?

Tapi aku sengaja tulis juga. Kenapa?

Sebab aku tahu itu akan menarik perhatian orang Melayu untuk terus membaca!

Malah, keseluruhan petikan ini, adalah mengenai petikan kelemahan orang Melayu! Sebab tu korang nak baca kan?

Cuba kalau aku letak: Kelebihan-kelebihan orang Melayu yang kita tak perasan.
Barangkali aku akan digelakkan, dituduh rasis, nasionalis, ‘Macam mana dengan bangsa lain?’… oleh orang Melayu sendiri!

*tepuk dahi buat kesekian kalinya*

Ah, banyaknya tanda seru, sebab memang aku rasa nak jeritkan frasa-frasa itu ke telinga korang.

Sudahlah, banyak sudah aku tulis ni. Aku rasa mahu habiskan sahaja penulisan di sini.

Tapi kalau aku berhenti di sini, dan terbitkan sahaja penulisan di sini, apalah beza aku dengan orang-orang yang aku kritik? Aku juga hanya bercerita panjang tentang kelemahan orang Melayu, dan aku hanya berhenti di situ.

Aku menulis ini dengan niat untuk menyedarkan kita tentang sesuatu yang kita sendiri tidak perasan. Sekarang ni harapnya kita sudah perasan, dan kita dapat berbuat sesuatu untuk membetulkan budaya yang bermasalah ini.

Nak betulkan macam mana?

Prinsipnya mudah sahaja; kita letakkan perkara pada tempat yang sepatutnya.

Ini yang paling penting. Dalam Islam, ini ialah definsi adil.

Kita fokus pada kelebihan & meraikan kelebihan itu pada konteksnya seperti dalam keraian, pertandingan & mana-mana lagi keadaan yang sesuai dan patut.
Kita fokus pada kelemahan & memperbaiki kelemahan tersebut pada konteksnya, seperti dalam sesi penilaian, sesi menyelesaikan masalah, & keadaan-keadaan lain yang sesuai & patut.

Bersikap adillah terhadap semua pihak.

Kesimpulannya… aku tak nak hal ini disimpulkan.

Teruskan perbincangan ini.

Dan dalam meneruskan perbincangan ini, aku akan senaraikan kelebihan-kelebihan orang Melayu di sini, dan aku nak korang sambung:
- Orang Melayu tidak suka perdebatan & percakaran
- Orang-orang Melayu dahulu ialah pembina kapal yang hebat, pelayar yang hebat, perenang yang hebat & pengembara yang hebat
- Orang Melayu amat bersopan-santun, beradab & peramah
- Orang Melayu sangat memuliakan tetamu
- Orang Melayu sangat menjaga kebersihan
- Orang Melayu sangat sayangkan agama, bangsa & negara mereka
- Orang Melayu amat suka menolong orang yang lain
- Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa perhubungan (baca: lingua franca) di Nusantara
- Orang Melayu sangat murah hati. Buktinya, sindiket-sindiket kutip derma secara haram masih boleh bertahan di Malaysia buat jangka masa yang lama
- Orang Melayu amat mementingkan aspek hormat kepada orang lain, terutamanya hormat kepada mereka yang lebih tua
- Orang-orang Melayu dahulu meninggalkan banyak tamadun & warisan yang berharga, yang kita jarang hargai kerana mereka berbeza dengan tamadun & warisan Barat
- Ramai orang Melayu sekarang fasih berbahasa Inggeris, dan tak kurang juga bilangan orang Melayu yang menguasai lebih daripada 2 bahasa

Sambunglah. Hal ini penting. Masa untuk kita berbicara mengenai kelemahan kita sudah tamat. Sudah tiba masa untuk kita ketengahkan kelebihan kita, & berbangga sebagai orang Melayu atas kelebihan-lebihan kita.

Bukan niat aku nak melebihkan orang Melayu…

Ah, sudahlah. Aku tak perlu menjelaskan atau mempertahankan diri sendiri. Aku dah muak. Kau sendiri boleh faham konteks penulisan ini. Kalau kau sengaja buat-buat tidak faham konteks penulisan ini, kalau kau sengaja juga melabel aku macam-macam, yang salah (& yang rugi) ialah diri kau sendiri.

Sekian, terima kasih.

thepatriots.asia

Comments

Popular posts from this blog

5 Pengajaran Berharga daripada BoBoiBoy The Movie 2

Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Getting a Psychology Degree is a Scam??? 😱😱😱