Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Image
Here's today's announcement. Alhamdulillah, after working earnestly for months, I finally can announce that I have a website!  kellytelly.com kellytelly.com kellytelly.com So what's up in this website? Aside from being a one-stop center for my portfolio & activities, I have opened my very own online shop! kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop So far, it is full with my preloved books, which brings me to the next announcement; Preloved Books Sale is coming again to you! With even wider range of genres & even more affordable price, this shop as all the books you need. Only click & buy in one browser & one website. A new book would be on sale every day, so keep your eyes out 👀 Susbscribe so that you would be the 1st person to know about new posts & products 👍🏽 For starter, I think this is a good product to lead with. With that being said, stay tuned for more products to come 😏 I'm excited with all the results that come so far, ...

Pelaburan yang Gagal VS Pembaziran

Bayangkan kau ialah seorang pelajar tingkatan 5, yang baru lepas SPM, yang sedang dalam pertimbangan untuk memilih bidang & kerjaya untuk diceburi selepas SPM.

Bayangkan 2 situasi berikut.

Situasi 1:

Dalam banyak-banyak bidang, kau rasa kau yakin dengan bidang fizik. Taklah semestinya kau minat gila nak mati. Tapi yang penting, kau yakin.
Jadi, kau niat nak ambil PTPTN atau biasiswa sebab kau tak nak susahkan keluarga kau, dan kau rasa kau sanggup untuk berpisah jauh daripada keluarga kau kalau kau dapat peluang untuk sambung belajar di tempat yang jauh. Dan beberapa pengorbanan lain juga perlu dilakukan.

Tapi kau tekad, sebab kau yakin dengan bidang tu.

Jadi, kau pun sambung belajar dengan tekun dalam bidang tu untuk 3-4 tahun.

Malangnya, selepas graduasi, kau dapat tahu terlalu ramai graduan yang ambil bidang yang sama, dengan kelayakan & kebolehan yang pelbagai (kebanyakannya lebih layak daripada kau), yang sama-sama memohon kerja.

Persaingan menjadi sengit. Kau pergi ke mana-mana pun, ada orang lain yang lebih baik daripada kau yang diambil. Ada juga yang main ‘kabel’ & main bodek. Yang penting, kau dah cuba sedaya upaya, dalam waktu yang lama untuk mencari kerja dalam bidang tu. Tapi kau tak dapat.

Semakin hari, perbelanjaan bertambah & duit semakin kurang. Kau pun sedar yang kau tak mampu untuk terus luangkan masa untuk cari kerja. Maka kau pun buat keputusan yang berat untuk berundur daripada bidang fizik. Dan kau mula daripada kosong dengan bidang kedua yang kau rasa kau yakin selepas fizik; perniagaan. Maka kau pun mulalah membina sebuah perniagaan kecil.


Situasi 2:

Kau tak tahu nak ambil bidang apa. Tapi, apa yang lagi penting, kau dah tahu kau tak nak ambil bidang apa. Fizik ialah satu daripada bidang itu. Itu, kau memang yakin.

Tapi, mak bapak kau orang sains. Hampir semua saudara-mara yang kau tahu, orang sains. Masyarakat kau juga menyanjung sains. Haish, apalah semua orang akan cakap kalau tiba-tiba kau tak ambil bidang sains?
Mak kau dah banyak ajar kau untuk tolong kau skor subjek-subjek sains masa SPM. Ayah kau pun belikan macam-macam buku rujukan, dengan harapan kau skor SPM terutamanya subjek sains. Dan mereka pun dah nyatakan kesediaan mereka untuk hantar kau belajar luar negara, untuk teruskan dalam bidang sains, terutamanya fizik.

Maka, walaupun kau yakin yang kau tak yakin dengan bidang fizik, kau redah jelah…

Sepanjang tempoh pembelajaran tu, kau memang susah nak faham apa pensyarah ajar, kau mula kurang motivasi untuk belajar & tahap stres kau tinggi gila nak mati. Hasilnya, kau belajar sambil lewa, asal lulus, dan kebanyakan masa kau, kau tumpukan pada hiburan & berseronok dengan kawan-kawan, untuk kau lari daripada tekanan & realiti kehidupan kau, di mana kau tersangkut untuk belajar sesuatu yang kau tak nak belajar.

Lepas habis graduasi, kau pun berdebar-debar, sebab walaupun hakikatnya kau berjaya habis belajar, ini bermakna kau perlu mula bekerja pula dalam bidang fizik. Sepanjang 3-4 tahun kau belajar fizik pun kau lambat faham & sengsara mental, mampu ke kau bertahan 20-30 tahun bekerja dalam bidang ni?

Tapi, kemudian kau nampak, bahawa terlalu ramai graduan yang ambil bidang yang sama, dengan kelayakan & kebolehan yang pelbagai (kebanyakannya lebih layak daripada kau), yang sama-sama memohon kerja.

Persaingan menjadi sengit. Kau pergi ke mana-mana pun, ada orang lain yang lebih baik daripada kau yang diambil. Yang penting, kau dah cuba juga sedaya upaya, dalam waktu yang lama untuk mencari kerja dalam bidang tu. Tapi kau tak dapat.

Semakin hari, perbelanjaan bertambah & duit semakin kurang. Kau pun sedar yang kau tak mampu untuk terus luangkan masa untuk cari kerja. Maka kau pun buat keputusan untuk berundur daripada bidang fizik. Orang sekeliling kau pun mula-mula agak sedih, tapi akhirnya mereka faham, sebab persaingan terlalu sengit.

Jadi, kau pun mula balik daripada kosong. Tapi dalam apa?

Sepanjang kau belajar dulu, kau nampak ramai kawan-kawan kau yang berniaga kecil-kecilan. Dan benda tu menarik perhatian kau sejak mula-mula lagi kau masuk universiti. Sepanjang kau di universiti juga, kau ada berniaga sendiri, sehingga kau mampu tampung sekurang-kurangnya separuh daripada yuran pengajian kau di universiti. Malah, kau ada terfikir untuk berhenti belajar & buat bisnes sendiri. Tapi, mengenangkan balik ‘apalah semua orang akan cakap kalau tiba-tiba kau tak ambil bidang sains?’… hmm… tak apalah.

Maka, kau pun mulakan membina perniagaan sendiri, daripada asas yang kau dapat semasa kau sambung belajar dulu.


-Tamat situasi-


Kedua-dua situasi ini ialah situasi yang sangat biasa untuk para graduan sekarang. Sangat, sangat, biasa.

Kalau ikutkan, kedua-dua ini ialah situasi kegagalan. Tak ada sesiapa yang mahu gagal, kan?

Tetapi, ada perbezaan besar antara 2 situasi ini.

Situasi 1 ialah situasi yang aku namakan pelaburan yang gagal.
Kau dah fikir masak-masak, kau yakin, lalu kau korbankan beberapa perkara, dengan harapan untuk meraih ganjaran pada masa hadapan.
Tapi ganjaran itu tidak kunjung tiba. Maka, kau gagal. Dan kau terpaksa mengubah segala kehidupan kau.

Namun, Situasi 2 ialah satu pembaziran. Kau dah memang tahu kau tak yakin, tapi kau masuk juga dalam bidang tu, lepas tu kau sendiri yang stres belajar & makin yakin kau tak boleh bawa bidang tu. Tapi kau teruskan juga, dengan terbang lagi makin banyak duit untuk pengajian kau yang memang kau tak boleh tu.

Betul, ada benda yang belum cuba, belum tahu. Tapi, kalau kau dah memang tahu awal-awal kau tak boleh, kenapa nak cuba lagi?

Dalam Situasi 2, sepatutnya sememangnya kau cuba sedaya upaya untuk meyakinkan mak ayah kau bahawa kau tak nak ambil fizik. Sebab kau dah memang tahu awal-awal kau tak mampu ambil! Sepanjang hidup kau, kau membesar dengan orang sekeliling kau bekerja dalam bidang sains. Aku rasa, kau dah cukup pendedahan dalam bidang sains sepanjang 17 tahun, untuk kau betul-betul yakin yang kau tak nak, dan untuk kau suarakan bahawa kau tak boleh.

Tapi tak apa, dapat difahami juga kalau kau ikut juga keputusan mak ayah kau untuk ambil bidang fizik. Tapi, yang paling ideal, sebaik sahaja kau yakin dengan bidang perniagaan, maka usulkanlah untuk berhenti belajar & mulakan perniagaan kau. Tak perlu lagi bazir wang, masa & tenaga untuk buat apa yang kau tak yakin, sebab masa itulah baru kau tahu apa yang kau yakin.

Maka, bagi aku, Situasi 2 lebih gagal daripada Situasi 1.
Situasi 1 & 2 ini menggambarkan 2 keadaan yang bertentangan. Dalam kehidupan yang sebenar, garis-garis pemisah itu tidak selalunya kelihatan. Perasaan & kepercayaan kita sendiri juga tidak semestinya jelas. Kita tidak semestinya betul-betul ‘yakin’/’tak yakin’, atau ‘suka’/’tak suka’.

Tapi, apa yang aku nak tekankan di sini ialah, kau perlu kenal diri kau sendiri, dan tindakan kau perlu selari dengan diri kau sendiri.
Mungkin ada banyak lagi benda yang kau tak tahu pasal diri kau. Maka, gunakanlah apa yang kau sudah sedia tahu pasal diri kau untuk kau terokai lagi diri kau itu.

Situasi 2 contohnya, kau tak tahu kau minat apa. Tak apa. Tapi yang pasti kau tak minat fizik. Dah tu, kenapa pergi masuk juga universiti ambil fizik?

Perkara kedua yang aku nak tekankan ialah, tak semua perkara akan berlaku mengikut perancangan kita. Kita merancang, dan Tuhan ialah sebaik-baik perancang.
Tapi, prinsip yang sama kau perlu pegang juga. Apa-apa yang terjadi dalam kehidupan kau, kenali diri kau sendiri, dan pastikan tindakan kau selari dengan diri kau sendiri.

Situasi 1 contohnya, kau memang minat fizik. Tapi, keadaan tak menyebelahi kau. Maka kau menerima realiti itu, dan kau pasang strategi baru, yang di mana juga selari dengan kehendak & realiti diri kau sendiri.

Macam yang aku cakap, kedua-dua situasi ialah contoh kegagalan. Tetapi, Situasi 1 ialah contoh situasi yang kita tidak boleh kawal. Namun tidak bagi Situasi 2.

Kau boleh kata tidak. Dan kalau kau terjerumus, kau boleh berhenti.
Kau boleh.
Kau semestinya tak boleh mengelak kegagalan yang tak terjangka, tetapi kau boleh mengelak pembaziran yang boleh dijangka.

Apa yang membuatkan rasa kita tak boleh ialah reaksi orang sekeliling kita semata-mata.

Ya, aku faham, ibu bapa pasti akan menentang, masyarakat pasti akan memandang serong.
Tetapi, akhirnya kita yang akan menjalani kehidupan ini. Itulah hakikat kehidupan.

Ibu bapa kau tidak ada bersama-sama kau semasa kau mengadu kepada kawan kau betapa susahnya fizik. Masyarakat tidak bersama-sama kau semasa kau menangis kesedihan, keseorangan kerana tekanan semasa belajar.

Kau yang akan lalui semua itu. Maka, kau yang paling berhak untuk menentukan jenis kesusahan apakah yang akan kau lalui. Bukan ibubapa kau, kau sekarang sudah dewasa. Bukan masyarakat, mereka hanya akan ada waktu kau senang sahaja.

Barangkali kau rasa penulisan ini seperti menghentam mereka yang berada di Situasi 2. Bukan niat aku nak buat begitu, dan aku minta maaf kalau kau sangka macam tu. Aku cuma nak tegaskan betapa pentingnya untuk kau bertindak berdasarkan pengetahuan kau mengenai diri kau sendiri.

Kepada ibubapa,
Aku faham kalian mahukan yang terbaik untuk anak-anak kalian.
Seperti mana kalian telah berusaha mencari rumah yang terbaik untuk mereka membesar di dalamnya.
Seperti mana kalian telah berusaha untuk memastikan setiap suap makanan yang masuk dalam mulut mereka ialah halal & sihat.
Seperti mana kalian telah berusaha untuk memasukkan mereka ke sekolah yang terbaik yang anda boleh dapat.
Seperti mana kalian telah berusaha untuk memastikan mereka membesar dalam persekitaran yang terbaik yang kalian boleh berikan.

Dan, syukurlah, anak-anak kalian tersebut membesar dengan sangat baik.
Anak-anak kalian menjadi dewasa. Seperti kalian.
Seperti rakan-rakan kalian. Malahan, seperti ibu bapa kalian juga.

Adakah kalian, sebagai seorang dewasa, akan rasa selesa jika ada orang lain mempersoalkan setiap perkara yang kalian lakukan?
Adakah kalian akan selesa, jika ibu bapa kalian sendiri, bising mengenai kelemahan rumah kalian, kelemahan makanan yang kalian berikan & kelemahan sekolah anak-anak kalian? Kita bukannya sempurna, dan apa yang kita telah usahakan secara yang terbaik, itulah yang terbaik yang kita boleh beri & kita boleh dapat.

Maka, itulah juga yang anak-anak kalian, yang kalian telah besarkan dengan cemerlang, juga lakukan. Mereka sendiri telah berfikir, berdasarkan apa yang kalian ajar kepada mereka, tentang baik & buruk, tentang apa yang mereka suka & mereka tidak suka, tentang apa yang mereka boleh buat & tidak boleh buat.

Maka, sebarang perbezaan pendapat antara kalian & mereka, adalah sebenarnya tanda bahawa kalian telah membesarkan mereka dengan baik. Mereka sendiri sudah faham & sedar mengenai diri mereka sendiri, dan mereka tidak mahu kehidupan mereka ditentukan oleh orang lain selain mereka sendiri. Maknanya, sebarang kegagalan yang mereka akan hadapi selepas ini, berkat pengajaran kalian, mereka akan dapat atasi kegagalan tersebut, belajar daripada kegagalan tersebut, dan terus membesar menjadi manusia yang matang.

Maka, biarkanlah mereka.
Seperti mana kalian membiarkan mereka jatuh apabila mereka belajar berjalan.
Seperti mana kalian membiarkan mereka menangis apabila mereka ketakutan.
Seperti mana kalian membiarkan mereka marah apabila mereka gagal memahami tindakan kalian.

Kerana mereka akan belajar, mereka akan membesar & mereka akan matang.

Kepada masyarakat,
Kenapa perlu kita obses dengan pilihan peribadi seseorang?
Adakah kejayaan/kegagalan hasil daripada pilihan dia terhadap kehidupan dia akan mempengaruhi kehidupan kita secara signifikan?
Adakah anda akan bersama-sama membantunya untuk berjaya, atau jika dia gagal adakah anda menawarkan pertolongan untuk membantunya bangkit semula?
Jika tidak, tak usah bising-bising.

Betul, ada sesetengah perkara yang kita boleh masuk campur dalam seseorang individu itu membuat keputusan. Tapi, selalunya, dalam aspek-aspek yang amat terhad & hal itu juga jarang-jarang terjadi.

Barangkali kerana hal itu jarang terjadi, lalu kita mencari hal lain untuk menyibukkan diri kita?

Biarkanlah mereka menjalani kehidupan mereka, seperti mana mereka membiarkan kita menjalani kehidupan kita.

Wah, panjangnya.
Moga penulisan ini memberi manfaat.
Sekian, terima kasih.

metacaresolutions.com


Update Julai 2020: Jangan biarkan masa muda kau terbazir, kau kena belajar langkah-langkah untuk menjamin pelaburan yang berjaya untuk mas depan kau. Buku sulung aku sudah terbit; menerangkan dengan lengkap perkembangan karier di Malaysia, 5 langkah yang perlu diambil, beserta dengan contoh-contoh relevan dalam industri. Dapatkan buku ini sekarang, klik sini!


Comments

Popular posts from this blog

5 Pengajaran Berharga daripada BoBoiBoy The Movie 2

Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Getting a Psychology Degree is a Scam??? 😱😱😱