Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃

Image
Here's today's announcement. Alhamdulillah, after working earnestly for months, I finally can announce that I have a website!  kellytelly.com kellytelly.com kellytelly.com So what's up in this website? Aside from being a one-stop center for my portfolio & activities, I have opened my very own online shop! kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop kellytelly.com/shop So far, it is full with my preloved books, which brings me to the next announcement; Preloved Books Sale is coming again to you! With even wider range of genres & even more affordable price, this shop as all the books you need. Only click & buy in one browser & one website. A new book would be on sale every day, so keep your eyes out 👀 Susbscribe so that you would be the 1st person to know about new posts & products 👍🏽 For starter, I think this is a good product to lead with. With that being said, stay tuned for more products to come 😏 I'm excited with all the results that come so far,

Pakaian Sukan di Malaysia

Baru-baru ni tular kenyataan bahawa Terengganu akan memastikan atlet-atlet bola sepak memakai pakaian yang patuh syariah mulai tahun depan. Dan, bersama itu juga, tular respon YB Syed Saddiq terhadap kenyataan tersebut, di mana dakwa YB, kita perlu menghormati pemilihan pemakaian atlet-atlet tersebut.

I’ll go straight to the point. Kalau salah, tolong betulkan. Kalau berbeza pendapat, silalah berlapang dada.

Aku percaya kalau kita tanya atlet-atlet Muslim, mereka nak pakaian yang syariah-compliant tak, mesti mereka nak. Cuma selama ini, mereka memang tak boleh pakai pakaian yang syariah-compliant, sebab sukan yang mereka libatkan diri tu, melarang pemakaian selain daripada pakaian yang ditetapkan, yakni antara ciri-ciri pakaian tersebut adalah tidak syariah-compliant.
Jadi, takkanlah mereka nak langgar peraturan?

Tapi, kalau kita tengok, sekarang ni, ramai sahaja atlet Muslim di negara-negara lain, yang pakai pakaian syariah-compliant, dan masih aktif & hebat bersukan. Jadi, yang ini bukanlah alasan untuk mengatakan bahawa prestasi atlet Muslim akan terjejas dengan pakaian yang syariah-compliant. Lagipun, tidakkah sadis bunyinya apabila kita kata pakaian yang syariah-compliant membuatkan kita tak dapat bersukan? Islam melarang sukan ke? Tidak, bahkan Islam menggalakkan sukan sebagai satu cara untuk mengekalkan kesihatan badan, sebab kesihatan badan juga ialah nikmat Allah & amanah Allah.

Jadi, berbalik kepada respon YB Syed Saddiq, di mana kita perlu menghormati pemilihan pemakaian atlet-atlet tersebut…

Aku percaya, pandangan ni asal-usulnya datang daripada Barat.

Aku tak maksudkan liberalisasi, agenda Yahudi & Illuminati. Laju je kan otak korang fikir ke situ.
Dengar dulu, okey?

Di Barat, diskriminasi pihak minoriti, kaum, agama, dan kepercayaan ialah satu isu yang sangat memberi kesan kepada kehidupan pihak-pihak yang terlibat, dan terutamanya menggugat keselamatan mereka. Islamophobia setakat ini berada pada nombor satu. Maksudnya, jika orang-orang Islam di sana mempamerkan identiti Islam mereka (contoh: janggut & tudung), hal ini akan membuatkan mereka lebih senang untuk dijadikan sasaran untuk diperleceh, diboikot, malahan diserang juga.

Jadi apa yang kebanyakan pihak-pihak ini buat adalah, mereka akan berusaha untuk menyembunyikan identiti mereka secara umumnya, dan antara caranya adalah dengan memastikan bahawa mereka tidak mempamerkan identiti mereka kepada khalayak ramai (contoh: tidak membela janggut & tidak memakai tudung). Maka, hal ini akan menjamin keselamatan mereka dan memastikan bahawa mereka dapat menjalani kehidupan yang biasa.

Masalah timbul apabila ada segelintir pihak yang memilih untuk kekal mempamerkan identiti mereka, contohnya masih kekal membela janggut & memakai tudung, mendakwa bahawa mereka yang membuat pilihan yang sebaliknya itu ‘lemah iman’, ‘tidak tahan diuji’, ‘tidak mahu menjadi Muslim’, dan sebagainya. Maka, di sinilah konteks bahawa kita masing-masing perlu menghormati keputusan pemakaian masing-masing. Kerana, dalam konteks ini, pemakaian mereka mampu menukar kehidupan mereka. Maka, dengan mengekalkan keislaman mereka dalam hati, mereka merasakan bahawa tidak mempamerkan keislaman tersebut di khalayak ramai ialah pilihan yang terbaik.

Ya, betul. Aku percaya, di Malaysia pun, di mana Islam ialah agama majoriti dan diskriminasi agama mahupun kaum berlaku secara minima, yakni memang jauh tahapnya daripada apa yang berlaku di Barat, orang-orang Islam di Malaysia juga tidak berhak untuk menghukum mereka yang kita nampak pemakaiannya kurang syariah-compliant.

Maka, apa yang kerajaan Terengganu bawakan, bukanlah bersifat memaksa, jauh lagi bersifat tidak menghormati atlet-atlet Malaysia. Bahkan, apa yang mereka bawakan ini ialah satu bentuk pertolongan kepada atlet-atlet Malaysia yang sememangnya mahu memakai pakaian syariah-compliant. Malah, mereka membawa satu visi di masa hadapan, di mana atlet-atlet Muslim Malaysia bebas untuk memakai pakaian syariah-compliant di arena-arena di mana mereka dilarang untuk melakukan sedemikian rupa. Hal ini merupakan suatu yang sangat bagus & sangat positif.

Kerajaan Terengganu tidaklah menyuruh terus semua atlet menukar pakaian mereka. Untuk masa sekarang, mereka digalakkan dahulu. Mereka tidak dipaksa. Apa yang mereka pakai di luar waktu sukan juga tidak kerajaan Terengganu masuk campur.

Atlet bukan Islam juga tidak terpakai hal tersebut pada mereka, yang dinyatakan secara terang hanyalah mereka juga digalakkan untuk mengikut sama. Malah, atlet luar yang datang ke Terengganu juga tidak terpakai hal tersebut pada mereka. Malah, atlet selain pemain bola sepak tidak terpakai hal tersebut kepada mereka.
(Sebab bola sepaklah kot yang paling senang nak tukar dulu. Tambah je lagi beberapa inci seluar tu kot)

Kesimpulannya, kalau Islam ada toleransi untuk membenarkan kita bersukan, kenapa sukan tak boleh ada toleransi untuk para atletnya mengamalkan agama & kepercayaan mereka?


Comments

Popular posts from this blog

5 Pengajaran Berharga daripada BoBoiBoy The Movie 2

5 Isu Besar Kehidupan yang disentuh oleh Ejen Ali The Movie

Moving Out to a New Home! (Virtually) 😃